Sebelum anda menjadi seorang penjamin bagi sebarang pembiayaan kewangan, ketahui terlebih dahulu risiko yang ada. Selain itu, ketahui juga bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan secara mudah tanpa sebarang penjamin!
Pernahkah anda diminta oleh ahli keluarga atau rakan untuk menjadi penjamin bagi pembiayaan atau pinjaman kewangan mereka? Walaupun kini terdapat pelbagai tawaran pinjaman yang tidak memerlukan penjamin, keperluan sebegini masih wujud, terutamanya apabila pemohon pinjaman kewangan tersebut tidak berpendapatan tetap atau kukuh. Bagaimanapun, sebelum anda memberikan kata persetujuan, ketahuilah terlebih dahulu risiko-risiko yang terlibat.
Hak-hak dan tangungan anda sebagai seorang penjamin
Jaminan ialah janji yang dibuat oleh suatu pihak (yang dikenali sebagai penjamin) untuk membayar bagi pihak seorang yang lain (yang dikenali sebagai peminjam) sekiranya peminjam itu gagal atau enggan membayar balik pinjamannya kepada pihak yang memberi pinjaman (seperti bank dan institusi kewangan).
Syarat menjadi seorang penjamin sebenarnya mudah, di antaranya adalah:
- Berumur 18 tahun ke atas
- Tidak berstatus muflis
- Mempunyai keupayaan mental untuk memahami dokumen jaminan yang berkaitan
- Terima jadi penjamin tanpa sebarang tekanan
Apabila anda menjadi seorang penjamin, anda terikat dengan kontrak yang sah. Kontrak ini menyatakan tanggungjawab anda untuk membayar hutang sekiranya peminjam gagal membuat bayaran. Had tanggungan seorang penjamin adalah sama dengan peminjam, iaitu dari segi jumlah wang yang harus ditanggung oleh penjamin di bawah perjanjian pinjaman.
Risiko menjadi penjamin
Sekiranya anda diminta untukmenjadi penjamin, beban kewangan dan risiko yang terlibat adalah berat. Oleh itu, anda mestilah berhati-hati dan membuat penilaian dan pertimbangan yang secukupnya.
Di antara risiko sebagai seorang penjamin yang perlu anda hadapi adalah:
- Skor kredit anda rosak
Skor kredit adalah satu sistem pemarkahan yang menentukan kesihatan kredit (kewangan) anda. Ia menilai sejarah kewangan anda dan memaklumkan kepada institusi kewangan kemampuan anda untuk membayar balik sebarang pembiayaan.
Apabila anda menjadi penjamin, skor kredit anda akan rosak sekiranya orang yang kita jamin itu gagal membayar hutang pada waktu yang sepatutnya. - Anda sukar untuk mendapatkan pembiayaan untuk diri sendiri
Ini adalah lanjutan kepada skor kredit yang rosak sebelum ini. Bank dan institusi kewangan menggunakan skor kredit untuk menilai kemampuan anda untuk membayar sebuah pinjaman.
Apabila skor kredit anda terjejas akibat orang yang anda jamin gagal membayar, anda akan tanggung kerugian apabila anda sendiri sukar untuk mendapatkan pinjaman. - Harta anda boleh disita
Harta atau aset penjamin juga boleh disita apabila pembayaran gagal dilakukan. Pihak Jabatan Insolvensi akan menyita harta yang anda ada untuk membayar balik hutang tersebut. - Tidak bebas ke luar negara
Anda sebagai penjamin perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Insolvensi atau pun mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu sekiranya mahu ke luar negara. - Anda boleh diisytihar muflis
Risiko terbesar bagi seorang penjamin adalah menjadi muflis. Hal ini kerana sekiranya kedua-dua pihak (penjamin dan pemiutang) tidak dapat melunaskan hutang tersebut.
Kebiasaannya, status muflis diisytiharkan oleh Jabatan Insolvensi apabila seseorang melalui tiga perkara berikut:
- Tidak mampu membayar hutang yang berjumlah RM100,000 ke atas (dinaikkan daripada nilai asal RM50,000).
- Hutang tersebut tidak dibayar selama enam bulan berturut-turut.
- Bermastautin di Malaysia untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun semasa berhutang.
Dapatkan pembiayaan kewangan Islam tanpa penjamin dengan mudah!
Sebenarnya, terdapat banyak tawaran pembiayaan kewangan yang tidak memerlukan sebarang penjamin dan ia mudah untuk mendapat kelulusan. Caranya adalah dengan memohon melalui laman As-Sidq!
Jika anda perlukan jumlah wang yang besar dan segera, memohon pembiayaan kewangan merupakan pilihan yang anda boleh pertimbangan. Dengan pembiayaan kewangan, ia mungkin boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Ada masanya kita perlukan sedikit bantuan kewangan. PEMBIAYAAN PERIBADI-i KREDIT KOMUNITI JCL CREDIT LEASING i-Fund merupakan antara pembiayaan Islamik yang telus yang boleh didapati di platform As-Sidq. Pembiayaan peribadi ini terbuka kepada semua termasuklah sektor awam, sektor awam dan juga mereka yang bekerja sendiri.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!