Situasi semasa di dalam norma baharu memerlukan anda menyesuaikan diri dengan teknologi, terutamanya jika anda perlu hadiri temuduga kerja secara dalam talian. Ikuti tip-tip berikut bagi meningkatkan peluang anda diambil kerja.
Sedar atau tidak, sudah hampir setahun rakyat Malaysia berada dalam situasi norma baharu. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan pada Mac tahun lalu telah banyak merubah gaya hidup kita.
Impak yang terbit juga dapat dirasai oleh segenap penduduk dengan wujudnya kemelesetan ekonomi yang berpanjangan. Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) merekodkan seramai 99, 696 pekerja diberhentikan antara Januari hingga 27 November 2020.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim, beberapa faktor telah dikenal pasti menjadi punca kepada pemberhentian pekerja termasuk pemgambil alihan dan penutupan syarikat serta masalah kewangan kritikal. Akibatnya, ramai yang kini mencari pekerjaan baharu.
Norma baharu: temuduga secara dalam talian
Seperti yang kita ketahui, terdapat kekangan pergerakan dan peraturan penjarakan ketika norma baharu. Akibatnya, ramai yang beralih kepada kegiatan secara dalam talian. Ini termasuklah aktiviti yang melibatkan hal-hal pekerjaan, pembelajaran dan sekolah, makanan, dan juga aktiviti jual beli.
Pendekatan yang sama turut diamalkan oleh kebanyakan syarikat yang melakukan pencarian pekerja baharu. Temuduga kerja yang dahulunya dilakukan secara bersemuka dipejabat kini dilakukan secara dalam talian melalui panggilan video.
Situasi yang agak berbeza ini mungkil membuatkan anda terasa agak janggal. Namun, anda tidak perlu risau. Ikuti tip-tip berikut bagi memastikan temuduga tersebut berjalan dengan lancar:
- Pastikan kemudahan yang diperlukan berada dalam keadaan yang baik
Sebelum temuduga berlangsung, anda perlu pastikan segala kemudahan yang diperlukan berada dalam keadaan yang baik. Selain talian internet yang laju dan stabil, anda dinasihatkan untuk mencas komputer riba anda walaupun kabel kuasa sudah disambungkan. Ini bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku dimana anda perlu beralih tempat duduk.
Selain itu, pastikan perisian yang diperlukan untuk melakukan panggilan video tersebut berfungsi dengan baik. Jika boleh, gunakan juga mikrofon bagi memastikan penemuduga dapat mendengar anda dengan jelas. - Pilih lokasi yang bersesuaian
Pilih tempat yang tenang dan jauh daripada gangguan. Pastikan terdapat pencahayaan yang bagus dan pilih latar belakang yang bersesuaian. Sebaik-baiknya, elak latar dinding berwarna putih atau dipenuhi benda-benda lain. Ini penting bagi membolehkan bakal majikan memberi fokus kepada anda ketika sesi tersebut.
Selain itu, sekiranya terdapat orang lain di dalam rumah/tempat anda melakukan temuduga tersebut, pastikan mereka tahu waktu ia dijalankan supaya tiada gangguan secara mengejut. Anda juga dinasihatkan untuk mengunci pintu bilik. - Log keluar perisian yang tidak berkaitan
Selain memastikan telefon anda berada dalam mod senyap, anda dinasihatkan untuk log keluar dari perisian lain, termasuklah emel dan akaun media sosial anda. Ini bagi mengelakkan notifikasi baru masuk ketika temuduga sedang dijalankan. - Posisi kamera juga memainkan peranan
Walaupun skrin komputer riba boleh diubai suai, anda dinasihatkan untuk meletakkan posisi kamera selaras atau tinggi sedikit dengan paras mata anda. Sekiranya sudut kamera terpaksa didongakkan sedikit keatas, ia akan menampakan bahagian dagu dan lubang hidung anda.
Anda boleh lapik komputer riba anda dengan buku atau peralatan lain bagi membolehkan kamera tersebut selaras dengan posisi mata. Selain itu, kedudukan ini juga baik untuk postur badan yang betul dan ini juga memainkan peranan untuk menimbulkan pandangan pertama (first impression) yang baik untuk diri anda. - Pakaian apa yang sesuai?
Harus diingat, temuduga secara sidang video masih proses profesional. Oleh sebab itu, pastikan pemaikan adalah seperti temuduga kerja biasa yang dijalankan secara bersemuka. - Jangan mencelah
Perbualan secara sidang video mungkin akan mengalami imej tertunda dan sebaik-baiknya anda tunggu sehingga penemuduga benar-benar menghabiskan soalan sebelum menjawab. - Persiapan rapi
Lakukan latihan panggilan video sebelum hari temuduga. Ini penting supaya anda tahu apa perlu dilakukan sekiranya terdapat masalah teknikal yang berlaku terhadap perisian. Latihan temuduga secara umum dengan rakan anda juga boleh megurangkan rasa gemuruh dan melancarkan percakapan anda.
Perlukan bantuan kewangan ketika norma baharu?
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!