Pernahkah anda mendapat panggilan telefon yang mendakwa dari pihak mahkamah dan mendakwa anda mempunyai saman tertunggak? Mungkin juga anda pernah “dihubungi pihak kastam” yang mengatakan anda mempunyai cukai tertunggak bernilai puluhan ribu ringgit?
Awas! Kerana panggilan tersebut merupakan sindiket penipuan yang dikenali sebagai “Macau Scam”!
Berdasarkan statistik PDRM, terdapat sebanyak 4500 kes penipuan yang melibatkan panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada tahun 2017. Kerugian dianggarkan sebanyak RM113.11 juta.
Bagi mengelakan orang ramai dari terus tertipu, berikut kami paparkan beberapa sindiket penipuan wang di Malaysia yang perlu anda kenali:
1. Macau Scam
Penipuan ini mendapat nama kerana biasanya didalangi oleh sindiket yang berpangkalan di China. Pemangil akan mendakwa diri mereka adalah pihak polis, mahkamah, kastam, Bank Negara, atau agensi-agensi lain.
Sindiket ini menghubungi mangsa dengan membuat cerita seolah-olah individu tersebut terlibat dalam kes seperti saman mahkamah, cukai tertunggak, langgar lari, hutang kad kredit, dan bermacam lagi. Mangsa kemudian akan diminta untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun bank bagi menyelesaikan kes atau masalah yang dihadapi.
Malahan, mereka yang berpelajaran tinggi dan dalam kalangan professional turut menjadi mangsa. Sebagai contoh, seorang jurutera pada bulan Jun yang lalu telah mengalami kerugian RM350,000 kerana menyangkakan dirinya dikenakan tuduhan pengubahan wang haram.
Pada Ogos tahun lepas pula, seorang Pensyarah Kanan dari sebuah universiti tempatan kerugian sebanyak RM301,700. Beliau diperdaya tiga orang pemanggil yang menyamar sebagai pegawai polis, kastam, dan pegawai bank.
Ketahuilah bahawa pihak polis tidak akan sekali-kali menjalankan penyiasatan melalui panggilan telefon.
2. Sindiket cinta
“Sedangkan lautan api sanggup direnangi” – begitulah ungkapan yang sering dilaungkan mereka yang sedang asik dilamun cinta. Bagi negeri Sarawak sahaja, kerugian sebanyak RM9.36 juta telah dilaporkan dalam tempoh dua tahun yang lalu akibat penipuan sindiket cinta. Kerugian terpaksa ditanggung kerana cinta mendalam terhadap ‘kekasih’ yang bersembunyi di sebalik skrin telefon pintar atau komputer.
Terdapat juga penipuan yang dikesan menggunakan Islam untuk mempengaruhi mangsa. Anggota sindiket akan memujuk rayu mangsa sehingga mangsa memasukkan sejumlah wang sehingga beratus ribu ringgit walaupun hanya kenal di talian.
3. Pembeli dari luar negara
Penipuan jenis ini melibatkan individu yang menyamar sebagai pembeli bagi barangan di internet. Sasaran mereka adalah orang kebanyakan yang menjual barang di platform seperti Mudah.my, Lelong, Carousell, dan lain-lain. Biasanya mereka akan mengenalkan diri sebagai pembeli dari luar negara dan akan bertanyakan soalan-soalan lazim seperti “adakah barangan masih dalam keadaan yang baik?” dan “berapakah harga yang diletakkan?”
Mereka kemudiannya akan menawarkan untuk mebeli pada harga yang sedikit tinggi termasuk kos penghantaran ke luar negara. Sindikit ini kemudian akan meminta akaun bank dan emel penjual. Satu emel kemudiannya akan diterima oleh si penjual, kononnya dari bank luar negara yang menyatakan pembayaran telah dilakukan. Bagaimanapun wang tersebut disekat buat sementara waktu dan perlukan sedikit pembayaran yuran bagi mengaktifkan pemindahan wang tersebut.
Oleh kerana penjual jarang melakukan transaksi melibatkan pihak luar negara, mereka mudah terpedaya. Pihak sindiket juga akan memaksa penjual untuk membayar yuran pengaktifan tersebut. Mereka akan mengugut untuk membuat laporan polis kerana kononnya mereka sudah membuat pembayaran tetapi penjual enggan menghantar barang.
4. Pembiayaan kewangan yang mudah
Mangsa biasanya akan dihubungi oleh pihak sindiket melalui telefon, SMS, mahupun aplikasi seperti WhatsApp. Mereka menawarkan pembiayaan kewangan yang tinggi yang mudah, cepat, serta pada kadar interest yang sangat rendah.
Bagaimanapun, bagi mendapatkan pembiayaan ini, mangsa perlu membayar sejumlah wang terlebih dulu sebagai wang pendahuluan. Setelah pembayaran dibuat, wang pembiayaan yang dijanjikan tidak muncul tiba dan nombor telefon yang anda berurusan juga sudah tiada dalam talian.
Pembiayaan kewangan yang bukan sahaja sah tetapi juga benar-benar halal
Usah tertipu dengan sindiket seperti di atas. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, pergilah kepada bank atau agensi yang sah. Pembiayaan kewangan Islamik adalah pilihan yang terbaik. Kini, proses permohonan juga sudah menjadi lebih mudah dengan kewujudan platform digital pembiayaan peribadi Islamik Malaysia iaitu Assidq.com. Ia diuruskan oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd, (anak syarikat Sedania Innovator Berhad), yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi kewangan (FinTech) di Malaysia sejak 2009. Sedania As Salam telah menghasilkan produk ASSIDQ, produk digital pertama didunia patuh Syariah untuk pembiayaan peribadi Islamik.