Tahukah anda mengenai skim mySalam? Ia merupakan sebuah skim kerajaan yang memberikan perlindungan Takaful kesihatan kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam.
Melalui skim ini, mereka yang layak, akan menerima pembayaran tunai RM8,000 sekiranya didiagnos salah satu daripada 36 penyakit kritikal. Selain itu, pendapatan gantian elaun hospitalisasi harian turut disediakan. Amaun yang diberi adalah sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan.
Walaupun terdapat skim secara percuma, anda sebenarnya boleh mendapat perlindungan dan keuntungan yang lebih besar sekiranya anda mengambil Takaful secara peribadi. Malahan, Takaful peribadi ini tidak terhad penggunaan kepada kesihatan sahaja, tetapi juga bagi tujuan keselamatan, bencana pendidikan, pelaburan, kenderaan, kediaman, dan lain-lain lagi.
Apa itu takaful?
Takaful ialah suatu skim yang berdasarkan prinsip jamin menjamin atau bantuan bersama. Prinsip ini juga dikenali sebagai ta’awun. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.
Industri takaful dikawalselia oleh Akta Takaful 1984 yang memberi garis panduan supaya aktiviti takaful selari dengan kehendak Islam.
Sebenarnya, manfaat daripada mengambil perlindungan Takaful ini bukan sahaja boleh dinimati oleh golongan B40, tetapi juga mereka yang termasuk dalam kategori M40.
Berikut adalah 4 sebab perlindungan Takaful adalah pilihan terbaik buat golongan B40 dan M40:
1. Anda menerima keuntungan, bukannya bonus
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem Takaful adalah berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan, dan saling membantu dalam kalangan para pesertanya. Oleh demikian, sebarang lebihan keuntungan yang diperolehi melalui pelaburan akan dikongsi oleh semua pihak, termasuk anda!
Ini berbeza dengan insurans konvensional di mana syarikat insurans mengaut keuntungan melalui bayaran premium yang dikutip dari anda.
2. Patuh shariah
Oleh kerana terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah dengan prinsip syarak seperti riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakjelasan), maka masyarakat wajib untuk memilih skim takaful yang diiktiraf sebagai patuh shariah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis akad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (agensi) yang bebas daripada sebarang unsur riba, maisir dan gharar.
3. Pulangan tunai
Tujuan utama sesuatu insurans adalah untuk memberikan perlindungan sekiranya berlaku malapetaka atau kecemasan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda berjaya kekal sihat dan tidak mebuat sebarang tuntutan dalam tempoh perlindungan?
Bagi sebagian produk Takaful, mereka akan memberikan anda pulangan tunai (cashback) bagi kes sebegini. Amaun yang anda akan perolehi berbeza mengikut pengendali Takaful. Bagi skim insurans konvensional pula, tiada sebarang pilihan seperti ini.
4. Bantu membantu
Berbeza dengan insurans konvesional yang berteraskan kontrak jual-beli, Takaful adalah berteraskan kontrak tabarru’ (derma). Apabila ada peserta lain yang ditimpa musibah, bayaran pampasan kepada peserta tadi diambil daripada tabung derma tadi. Tanpa sedar, anda sebenarnya telah membantu orang lain yang ditimpa musibah.
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
Kadangkala, akan tiba masa di mana kita memerlukan bantuan kewangan tambahan. Tidak kiralah sekiranya anda seorang pekerja yang makan gaji mahupun seorang yang berniaga sendiri, inilah hakikat yang seringkali terjadi.
Bantuan kewangan ini mungkin bagi tujuan perniagaan, pelaburan strategik, penambahan aset, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Dalam keadaaan sebegini, pembiayaan kewangan adalah satu pilihan yang mampu membantu anda menyelesaikan kemelut tersebut. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islam, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!