Menurut Pensyarah Kanan City University Malaysia, Prof. Madya Dr Abu Sofian Yaacob dalam sebuah laporan Utusan Malaysia, antara punca ramai rakyat Malaysia yang muflis ialah tiada simpanan yang mencukupi ketika kecemasan dan kurangnya pendedahan terhadap pengurusan kewangan yang baik.
Individu yang muflis ini juga biasanya terjebak dalam hutang dengan ah long, berbelanja melebihi kemampuan, dan gagal membuat rundingan dengan bank apabila mengambil pinjaman/pembiayaan.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi dalam hal ini, jika anda ingin anak-anak anda bijak dalam menguruskan kewangan mereka agar mereka tidak berhadapan dengan bebanan hutang apabila dewasa kelak, mulakanlah seawal yang mungkin.
Berikut merupakan beberapa cara ibu bapa muda boleh didik anak-anak agar mereka celik kewangan (berdasarkan peringkat umur):
- Umur 2 dan 3 tahun
Menurut Dorothy Singer, seorang ahli saintis penyelidikan di Yale University, kanak-kanak dalam peringkat umur ini akan memilih duit syiling yang bersaiz paling besar. Walaupun pada peringkat umur ini mereka masih belum faham tentang nilai wang, mereka boleh mula belajar nama-nama duit syiling yang ada.
Mainkan sebuah permainan ‘pengenalan duit syiling’. Latih anak anda untuk menyurih (tracing) bentuk-bentuk duit syiling yang berbeza serta warnakan setiap satu. Setelah selesai menyurih, minta anak anda padankan duit syiling yang sebenar dengan gambar yang dilukis tadi. Pastikan anda mengawasi setiap gerak-geri anak anda agar mereka tak tertelan duit itu.
Selain itu, anda juga boleh bermain ‘kedai runcit’ dengan anak anda dengan membina sebuah ruang kedai dengan meletakkan beberapa barangan seperti kotak bijirin sarapan, buah-buahan, atau tisu tandas. Buat wang kertas tiruan dan berikan kepada anak anda.
Letak harga pada barangan yang ada, dan ajar anak anda untuk gunakan nilai wang yang padan dengan harga barang. Ini bertujuan mendidik anak anda tentang konsep perdagangan. - Umur 4 dan 5 tahun
Jika anda bercadang untuk ke pasaraya, bawa sekali baucar atau kupon jika ada. Setibanya di pasaraya, berikan baucar tadi kepada mereka dan minta pertolongan mereka sekiranya mereka terjumpa produk yang padan dengan baucar yang diberi. Latihan ini mengajar tentang konsep berjimat menggunakan baucar/kupon. - Umur 6 hingga 8 tahun
Bila tiba masanya anak-anak anda diberikan duit belanja, bawa mereka ke bank dan bantu mereka buka sebuah akaun simpanan, dan galakkan mereka menabung setiap bulan. Bila jumlah simpanan makin meningkat, anda boleh terangkan tentang konsep faedah dan bagaimana bank membayar semula para pelanggannya bila mereka rajin dan konsisten dalam menabung. - Umur 9 hingga 12 tahun
Ajar anak-anak tentang konsep perbandingan apabila membeli-belah. Apabila anda membawa anak-anak membeli-belah, minta mereka bandingkan harga, saiz produk, label produk, dan kualiti produk. Cuba beli produk yang sama; satu jenama yang agak mahal, manakala satu lagi jenama yang murah. Gunakan produk itu selama seminggu dan bandingkan yang mana satu lebih berbaloi. - Umur 13 hingga 15 tahun
Pada peringkat umur ini, anak anda dah cukup besar untuk belajar tentang asas pasaran saham dan pelaburan. Ajak anak-anak anda membaca berita tentang pelaburan dan pasaran saham semasa, dan bincangkan tentang bagaimana dan kenapa nilai stok sering berubah.
Selain itu, sudah tiba masanya untuk anda ajar anak-anak menetapkan bajet secara harian, mingguan, dan bulanan. Mulakan dengan membincangkan tentang perbezaan di antara keperluan dan kehendak, dan jelaskan kenapa keperluan mesti diutamakan sepanjang masa. - Umur 16 dan ke atas
Dedahkan anak-anak anda tentang apa yang akan terjadi sekiranya mereka tidak menabung dari awal dan tidak celik kewangan. Baca berita mengenai kewangan (terutamanya kewangan peribadi) dan bincangkan topik-topik seperti muflis dan jerat hutang. Anda dan anak-anak juga boleh meninjau pameran maya Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia untuk belajar tentang kewangan dan ekonomi.
Untuk bahan-bahan pembelajaran tentang kewangan, anda boleh dapatkannya melalui laman web Power AKPK. Terdapat beberapa kursus dalam talian yang boleh didapati secara percuma dan sesuai untuk anak-anak. Anda juga boleh memuat turun template pengurusan kewangan yang ada.
Selain itu, bersempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengajak semua ibu bapa untuk turut serta dalam Bulan Menabung Simpan SSPN 2021 (BMS 2021).
Program yang berlangsung sepanjang bulan Oktober ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan di peringkat negeri dengan pelaksanaan secara maya serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan norma baharu, lapor Utusan Malaysia.
Dengan tagline ‘Jom jadi superhero anak anda,’ tema Galaksi dipilih sebagai tema baharu bagi mengajak ibu bapa menjadi adiwira kepada anak-anak mereka dalam perancangan kewangan melalui tabungan agar mereka tidak berhadapan dengan masalah kewangan apabila dewasa kelak.
Permohonan Pembiayaan Peribadi Islamik Mungkin Dapat Membantu
Memang diakui, ramai yang takut untuk memohon pembiayaan kewangan pada waktu kemelesetan ekonomi sebegini. Tetapi dapatan kajian menunjukkan memohon pembiayaan tidaklah selalunya memudaratkan. Pembiayaan kewangan yang baharu mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda. Ia juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera. Ini tidak terkecuali juga jika anda mahu merancang pelajaran anak-anak anda.
Selain daripada pembiayaan patuh syariah SME, pembiayaan peribadi juga dapat membantu anda. Tidak dinafikan kita semua perlukan sedikit bantuan kewangan. PEMBIAYAAN PERIBADI-i KREDIT KOMUNITI JCL CREDIT LEASING i-Fund merupakan antara pembiayaan Islamik yang telus yang boleh didapati di platform As-Sidq. Pembiayaan peribadi ini terbuka kepada semua termasuklah sektor awam, sektor awam dan juga mereka yang bekerja sendiri.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pembiayaan Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Sekiranya anda ingin memohon atau mengetahui lebih lanjut mengenai pembiayaan patuh-syariah, layari laman kami di sini.