Tawar-menawar harga barang ialah perkara biasa yang dilakukan oleh pengguna, namun aktiviti ini tidak boleh dilakukan dalam beberapa keadaan atau tempat, contohnya seperti di pusat membeli-belah (kecuali pusat membeli-belah yang menempatkan kedai harga borong).
Jika anda perlu membeli barangan seperti pakaian atau perabot baharu, anda boleh pergi ke kedai-kedai di mana pemiliknya memang ada di situ. Ini kerana merunding harga dengan pemilik kedai sendiri biasanya lebih berpotensi membuahkan hasil, walaupun mungkin tidak serendah harga yang diingini.
Perlu diingat bahawa terdapat cara tersendiri untuk tawar-menawar, dan bakat dalam merunding harga ini mesti dipelajari sebaik mungkin agar rundingan harga menjadi lebih berkesan dan memuaskan hati dua pihak. Pastikan anda mempunyai pengetahuan tentang barang yang ingin dibeli terlebih dahulu.
Apabila tiba masanya anda ingin membeli barang tersebut, pastikan anda mesra, tidak kelihatan terdesak untuk mendapatkan barang itu, dan mudah dibawa berbincang semasa tawar-menawar dilakukan. Anda juga hendaklah melihat tawar-menawar ini dari sudut pandang penjual barang/pemilik kedai dan ambil kira untung dan rugi yang dihadapinya.
Ikuti beberapa petua mudah ini jika anda ingin merunding harga untuk sesuatu barang:
- Bersikap mesra, namun tegas
- Apabila membeli-belah, elakkan pemikiran “customers are always right” (pelanggan/pembeli selalu betul). Anda akan dilayan dengan lebih baik jika anda sendiri membuat rundingan harga secara beradab; bersopan-santun dan bertanya dengan baik.
- Sebelum anda tawar-menawar, anda disarankan untuk membuat perbandingan harga dahulu. Apabila merunding harga, pastikan anda tak kelihatan terdesak untuk memiliki barang tersebut. Ini akan meningkatkan lagi peluang anda dalam mendapatkan harga yang diingini.
- Namun, bersikap mesra tidak bermakna anda perlu terima sahaja segala tawaran yang diberi (terutama jika ia masih terlalu mahal). Bersikap tegas jika anda tidak boleh mencapai persetujuan; anda boleh berterus-terang kepada penjual yang anda tidak berniat meneruskan pembelian.
- Jadilah pembeli yang perseptif, bukan sombong
- Aktiviti tawar-menawar berbeza mengikut budaya, lokasi, dan situasi. Sebagai contoh, mungkin penjual di Kuala Lumpur kurang selesa dengan rundingan harga berbanding di Kelantan, dan peluang anda untuk tawar-menawar adalah lebih cerah jika dilakukan di pasar-pasar atau bazar istimewa.
- Perhatikan juga bahasa tubuh penjual. Jika dia kelihatan keberatan untuk berunding, hormati mereka. Selain itu, elakkan daripada membuat andaian. Tawar-menawar mungkin berkesan walaupun dalam keadaan yang biasanya tidak boleh dirundingkan jika anda gunakan pertimbangan anda untuk memutuskan sama ada anda berada dalam situasi yang sesuai.
- Perbandingan harga meningkatkan peluang anda
- Anda disarankan untuk membuat perbandingan harga sebelum keluar membeli. Cari barang yang sama atau lebih kurang sama, dan tetapkan harga garis dasar untuk membuat penilaian purata harga barang itu di pasaran.
- Anda mempunyai peluang yang lebih baik jika anda boleh mendapatkan tawaran serupa di kedai lain di mana tawar-menawar diterima. Cuba cari perbezaan di antara tawaran produk yang sedia ada dengan produk yang benar-benar anda inginkan juga. Mana tahu produk yang serupa itu mungkin lebih baik dari segi kualiti dan berpatutan dengan harga.
- Jadilah pembeli yang cermat, bukan kedekut
- Runding harga yang anda inginkan. Mulakan dengan menawarkan kurang daripada yang anda sanggup bayar — tapi pastikan anda ambil kira untung rugi dari pihak penjual juga. Jika tawaran pertama anda ditolak, anda masih mempunyai ruang untuk berunding. Tawarkan harga yang lebih tinggi dari yang pertama tadi.
- Jangan berikan tawaran yang terlalu rendah sehingga menjengkelkan penjual. Tawaran yang terlalu rendah membuktikan kepada penjual bahawa anda tidak serius dan bersifat pentingkan diri sendiri. Jadi sebelum anda berunding, cuba pertimbangkan sama ada anda akan menerima jumlah yang sama jika anda di pihak penjual. Jika jawapannya tidak, maka tawaran anda tidak munasabah.
- Selain itu, harga bukan satu-satunya perkara yang boleh dirunding. Terdapat faktor lain yang mungkin terbuka untuk rundingan. Apabila anda menerima tawaran yang agak memuaskan, terimalah.
- Elakkan daripada tergesa-gesa
- Walaupun anda harus bertindak dengan cepat untuk mendapatkan tawaran yang bagus, anda tidak sepatutnya berasa terpaksa dengan segera membeli apabila anda masih ragu-ragu. Berikan diri anda ruang untuk membuat keputusan yang bijak.
- Tetapkan had kemampuan anda
- Sebagai pembeli, anda semestinya ada belanjawan yang ditetapkan mengikut had kemampuan anda. Ini penting demi mengelak daripada perbelanjaan boros yang merugikan. Buat rundingan harga berdasarkan kepada had kemampuan anda itu.
Rundingan harga ialah suatu proses yang dinamik di antara dua pihak. Dan anda akan terlepas peluang jika anda terlalu keras kepala. Setiap kali anda ingin tawar-menawar, sentiasa pertimbangkan juga untung rugi dan sudut pandang pihak penjual agar anda berlaku adil dan tidak merugikan penjual.
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda yang penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!