Peningkatan inflasi sedang dirasai di seluruh dunia pada saat ini. Sebagai pengguna, pastinya ketika ini anda merasakan dompet kian menipis setiap kali mengisi tangki minyak kenderaan, membeli barangan runcit atau membayar utiliti.
Anda mungkin tertanya-tanya adakah sekarang waktu yang sesuai untuk membuat permohonan pembiayaan dengan keadaan inflasi pada ketika ini. Walaupun anda mungkin memerlukan pembiayaan dengan kadar segera, anda perlu mengambilkira beberapa perkara penting berikut sebelum membuat permohonan ketika inflasi:
- Adakah ia benar-benar sesuatu yang saya perlukan?
- Sebelum membuat pembiayaan, luangkan masa untuk mempertimbangkan sama ada anda benar-benar perlu berbelanja besar untuk memenuhi keinginan anda. Contohnya seperti (renovasi rumah, majlis kahwin, dan sebagainya).
- Adakah perbelanjaan itu selaras dengan matlamat dan belanjawan anda? Walaupun berdepan dengan kenaikan harga untuk barang keperluan harian seperti makanan, bahan api, pakaian dan perkara lain yang kita perlukan, rata-rata pendapatan kita kekal di tahap yang sama. Jika kesempitan wang, ansuran bulanan untuk perbelanjaan boleh menjejaskan belanjawan anda.
- Memahami perbezaan antara keperluan dan kehendak boleh membantu anda menentukan sama ada anda benar-benar perlu memohon pembiayaan ataupun tidak. Anda mungkin perlu menggantikan peralatan dapur (seperti peti sejuk yang rosak), membaik pulih kereta atau melabur dalam program pendidikan yang penting untuk anak anda; di mana semua ini ialah pembelian yang dikira penting.
- Tetapi, jika ada sesuatu yang anda inginkan — seperti perabot baharu semata-mata untuk mencantikkan ruang, gajet canggih atau pergi melancong ke Eropah — mungkin lebih baik untuk anda menangguhkan niat untuk memohon pembiayaan peribadi sehingga ekonomi bertambah baik.
- Apakah kos-kos tambahan yang terlibat dengan pembiayaan yang dimohon?
- Jika anda ingin mendapatkan pembiayaan peribadi untuk memenuhi suatu keperluan, jangan lupa ambil kira kos-kos tambahan yang lain selain kadar keuntungan dan jumlah ansuran bulanan.
- Jumlah pembiayaan anda mungkin bergantung pada kadar keuntungan, yuran, dan tempoh pembiayaan. Jika anda memilih pembiayaan dengan kadar keuntungan tetap, ia lebih memudahkan anda untuk menentukan perbelanjaan bulanan sepanjang tempoh pembiayaan. Sebaliknya, jika pembiayaan anda mempunyai kadar keuntungan terapung, anda mungkin sukar untuk menentukan perbelanjaan bulanan dengan tetap (dan ansuran yang dibayar juga mungkin lebih mahal).
- Adakah saya memerlukan ansuran bulanan yang mudah dijangka?
- Mempunyai ansuran bulanan yang mudah dijangka boleh membantu dalam belanjawan anda. Dengan pembiayaan kadar keuntungan tetap, bayaran bulanan anda akan sama setiap bulan. Kadar keuntungan akan “dikunci” apabila pembiayaan berlaku, dan anda tidak perlu risau tentang kenaikan kadar.
- Berapa banyak risiko kewangan yang mampu saya tanggung?
- Jika anda memohon pembiayaan dengan kadar keuntungan terapung, terdapat kemungkinan kadar itu boleh meningkat pada masa hadapan, terutamanya apabila inflasi semakin meningkat.
- Sebagai contoh, katakan anda memperoleh pembiayaan peribadi selama 30 tahun yang baharu; dengan hanya kenaikan kadar keuntungan sebanyak 1% atau 2% pun ia boleh menyebabkan anda membayar kadar keuntungan yang jauh lebih tinggi sepanjang tempoh pembiayaan. Jadi pastikan sama ada anda mampu menanggung risiko kewangan seperti ini.
- Perlukah saya membiayai semula pembiayaan/hutang sedia ada?
- Jika anda berfikir tentang membiayai semula gadai janji, hutang kad kredit atau apa jua pembiayaan yang lain, dapatkan khidmat nasihat pakar kewangan yang percuma seperti AKPK. Secara amnya, dalam sesetengah keadaan pembiayaan semula mungkin boleh menjadi suatu jalan penyelesaian yang ideal bagi memudahkan anda mengurus segala hutang yang masih tinggal.
- Adakah saya mempunyai skor kredit yang baik?
- Salah satu kaedah penting untuk menjimatkan wang bagi kadar keuntungan yang terdapat pada sesuatu produk pembiayaan (tidak kira sama ada pembiayaan dengan kadar keuntungan terapung atau tetap) adalah dengan mempunyai skor kredit yang baik disertai dengan sejarah kredit yang memuaskan/cemerlang.
- Skor kredit anda membuktikan seberapa baik anda mengendalikan hutang pada masa lalu, dan mereka yang mempunyai skor tinggi dianggap berisiko rendah. Pemberi pembiayaan sering memberi kelebihan kepada peminjam dengan sejarah pembayaran balik yang baik dengan kadar keuntungan yang rendah, bahkan terendah. Sebelum memohon pembiayaan, cuba semak skor kredit anda. Mana tahu jika skor anda baik atau cemerlang, anda boleh menikmati kadar keuntungan rendah.
Dengan mengambil kira semua persoalan-persoalan ini berserta perancangan kewangan yang teliti, anda boleh membuat keputusan terbaik dalam keadaan ekonomi yang mencabar dengan peningkatan inflasi ketika ini. Pastikan anda meluangkan masa dan dapatkan khidmat nasihat kewangan (percuma) sebelum memohon.
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda yang penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!