Mungkin sukar untuk dipercayai tetapi anda sebenarnya boleh mengurangkan hutang sedia ada dengan cara membuat hutang yang baharu. Malahan, pakar-pakar kewangan memperakui keberkesanan teknik penyatuan hutang!
Kehidupan norma baharu yang sudah melangkaui tempoh setahun sememangnya membimbangkan banyak pihak. Malahan, sebelum situasi ini bermula lagi, terdapat beberapa berita yang membimbangkan daripada sudut kewangan dan hutang rakyat tempatan.
Pada penghujung 2018 yang lalu, tahap hutang isi rumah di Malaysia sudah pun berada pada kadar 83.2% . Lebih membimbangkan, setakat bulan Ogos 2019 sahaja, seramai 300,908 rakyat Malaysia telah diishtiharkan sebagai muflis.
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengurangkan kemelesetan ekonomi akibat daripada pandemik Covid-19, masih ramai yang terkesan dari sudut kewangan. Malahan, keadaan dijangka bertambah buruk apabila moratorium bersasar telah tamat.
Teknik apakah yang berkesan untuk mengurangkan beban hutang anda?
Terdapat beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk menyelasaikan hutang yang sedia ada. Bagaimanapun, pakar-pakar kewangan sering menyarankan tiga teknik berikut:
- Strategi Bebola Salji (Snowball)
Kaedah ini mendapat nama kerana menyerupai fitrah bebola salji yang sedang bergerak. Ia akan bermula dengan saiz yang agak kecil tetapi menjadi semakin besar apabila ia bergerak menuruni curam.
Begitulah juga keadaannya dengan strategi pembayaran hutang di sini. Anda perlu menyenaraikan dan menyusun semua akaun hutang anda mengikut jumlah yang paling kecil sehingga yang paling besar. Tumpuan untuk pelangsaian hutang hendaklah diberikan kepada akaun yang paling kecil. Akaun-akaun yang selebihnya pula hanya akan dibayar amaun yang minimum. Setelah hutang tersebut selesai, kaedah tersebut dimulakan semula.
Pedekatan ini mampu memberikan anda motivasi apabila melihat satu akaun hampir untuk dihapuskan. Bagaimanapun kelemahan kaedah ini adalah ia mungkin mengambih masa yang lama untuk melangsaikan kesemua hutang. Selain itu, pembayaran minimum mungkin akan menyebabkan pengumpulan kadar keuntungan yang memanjangkan tempoh pembayaran semula akaun-akaun hutang yang lain. - Strategi Penyusunan (Debt Stacking)
Mengikut kaedah ini, anda perlu menyenaraikan dan menyusun semula hutang mengikut kadar keuntungan. Hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi perlu diberikan tumpuan untuk dilangsaikan terlebih dahulu.
Pendekatan ini dapat mengelakkan anda daripada membayar kadar keuntungan berganda. Bagaimanapun, proses ini akan memakan masa yang lebih panjang berbanding kaedah ‘snowball’. - Kaedah Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)
Bukan semua hutang adalah buruk malahan adakalanya ia boleh mengutungkan. Mengikut kaedah ini, anda menyatukan semua hutang ke dalam satu pembiayaan yang baru. Konsep yang sama juga boleh diaplikasikan sekiranaya anda mempunyai lebih daripada satu hutang kad kredit.
Pendekatan ini memudahkan anda dengan menyatukan semua hutang kepada satu ansuran sahaja. Anda dapat memberi tumpuan kepada satu bil sahaja. Ia juga dapat menyelesaikan masalah kadar keuntungan yang berganda dan berbeza-beza.
Kelebihan lain pendekatan ini adalah sekiranya kesemua akaun hutang anda yang sedia ada merupakan pinjaman konvensional. Anda boleh menyatukan hutang tersebut di bawah satu akaun pembiayaan Islamik. Berbanding pinjaman konvensional, pembiayaan Islam mempunyai lebih banyak kelebihan.
Bagaimanapun, sekiranya anda sudah mempunyai hutang yang tinggi dan ditambah pula dengan masalah selalu terlewat membuat pembayaran, anda mungkin akan menemui kesukaran untuk diluluskan permohanan pembiayaan.
Buat penyatuan hutang yang menguntungkan secara mudah melalui As-Sidq!
Memang diakui, ramai yang takut untuk memohon pembiayaan kewangan pada waktu kemelesetan ekonomi sebegini. Tetapi seperti yang kami nyatakan sebelum ini, penyatuan hutang (debt consolidation) adalah satu teknik yang berkesan untuk mengurangkan beban hutang yang sedia ada.
Akaun hutang anda yang lama mungkin mempunyai kadar keuntungan (interest) yang berbeza-beza. Malahan, ada kemungkinan kadar tersebut adalah tinggi.Pembiayaan kewangan baru yang ditawarkan di platform As-Sidq mempunyai kadar keuntungan yang lebih rendah dan anda boleh menggunakan sebahagian darinya untuk melangsaikan hutang yang sedia ada. Dengan kaedah penyatuaan hutang ini, anda akan membayar balik jumlah yang sama dengan hutang yang terdahulu tetapi dengan satu kadar keuntungan yang rendah.
Selain itu, As-Sidq hanya menawarkan produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP) dan Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) merupakan antara pembiayaan yang boleh didapati diplatfrom As-Sidq. Jika anda memerlukan pembiayaan peribadi pada masa kini, untuk digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan keadaan ekonomi anda,dua pilihan ini mungkin antara yang terbaik yang boleh dipohon.
Kelebihan lain pembiayaan patuh syariah termasuklah:
- Bebas dari unsur riba
- Caj bayaran lewat yang lebih rendah
- Amaun bayaran yang jelas dan tetap
- Rebat untuk penyelesaian awal
As-Sidq direka sebagai platform sepenuh digital, dengan proses pemadanan dan permohonan yang mudah dan teratur. Ini memastikan proses permohonan anda telus dan tidak rumit.
As-Sidq memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat. Kami memastikan integrasi dengan rakan-rakan kongsi berjalan lancar untuk mempercepatkan proses permohonan anda. Perkhidmatan ini juga disediakan secara percuma buat anda!