Tahukah anda, sebanyak 10,000 tan makanan dibuang setiap hari sepanjang Ramadan? Menurut laporan Sinar Harian pada 22 April 2021, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata kajian menunjukkan pembaziran makanan meningkat antara 15 hingga 20 peratus semasa Ramadan berbanding purata pada bulan lain.
Kini dengan kelonggaran SOP disebabkan Malaysia di dalam fasa peralihan ke endemik, kadar pembaziran dijangka akan meningkat. Namun, dengan adanya inisiatif-inisiatif seperti Projek MYSaveFood, yang biasanya dijalankan sepanjang Ramadan di mana lebihan makanan tidak terjual oleh peniaga bazar akan disalurkan kepada golongan memerlukan.
Menurut Ketua Sukarelawan MYSaveFood Ramadan 2021, Muhammad Zulhimi Bachok, pada 2019 sebanyak 22 tan makanan atau anggaran 44,000 hidangan makanan berjaya diselamatkan daripada 17 bazar dan diserahkan kepada mereka yang memerlukan.
Katanya lagi dalam sebuah laporan tahun lalu, secara purata untuk tempoh 14 hari, sebanyak 1,294 tan makanan atau 2,588 hidangan diselamatkan daripada dibazirkan atau sebanyak 215 kilogram hidangan sehari diperoleh dari satu bazar.
Tips berbelanja bagi membantu mengelakkan pembaziran berleluasa
Sebagai umat Islam, kita semestinya sudah sedia maklum bahawa membazir itu amalan syaitan. Jadi bagi mengelakkan lebih banyak lagi pembaziran berlaku pada tahun ini, penting untuk mengambil kira perbelanjaan anda, tanpa mengira sama ada ianya di bulan Ramadan ataupun tidak.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda menguruskan perbelanjaan dengan lebih baik sepanjang Ramadan dan juga di waktu yang lain:
1. Buat belanjawan untuk Ramadan sesuai kemampuan
Pertama sekali, fahami berapa banyak yang anda boleh belanjakan tanpa menjejaskan kewangan semasa atau masa hadapan anda berdasarkan pendapatan isi rumah (gaji bersih).
Untuk perbelanjaan di bulan Ramadan, ketepikan sekurang-kurangnya 35% (atau mengikut kemampuan) daripada pendapatan anda. Jumlah itu termasuklah belanjawan untuk makanan, pakaian, zakat, derma, duit raya, dan sebagainya. Selain itu, jangan lupa juga untuk membuat simpanan kecemasan.
2. Elak berbelanja ketika sedang lapar berpuasa
Anda disarankan untuk berbelanja setelah berbuka puasa, jika boleh. Ini kerana menurut sebuah kajian yang dilaporkan Reuters, penyelidik mendapati bahawa orang yang tidak makan sepanjang waktu petang memilih lebih banyak makanan berkalori tinggi di pasaraya berbanding mereka yang diberi sedikit makanan sebelum membeli-belah dalam talian.
Manakala di kedai runcit pula, pembeli (dalam kajian yang sama) didapati telah membeli makanan berkalori tinggi dalam jumlah yang lebih besar dalam tempoh beberapa jam sebelum tibanya waktu makan malam berbanding pada awal hari itu, menurut pemerhatian penyelidik.
Jadi cuba untuk elakkan daripada pergi membeli-belah apabila anda sedang terlalu kelaparan dan tidak mempunyai shopping list yang berguna dalam membantu anda untuk fokus berbelanja barangan yang diperlukan sahaja.
Keputusan kajian tersebut menunjukkan terdapat kemungkinan kesan besar kepada kewangan sesebuah isi rumah, di mana ia bukan saja menjejaskan kewangan keluarga dalam tempoh tertentu.
3. Tawaran istimewa ramadan
Setiap tahun bila tibanya perayaan, pastinya terdapat banyak diskaun dan tawaran istimewa seperti ‘beli 2 percuma 1’ dan sebagainya. Ambil kesempatan ini untuk mendapatkan lebih banyak penjimatan. Namun pastikan anda mempunyai shopping list terlebih dahulu agar anda tidak berbelanja lebih dari belanjawan yang ditetapkan, di samping hanya membeli barangan yang diperlukan sahaja.
4. Beli secara pukal
Barangan dalam pek yang lebih besar biasanya merupakan tawaran yang lebih baik kerana lebih menjimatkan. Jadi, sasarkan untuk membeli barangan basah atau kering dalam jumlah lebih besar yang boleh disimpan dan tahan lama di peti sejuk seperti sayur-sayuran dan buah-buahan beku, pasta, nasi, kacang kering, ketulan ayam, kacang, rempah ratus, atau minyak masak.
5. Guna semula daripada membeli yang baru
Lupakan #OOTD; pertimbangkan untuk memakai pakaian terbaik yang telah anda miliki berbanding membeli yang baru. Anda juga digalakkan untuk menggunakan semula hiasan perayaan yang masih ada dan berkeadaan elok, seperti lampu berbentuk ketupat atau lampu pelita bateri Ramadan yang lepas. Namun jika anda tetap ingin membeli baju raya baru, cuba cari sesuatu yang boleh anda pakai beberapa kali, dan bukan hanya sesuai ketika di hari raya sahaja.
6. Simpan senarai beli-belah dan resipi anda untuk perancangan Ramadan akan datang
Kalau anda sudah membuat senarai membeli-belah dan mempunyai beberapa resipi istimewa Ramadan, simpan semuanya dengan baik agar ia boleh digunakan semula untuk Ramadan yang akan datang. Dengan ini ia memudahkan lagi tugas anda dan anda tak perlu membuang masa.
Dengan membuat perancangan Ramadan secara teliti, ia boleh membantu anda untuk merancang belanjawan sepanjang tahun juga. Ditambah dengan senarai beli-belah barangan keperluan, ia boleh membantu dalam mengelakkan berbelanja secara berlebihan.
Pastikan anda membuat persediaan awal; bukan saja demi mengekalkan kesihatan kewangan anda, tetapi anda juga boleh menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga anda sepanjang bulan yang mulia ini supaya anda boleh memberi sepenuh tumpuan dalam beribadah dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan mereka yang tersayang.
Biar kami padankan anda dengan yang sesuai dengan anda!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi yang bekerja sebagai penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!