Kediaman atau tempat tinggal merupakan keperluan yang penting bagi manusia. Ia bukan sekadar tempat untuk berteduh dan beristirehat. Sebaliknya, ia juga merupakan pusat institusi keluarga dan juga tempat di mana sahsiah diri dibentuk.
Tidak kira sama ada kediaman tersebut merupakan rumah sendiri atau sewaan, konsep hiasan dalaman sebenarnya memainkan peranan penting kepada penghuninya. Terdapat banyak kajian sains yang mengaitkan dekorasi sebuah rumah dengan kesan psikologi . Ini termasuklah tahap kebahagiaan, daya kreativiti, kemampuan mendapatkan rehat yang mencukupi, dan bermacam lagi.
Umum mengetahui bahawa ramai dalam kalangan masyarakat Cina yang mengamalkan konsep Feng Shui dalam mereka dekorasi rumah atau pejabat. Masyarakat Islam dan Melayu tiada konsep khusus seperti itu. Bagaimanapun, anda masih mampu menghasilkan hiasan dalaman rumah yang diinspirasikan oleh sesuatu budaya atau agama.
Berikut adalah panduan bagi anda yang inginkan dekorasi rumah yang bertemakan Islamik:
Seni hiasan dinding yang berpatutan
Gambar: Facebok @KufiOnKanvasPage
Sebarang patung atau perhiasan yang berbentuk haiwan perlu dielakkan. Ini termasuklah gambar, bekas dan acuan, permaidani yang berlatar belakangkan haiwan, dan sebagainya. Bagaimanapun, gambar keluarga untuk kenangan atau haiwan yang diambil secara fotografi adalah dibenarkan.
Reka bentuk geometri
Sebaliknya, hiasilah dinding rumah anda dengan gambar-gambar yang memaparkan pemandangan alam atau tulisan khat. Malahan, ramai usahawan tempatan yang menghasilkan seni kufi yang menarik dan sesuai dijadikan perhiasan rumah anda.
Sekiranya kita perhatikan seni reka Islam, kita dapat lihat pengaruh bentuk-bentuk geometri dengan banyak. Malahan majoriti masjid tempatan dan luar negara juga menitikberatkan corak ini dalam seni binaan mereka.
Oleh demikan, pemilihan perabot yang menepati corak sebegini mampu menyerlahkan lagi tema Islamik yang diinginkan.
Pemilihan warna yang sesuai
Pemilihan warna adalah sesuatu yang agak subjektif. Bagaimanapun, warna-warna yang terang seperti kuning dan merah tidak sesuai digunakan bagi menimbulkan tema Islamik pada hiasan dalaman rumah anda. Sebaliknya, sesuaikan keadaan dengan perabot dan peralatan lain yang ada di rumah anda.
Ruang khusus untuk solat
Walaupun solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan tempat tersebut suci, anda digalakkan untuk menyediakan ruangan atau bilik khusus untuk kegunaan solat. Disamping memastikan kebersihan ruang tersebut, ia mampu menggalakkan aktiviti solat berjemaah. Di samping itu, ia memudahkan tetamu yang berkungjung di rumah anda untuk menunaikan kewajipan mereka.
Lokasi ruang tersebut juga penting. Pastikan ia berdekatan dengan sumber air bagi tujuan pengambilan wuduk. Disamping itu, pastikan pengudaraan yang baik buat keselesaan para Jemaah. Sebolehnya jauhkan dari ruangan yang bising seperti bilik TV atau dapur.
Pokok dan tanaman
Anda digalakkan untuk menanam pokok dan tumbuhan hiasan di rumah. Ia bukan sahaja mampu menimbulkan suasana yang nyaman tetapi menyediakan oksigen dan udara segar buat seisi penghuni rumah.
Malahan, kenyamanan naungan pohon ini turut digambarkan di dalam Al-Quran:
“Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya.”
[Al Insaan:14]
Pembiayaan Islamik mengurangkan risiko bebanan
Adakalanya, pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda melakukan dekorasi rumah. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
Maka, sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, pembiayaan Islamik adalah pilihan yang terbaik. Kini, proses permohonan juga sudah menjadi lebih mudah dengan kewujudan platform digital pembiayaan peribadi Islamik Malaysia iaitu Assidq.com. Ia diuruskan oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd, (anak syarikat Sedania Innovator Berhad), yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi kewangan (FinTech) di Malaysia sejak 2009. Sedania As Salam telah menghasilkan produk ASSIDQ, produk digital pertama didunia patuh Syariah untuk pembiayaan peribadi Islamik.