Sebelum anda membuat permohonan pembiayaan peribadi, pastikan anda lakukan 5 perkara berikut untuk meningkat peluang permohonan anda untuk diluluskan!
Tahukah anda bahawa di antara faktor yang mempengaruhi skor kredit yang baik adalah kekerapan anda membuat permohonan pembiayaan. Semakin banyak permohonan yang anda mohon dalam tempoh masa 12 atau 24 bulan (walaupun daripada institusi kewangan yang berbeza), maka makin terjejas skor kredit anda.
Oleh kerana skor kredit merupakan di antara kriteria utama yang digunakan oleh institusi kewangan untuk menilai sesebuah permohonan pembiayaan, ia secara tidak langsung bermakna semakin banyak permohonan yang anda lakukan, maka semakin rendah peluang untuk permohonan baharu diluluskan.
Oleh itu, anda perlu pastikan peluang untuk permohonan bagi kali pertama anda terus diluluskan. Tetapi, bagaimanakah anda mahu mempertingkat peluang anda tersebut? Berikut adalah 5 perkara yang perlu anda lakukan sebelum memohon pembiayaan peribadi:
- Ketahui skor kredit anda yang terkini
- Skor kredit yang baik mempunyai markah dalam lingkungan 697 ke 850. Di dalam laporan skor kredit biasanya disertakan punca-punca yang menjejaskan markah skor kredit anda.
- Apabila anda sudah mengetahui skor kredit anda yang terkini, anda sudah boleh mulakan langkah untuk mempertingkatkan skor tersebut. Sebagai contoh, memperbaiki Nisbah Khidmat Hutang atau Debt Service Ratio (DSR) atau membuat pembayaran kredit mengikut waktu yang telah ditetapkan.
- Pastikan tiada permohonan pembiayaan yang kerap
- Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, sejarah permohonan pembiayaan yang banyak dalam tempoh 12 atau 24 bulan akan menjejaskan peluang sebarang permohonan yang baharu untuk diluluskan.
- Pastikan Nisbah Khidmat Hutang adalah dalam keadaan yang baik
- Nisbah Khidmat Hutang atau Debt Service Ratio (DSR) adalah peratusan pendapatan bulanan anda yang digunakan untuk tujuan pembayaran hutang bulanan anda. Secara amnya, kadar DSR yang diperlukan untuk sesebuah permohonan pembiayaan diluluskan adalah sekitar 60-70%. Namun, perlu diingatkan bahawa berbeza mengikut institusi kewangan yang berlainan.
- Cara pengiraan DSR adalah seperti berikut:
- DSR = Hutang /Pendapatan Bersih X 100
- Hutang mengambil kira semua komitmen kewangan anda yang sedia ada. Ini termasuklah pinjaman peribadi, pinjaman pelajaran (contohnya PTPTN) dan juga pinjaman perumahan LPPPSA. Sementara itu, pendapatan bersih pula merujuk kepada apa sahaja pendapatan yang dimiliki seseorang individu selepas pendapatannya ditolak daripada cukai pendapatan dan pembayaran KWSP.
- Buat perbandingan di antara pembiayaan yang ada di pasaran
- Tidak semua pembiayaan mempunyai terma dan kadar keuntungan yang sama. Malah, ada yang mempunyai kos yang tersembunyi. Pastikan anda membuat perbandingan terlebih dahulu bagi memastikan anda memohon pembiayaan yang terbaik untuk diri anda. Elakkan daripada memohon pembiayaan dengan kadar keuntungan yang tinggi walaupun syarat permohonan adalah lebih mudah.
- Pastikan semua dokumen telah tersedia
- Walaupun institusi kewangan yang berbeza mungkin memerlukan dokumen yang berbeza-beza, secara umumnya, berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan:
- Salinan kad pengenalan
- 3 bulan terkini slip gaji / penyata KWSP
- 3 bulan terkini penyata bank
- Lebih cepat anda boleh menyediakan dokumen yang diperlukan, maka lebih cepat mereka boleh memproses permohonan pinjaman anda.
- Walaupun institusi kewangan yang berbeza mungkin memerlukan dokumen yang berbeza-beza, secara umumnya, berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan:
Pembiayaan Patuh Syariah yang ditawarkan oleh Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)
Jom mohon Pembiayaan Patuh Syariah yang ditawarkan oleh Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP). Produk pembiayaan semula ini khas untuk penjawat awam Malaysia, kakitangan badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terpilih sahaja.
Antara ciri-ciri produk ini ialah:
- Jumlah pembiayaan RM3,000 sehingga RM250,000
- Kadar keuntungan serendah 6.66%
- Pengeluaran tunai sepantas 24 jam selepas kelulusan
- Tempoh pembiayaan selama 1 sehingga 10 tahun
- Pembiayaan yang patuh syariah
- Pendapatan minimum serendah RM1,500/bulan
Dapatkan pembiayaan peribadi patuh Syariah dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda sebagai penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minimum RM1,500 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!