Walaupun dalam keadaan kecemasan atau terdesak, anda tidak perlu meminjam dari Ah Long. Sebaliknya, gunakan salah satu daripada cara berikut!
Walaupun umum sudah mengetahui padah yang bakal menjelma akibat daripada membuat pinjaman dari Ah Long, masih ramai yang melakukannya. Malah, semenjak 2020 sehingga tahun lalu, sebanyak 1,784 kes Ah Long diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman yang melibatkan pinjaman melebihi RM8.8 juta!
Ramai yang terjerumus ke dalam situasi tersebut adalah disebabkan desakan hidup atau kecemasan. Secara idealnya, wang bagi keadaan sebegini boleh diambil dari dana atau tabung kecemasan, namun secara realistiknya, masih ramai rakyat Malaysia yang belum mampu untuk menyediakannya.
Tetapi, di sini, kami sediakan 8 pilihan yang boleh anda ambil sekiranya anda perlukan wang ketika kecemasan.
- Pengeluaran KWSP
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan anda pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu. Pengeluaran sebahagian adalah dari Akaun 2 KWSP anda dan dibenarkan bagi tujuan-tujuan berikut:
- Umur melebihi 50 tahun
- Pendidikan
- Beli rumah
- Bina rumah
- Mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan
- Ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Perumahan fleksibel (meningkatkan had kelayakan pinjaman)
- Pembelian rumah PR1MA
- Mengerjakan Ibadah Haji
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan anda pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu. Pengeluaran sebahagian adalah dari Akaun 2 KWSP anda dan dibenarkan bagi tujuan-tujuan berikut:
- Pembiayaan peribadi berlesen
- Pembiayaan kewangan mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan untuk menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
- Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda. Ia juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
- Namun anda perlu memastikan dari mana anda membuat pembiayaan tersebut. Apabila anda mengambil pembiayaan daripada institusi yang berdaftar, anda dilindungi undang-undang dan mempunyai garis panduan jika tidak mampu melangsaikan hutang dalam tempoh ditetapkan. Sebaliknya, pinjaman daripada pihak yang tidak diiktiraf (seperti pihak Ah Long) boleh mendatangkan masalah dan risiko ancaman jenayah kepada anda.
- Pembiayaan semula (refinance)
- Refinance atau pinjaman semula adalah proses di mana anda mengantikan pinjaman yang sedia ada dengan pinjaman baru. Refinance boleh dilakukan melalui institusi kewangan bagi pinjaman yang asal ataupun yang baharu.
- Pembiayaan yang baharu ini mempunyai terma yang lebih menguntungkan. Dengan cara ini, anda boleh memanipulasi terma dan syarat pinjaman tersebut supaya anda akan mendapat manfaat dari pinjaman yang baharu tersebut.
- Pendahuluan tunai
- Ini adalah kemudahan yang disediakan oleh perkhidmatan kad kredit yang juga dikenali sebagai ‘Cash Advance’. Ia membenarkan pemegang kad mengeluarkan wang tunai wang tunai secepat 24 jam dari mana-mana ATM bank seluruh dunia, atau di kaunter di bank mengikut had kredit yang tersedia.
- Namun, and juga perlu mempertimbangkan caj faedah tinggi yang dikenakan buat perkhidmatan ini. Kebanyakan bank mengenakan sekurang-kurangnya faedah sebanyak 18% ke atas jumlah yang dikeluarkan!
- Kemudahan BNPL
- BNPL adalah singkatan kepada ‘Buy now, pay later’ yang bermaksud ‘beli sekarang, bayar kemudian’. Ia merupakan kaedah pembiayaan yang tidak memerlukan pembeli untuk membuat pembayaran secara sekaligus. Secara mudahnya ia adalah kaedah pembayaran ansuran yang tidak melibatkan sebarang cas faedah atau kos tambahan.
- BNPL biasanya digunakan bagi pembelian yang mahal kerana pengguna tidak mampu membayar secara tunai. Sekiranya kad kredit digunakan bagi tujuan pembelian tersebut, kebiasaannya akan terdapat baki kerana pengguna tidak mampu membuat pembayaran secara sekali gus. Baki kad kredit ini akan dikenakan faedah. Maka, secara jangka panjang, jumlah yang perlu dibayar oleh pengguna menjadi lebih tinggi.
- Ini berbeza sekiranya pembayaran dibuat secara BNPL. Pembayaran ansuran tanpa faedah bermakna harga barangan akan kekal sama. Namun, pembeli hanya perlu membayar satu amaun kecil sahaja setiap bulan.
- Pelan ansurans tunai
- Juga dikenali sebagai ‘Cash Installment Plan’, ia mempunyai konsep yang agak sama dengan BNPL. Pelan Ansuran Tunai membenarkan anda untuk buat pinjaman tunai dengan kad kredit , dan bayar semula dalam bentuk bayaran ansuran bulanan tetap.
- Kebanyakan pelan ini tidak mengenakan caj kadar faedah tahunan (faedah 0%) dan juga tiada caj pengendalian (upfront handling fee).
- Gadai emas
- Di antara kelebihan simpan emas ialah ia merupakan sesuatu pelaburan yang tidak beku. Bagi tujuan kecemasan, emas tersebut tidak perlu dijual terus tetapi sudah memadai dengan memajak untuk dapatkan pinjaman bercagar dengan kadar.
- Terdapat juga sistem pajak gadai Islam yang patuh syariah seperti Ar-Rahnu yang menawarkan pinjaman tanpa caj faedah dan hanya mengenakan upah simpan yang tidak membebankan.
- Jual barangan terpakai
- Mungkin anda pernah dengar mengenai Marie Kondo yang terkenal dengan konsep ‘decluttering’ iaitu membuang, menjual, atau mendermakan barangan yang kita tidak perlukan lagi. Dalam keadaan kecemasan, barangan seperti ini boleh membantu kita dari sudut kewangan.
- Di antara barangan berharga yang boleh dijual adalah, gajet elektronik, smartphone, konsol permainan, perabot, beg dan aksesori berjenama. Anda boleh menjual barang tersebut secara terus kepada keluarga dan kenalan terdekat dulu atau di platform jual beli seperti Carousell dan Mudah untuk mendapatkan tawaran harga yang lebih menarik.
Biar kami padankan anda dengan yang sesuai dengan anda!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda yang penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!