Awas! Pastikan anda tidak terperangkap dengan kesilapan kewangan berikut!
Terdapat satu pepatah yang sering didengari namun masih perlu diungkapi, iaitu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Pepatah tersebut merupakan suatu peringatan berguna untuk kita, terutamanya berkaitan dengan tabiat kewangan buruk yang sering kita lakukan.
Tabiat kewangan buruk sebenarnya berpunca dari kurangnya literasi kewangan dalam diri. ni bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana banyak kajian telah menunjukkan tahap celik kewangan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih berada di tahap yang rendah.
Lantaran itu, pastikan anda tidak terperangkap di dalam tabiat kewangan buruk yang berikut:
- Tidak membuat belanjawan bulanan
- Mempunyai belanjawan bulanan adalah penting bagi memastikan wang kita pergi ke tempat yang sepatutnya. Tanpa belanjawan, adalah mudah untuk kita berbelanja ke tempat yang tidak penting dan pembaziran mudah berlaku.
- Di antara kaedah belanjawan yang mudah untuk diamalkan ialah kaedah 50/30/20. Mengikut kaedah ini:
- 50% daripada pendapatan bulanan digunakan untuk perbelanjaan ‘keperluan’ seperti bayaran rumah, api dan air, makanan, dan lain-lain.
- 30% daripada pendapatan digunakan untuk perbelanjaan ‘kemahuan seperti hiburan, pakaian baru, dan lain-lain.
- 20% daripada pendapatan digunakan untuk simpanan, pelaburan, dan bayaran hutang.
- Tiada dana kecemasan dan persaraan
- Sekiranya anda tidak mempunyai belanjawan yang baik, besar kemungkinan juga anda tidak menyimpan wang dengan kerap. Terdapat tiga jenis dana simpanan yang perlu anda sediakan iaitu bagi tujuan kecemasan, persaraan, dan perbelanjaan peribadi (dalam kategori ‘kemahuan’) seperti untuk percutian dan sebagainya.
- Dari tiga yang disebutkan itu, dana kecemasan dan persaraan adalah yang paling penting. Sekiranya pendapatan anda adalah terhad, potong sedikit daripada bahagian perbelanjaan peribadi untuk dimasukkan ke dalam dana kecemasan. Anda dinasihatkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya nilai tiga hingga enam bulan gaji dalam dana kecemasan tersebut.
- Tidak merekodkan perbelanjaan
- Apabila anda sudah mempunyai belanjawan bulanan, langkah seterusnya adalah merekodkan setiap perbelanjaan yang anda lakukan, walaupun untuk pembayaran yang kecil. Selain daripada memastikan kita tidak berbelanja melebihi belanjawan, ia membantu kita untuk mengenal pasti sebarang pembaziran yang berlaku.
- Selain itu, anda boleh tahu dalam masa nyata sekiranya terdapat penipuan atau pembayaran tanpa izin. Menyediakan belanjawan peribadi kini telah menjadi semakin mudah dengan kewujudan aplikasi mudah alih.
- Hanya membuat simpanan biasa dan tiada pelaburan
- Amalan menyimpan adalah satu tabiat yang bagus. Malah, ia satu keperluan dalam belanjawan. Namun, wang simpanan secara tradisional iaitu melalui akaun biasa di bank sukar untuk menjana keuntungan. Hasil yang anda dapati hanyalah nilai terkumpul hasil simpanan anda. Ini berbeza jika dibandingkan dengan pelaburan kerana seperti yang kita ketahui, ia mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda!
- Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh anda lakukan seperti deposit tetap, pelaburan saham, unit amanah, pelaburan emas dan hartanah. Namun, pelaburan yang berisiko rendah dan menyerupai simpanan adalah deposit tetap dan pelaburan emas.
- Akaun deposit tetap ialah sejenis akaun pelaburan atau simpanan di bank yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap. Tempoh simpanan bagi akaun deposit tetap adalah fleksibel kerana anda boleh memilih tempoh dari satu bulan sehingga lima tahun. Setiap tempoh atau jangka masa memberi kadar faedah yang berbeza. Lebih lama tempoh pelaburan maka lebih tinggi kadar faedah yang pelabur dapat. Pelaburan emas pula boleh dilakukan melalui dua kaedah, iaitu:
- Emas fizikal – pelaburan yang melibatkan jongkong emas, syiling emas, barangan kemas emas, dan sebagainya.
- Akaun simpanan emas – emas dibeli mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam akaun simpanan
- Tidak mengambil kesempatan daripada diskaun dan ganjaran
- Apabila melakukan kegiatan membeli-belah, anda boleh mengambil kesempatan daripada pelbagai diskaun dan ganjaran yang ada. Sebagai contoh, ramai peniaga akan memberikan kod diskaun untuk barang-barang jualan mereka, terutamanya menjelang musim perayaan. Ia biasanya diberikan kepada pelanggan yang pernah membuat pembelian sebelum ini sebagai tanda penghargaan dan ganjaran.
- Selain itu, banyak perkhidmatan juga memberikan diskaun “harga ahli” (membership price) kepada pelanggan yang berdaftar. Sebagai contoh, sekiranya anda ke farmasi atau pasaraya, anda mungkin perasan terdapat “harga ahli” dan “harga biasa”. Ini bermakna, sebagai seorang pelanggan ahli kepada farmasi atau pasaraya tersebut, anda mendapat keistimewaan harga diskaun.
- Selain itu, terdapat juga perkhidmatan yang memberikan mata ganjaran atau pulangan tunai (cashback) setiap kali anda berbelanja dengan perkhidmatan mereka. Mata ganjaran yang terkumpul pula boleh digunakan pada masa hadapan sebagai ganti kepada wang semasa bayaran.
- Kad kredit dan e-dompet juga sering memberikan mata ganjaran atau pulangan tunai setiap kali anda berbelanja dengan perkhidmatan mereka.
- Mata ganjaran yang terkumpul pula boleh digunakan pada masa hadapan sebagai ganti kepada wang semasa bayaran. Malah, terdapat perkhidmatan seperti Shopback yang secara khusus memberikan anda pulangan wang apabila membeli-belah dalam talian.
Dapatkan pembiayaan peribadi Islam dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda yang penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!