Adakah anda tahu mengenai OPR dan SBR, dan bagaimana ia mempengaruhi pembiayaan peribadi anda?
Dua berita penting pada tahun 2022 yang mempengaruhi pembiayaan kewangan adalah kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kenaikan OPR dan penggunaan SBR sebagai ganti kepada BR.
Sebagai rakyat biasa, anda mungkin kurang cakna mengenai terma-terma kewangan tersebut. Namun, bagi mengetahui lebih lanjut, kita perlu terlebih dahulu faham jenis faedah yang ditawarkan bersama dengan sesuatu pembiayaan peribadi.
Apa beza faedah tetap dengan faedah terapung?
Antara perkara penting ang perlu diberi perhatian semasa memohon pinjaman peribadi adalah kadar faedah yang ditawarkan. Sekiranya anda memohon pembiayaan patuh syariah, kadar faedah akan digantikan dengan kadar keuntungan. Secara amnya, faedah dan kadar keuntungan adalah yuran yang perlu dibayar selain daripada amaun yang dipinjam.
Kadar faedah tetap tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. Ia menyingkirkan ketidakpastian atau kejutan. Ini kerana peminjam tahu dengan tepat berapa jumlah perlu dibayar secara ansuran setiap bulan.
Kadar faedah terapung pula adalah berdasarkan Kadar Rujukan (contohnya SBR, BLR, BFR, OPR, KLIBOR) yang boleh berubah sepanjang tempoh pinjaman. Anda boleh mendapat keuntungan jika kadar faedah menurun, tetapi pada masa yang sama anda akan berada dalam situasi yang susah jika kadar faedah naik.
Untuk artikel ini, pinjaman atau pembiayaan yang dipengaruhi oleh OPR dan SBR adalah pinjaman yang mempunyai kadar faedah terapung.
Apa itu OPR?
Kadar Dasar Semalaman (OPR — Overnight Policy Rate) merupakan kadar yang telah ditetapkan oleh BNM ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia. Perubahan OPR akan memberikan kesan secara langsung kepada semua pinjaman yang mempunyai kadar faedah terapung.
Kenaikan OPR bermakna jumlah bayaran balik bulanan yang perlu dibuat oleh peminjam juga akan meningkat naik. Penurunan OPR pula bermakna jumlah yang perlu dibayar juga akan berkurangan.
Pada bulan Julai yang lalu, BNM telah mengumumkan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus kepada 2.25 peratus. Ini merupakan kenaikan kedua berturut-turut pada 2022 selepas BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus semasa mesyuarat terakhirnya Mei lalu.
Apa itu SBR?
Kadar Asas Standard (SBR – Standard Base Rate) adalah Kadar Rujukan bagi pinjaman runcit berkadar terapung yang baru diumumkan oleh BNM. Ia telah berkuatkuasa pada 1 Ogos 2022 bagi menggantikan kadar rujukan yang digunakan sebelum ini iaitu Kadar Asas (BR – Base Rate).
SBR hanya akan digunakan bagi pinjaman baharu selepas tarikh 1 Ogos 2022. Untuk pinjaman berasaskan BR dan BLR yang diambil sebelum 1 Ogos 2022, kadar faedahnya akan terus berdasarkan BR dan BLR sehingga pinjaman dibayar sepenuhnya.
Dengan penggunaan BR sebelum ini, pihak bank di Malaysia sekarang boleh menentukan kadar faedah mereka sendiri, berdasarkan formula yang ditetapkan oleh bank pusat dan menggunakan kadar BNM sebagai penanda aras. Ini mengakibatkan kadar BR berbeza mengikut bank yang berlainan.
Bagaimanakah peralihan kepada SBR memberikan manfaat kepada pelanggan?
Pengenalan SBR bertujuan untuk membuatkan penetapan harga pinjaman lebih mudah dan senang difahami oleh pelanggan. SBR akan diseragamkan untuk semua bank, tidak seperti BR yang berbeza-beza bagi setiap bank.
Perubahan pada jumlah bayaran balik pinjaman pada masa hadapan juga hanya akan disebabkan oleh perubahan OPR atau profil risiko kredit anda (sebagai contoh, jika anda gagal untuk membayar balik pinjaman anda).
Apabila OPR diubah, bank-bank akan menyelaraskan SBR mengikut jumlah yang sama seperti perubahan pada OPR. Penyelarasan ini terpakai kepada peningkatan dan penurunan OPR. Bank-bank tidak dibenarkan untuk menaikkan kadar pinjaman efektif (ELR) atau spread melebihi SBR semasa tempoh pinjaman, kecuali terdapat perubahan pada profil risiko kredit anda (sebagai contoh, jika anda gagal untuk membayar balik pinjaman anda).
Sebagai peminjam baharu, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil semasa membuat perbandingan tawaran pinjaman:
- Bandingkan kadar pinjaman efektif (ELR) atau spread melebihi SBR yang ditawarkan oleh bank-bank yang berlainan sebelum mengambil pinjaman baharu.
- Baca Lembaran Penzahiran Produk (Product Disclosure Sheet, PDS). PDS memberikan maklumat penting mengenai produk kewangan yang ditawarkan oleh bank-bank, termasuk ELR dan jumlah bayaran balik pinjaman yang anda sedang pertimbangkan.
- Fahami bahawa jumlah bayaran balik pinjaman bulanan anda akan bertambah atau berkurang apabila OPR berubah pada masa hadapan.
- Nilai sama ada anda terus berupaya membayar balik pinjaman sekiranya ELR meningkat pada masa hadapan.
Sebagai contoh, sekiranya SBR adalah 2.25%:
- Bank A = Spread 1.5% + SBR = ELR 3.75%
- Bank B = Spread 2% = SBR = ELR 4.25%
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda yang penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!