Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai orang mengalami masalah kewangan. Jika anda seorang penjawat awam yang memerlukan pembiayaan bagi hal-hal peribadi seperti penyatuan hutang, kecemasan, dan sebagainya, kami senaraikan beberapa pilihan pembiayaan peribadi Islamik khusus untuk penjawat awam.
Jika anda tidak mempunyai laporan kredit yang baik, terdapat juga syarikat kredit komuniti dan koperasi yang membenarkan anda memohon walaupun anda telah disenarai hitam (blacklisted) dalam laporan CTOS atau mempunyai tunggakan dalam laporan CCRIS.
Malah ada syarikat kredit komuniti yang membenarkan permohonan walaupun anda sedang menjalani Program Pengurusan Kredit AKPK. Tetapi sebelum anda memohon mana-mana pembiayaan, kami sarankan anda untuk mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada kaunselor kewangan.
Berikut ialah beberapa pilihan pembiayaan peribadi untuk penjawat awam:
- Cash-i Muamalat
Jumlah Pembiayaan: RM10,000 – RM200,000
Tempoh Bayaran: 24 – 120 bulan
Kadar Keuntungan: 2.69% p.a
Cash-i Muamalat daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad ditawarkan kepada kakitangan sektor awam yang berjawatan tetap mahupun yang berjawatan kontrak.
Pelan ini menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Pelan pembiayaan peribadi Bank Muamalat ini juga membenarkan anda buat penyatuan hutang (debt consolidation). - BSN MyRinggit-i
Jumlah Pembiayaan: RM5,000 – RM200,000
Tempoh Bayaran: 12 – 120 bulan
Kadar Keuntungan: 4.60% p.a
Pelan pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM400,000 dengan tempoh 10 tahun. Pelan ini ditawarkan kepada kakitangan awam dengan jawatan tetap dan juga jawatan kontrak dan sementara.
Kelayakan gaji hanyalah RM1,500 sebulan. Mohon pembiayaan ini untuk ciri penyatuan hutang – satukan semua pinjaman anda yang sedia ada ke dalam pembiayaan ini. - MBSB Personal Financing Mumtaz-i
Jumlah Pembiayaan: RM1,000 – RM250,000
Tempoh Bayaran: 12 – 120 bulan
Kadar Keuntungan: 4.8% p.a
MBSB Personal Financing Mumtaz-i ditawarkan khusus kepada kakitangan sektor awam sama ada kerajaan, GLC atau badan berkanun. Pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar ini membenarkan ciri penyatuan hutang untuk mereka yang ingin menghimpunkan hutang yang sedia ada ke dalam satu pelan pembiayaan untuk meringankan beban dan memudahkan bayaran bulanan. - Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang
Jumlah Pembiayaan: RM50,000 – RM200,000
Tempoh Bayaran: 12 – 120 bulan
Kadar Keuntungan: 2.38% p.a
Mohon sehingga RM200,000 dengan tempoh maksimum 10 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan adalah sangat berpatutan dengan kadar terapung. - Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA
Jumlah Pembiayaan: RM3,000 – RM200,000
Tempoh Bayaran: 36 – 120 bulan
Kadar Keuntungan: 4.99% p.a
Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA menawarkan jumlah sehingga RM200,000 dengan tempoh maksimum 10 tahun. Caj kadar keuntungan adalah tetap dan sangat berpatutan. Pelan ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dengan jawatan tetap dan kontrak, serta kakitangan swasta yang layak. - Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)
Jumlah Pembiayaan: RM10,000 – RM200,000
Tempoh Bayaran: 12 – 120 bulan
Kadar Keuntungan: 3.45% p.a
Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama menawarkan pembiayaan peribadi yang istimewa untuk kakitangan sektor awam, GLC serta badan berkanun. Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
Konsep syariah yang digunakan bagi pembiayaan ini ialah kontrak Murabahah (Tawarruq). Tawarruq ialah pengaturan yang melibatkan pembelian aset dan seterusnya penjualan aset yang sama kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai.
Anda layak memohon walaupun anda mempunyai tunggakan dalam rekod CCRIS. Laporan CCRIS (dari aplikasi ‘Credit Bureau’) anda perlu dikemukakan untuk setiap permohonan. Bagi tunggakan 1-2 bulan, kelulusan adalah berdasarkan budibicara. Jika tunggakan anda 3 bulan atau lebih, permohonan akan ditolak.
Selain itu, tiada yuran proses dikenakan terhadap pemohon daripada sektor kerajaan, badan berkanun dan GLC. Penjamin atau cagaran juga tidak diperlukan termasuklah bagi kakitangan dengan status kontrak bersambung (kelebihan ini khusus bagi kakitangan Kemas dan Jabatan Perpaduan sahaja).
Pembiayaan ini turut didatangkan dengan Skim Takaful Keluarga Berkelompok. Tempoh pengeluaran amat pantas iaitu dalam 3 (tiga) hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap.
Semua pembiayaan peribadi untuk penjawat awam yang disenaraikan adalah daripada institusi kewangan yang sah seperti bank, koperasi, dan kredit komuniti yang dahulunya dikenali sebagai pinjaman berlesen.
Pembiayaan untuk penjawat awam biasanya menawarkan beberapa kelebihan yang tersendiri, seperti jumlah pembiayaan yang tinggi berserta tempoh pembiayaan yang panjang berbanding mereka yang bukan penjawat awam.
Tambahan lagi, kebanyakan pembiayaan peribadi untuk penjawat awam mengenakan caj kadar faedah dan kadar keuntungan yang lebih rendah berbanding pembiayaan/pinjaman peribadi swasta.