Adakah anda seorang kakitangan kerajaan yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan peribadi? Sekiranya jawapan anda adalah “Ya”, maka anda perlu segera rebut peluang ini!
Kakitangan kerajaan sering dilihat sebagai pekerjaan yang mempunyai banyak keistimewaan. Jawatan mereka dianggap lebih terjamin dan mempunyai akses yang lebih mudah kepada pelbagai keistimewaan seperti pembiayaan peribadi.
Namun hakikatnya, golongan ini juga boleh menghadapi masalah untuk mendapatkan pembiayaan peribadi. Terdapat banyak kemungkinan sesuatu permohonan pembiayaan di tolak, sebab-sebab utama adalah:
- DSR yang tinggi
- Nisbah Khidmat Hutang atau Debt Service Ratio (DSR) merujuk kepada kaedah menentukan kemampuan seseorang untuk membayar balik pembiayaan peribadi yang dipohon. Ia mengambil kira jumlah pendapatan dan komitmen sedia ada seseorang kepada mana-mana pihak bank dan institusi kewangan lain. Komitmen luar slip gaji yang tinggi merupakan di antara masalah utama kakitangan kerajaan untuk mendapatkan pembiayaan.
- Masalah pada CTOS
- CTOS merujuk kepada sistem maklumat yang digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan di negara ini. Pelbagai maklumat mengenai kewangan pemohon boleh didapati di dalam sistem CTOS. Di antaranya ialah status muflis, tindakan saman dan undang-undang, pengesahan identiti, dan pemilikan perniagaan.
- Status buruk pada CCRIS
- Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit atau Central Credit Reference Information System (CCRIS) merupakan laporan kredit yang mengumpulkan maklumat dari pelbagai servis kewangan seperti bank, broker insurans, servis utiliti, dan sebagainya. Berbeza dengan CTOS yang dikendalikan pihak swasta, CCRIS diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia.
- Dokumen yang tidak lengkap
- Masalah ini boleh berlaku apabila institusi kewangan memerlukan terlalu banyak dokumen sokongan.
- Tersenarai dalam Program Pengurusan Kredit AKPK
- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan program pengurusan kredit untuk semua individu yang memerlukan bantuan dalam mengurus bebanan kredit dengan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Mereka yang tersenarai dalam program ini biasanya mempunyai hutang yang tinggi dan menghadapi kesukaran membayar komitmen bulanan mereka.
Permohonan anda ditolak? Rebut peluang untuk dapatkan pembiayaan peribadi secara mudah & pantas!
Apabila kita melihat punca-punca yang dinyatakan di atas, pasti ramai yang gembira apabila mengetahui bahawa terdapat tawaran pembiayaan peribadi buat kakitangan kerajaan yang boleh diluluskan walaupun anda mempunyai komitmen luar slip gaji yang tinggi.
Ini bermakna anda masih boleh memohon pembiayaan walaupun anda mempunyai banyak komitmen pembayaran seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain.
Tawaran yang dimaksudkan adalah Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR).
Apa ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR)?
Pembiayaan Peribadi-i YIR ialah pembiayaan khusus buat pekerja tetap (atau kontrak KEMAS) Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan/Badan Berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon hanya RM1,500 sebulan (termasuk elaun).
Selain kelulusan yang mudah dan pantas, Pembiayaan Peribadi-i YIR mempunyai ciri-ciri berikut:
- Jumlah maksima pembiayaan: RM250,000
- Tempoh pembiayaan: 1 tahun – 10 tahun
- Kadar keuntungan: Antara 6.66% – 10.88% setahun
- Konsep Syariah yang diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
- Tiada yuran guaman
Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang diperlukan juga adalah mudah iaitu:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini
- Surat pengesahan jawatan
- Salinan penyata/buku akaun simpanan
- Surat opsyen (bagi pelanggan berumur 44 tahun ke atas)
Ciri istimewa yang bakal menguntungkan anda!
Salah satu ciri yang menguntungkan anda berbanding pembiayaan lain adalah pembiayaan ini mengamalkan konsep patuh Syariah! Di dalam perbankan patuh Syariah, prinsip utama yang dipatuhi adalah bebas daripada unsur-unsur yang dilarang seperti riba (bunga hutang) di dalam setiap urusan kontrak jual beli yang mana melibatkan pembelian dan penjualan komoditi yang telah diketahui oleh pembeli dan dipersetujui oleh pihak yang berkontrak. Pihak pembiaya akan “membeli” barangan untuk pelanggan dan kemudian menjualnya kepada mereka pada harga yang telah dipersetujui.
Sesuai dengan peredaran masa, pembiayaan patuh Syariah telah mengalami lonjakan dari sudut populariti. Ini seperti yang dinyatakan di dalam laporan tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Pada tahun 2000, pembiayaan Islamik hanya menguasai 5.3% dari bahagian pasaran. Tetapi kini, angka tersebut sudah mencecah 34.9%.
Di antara kelebihan yang ada pada pembiayaan patuh Syariah berbanding pinjaman konvensional adalah:
- Bebas dari unsur riba
- Caj bayaran lewat yang lebih rendah
- Amaun bayaran yang jelas dan tetap
- Rebat untuk penyelesaian awal
Faktor-faktor di atas bukan sahaja menjadikan pembiayaan patuh Syariah merupakan pilihan dikalangan golongan Muslim sahaja, tetapi juga di kalangan non-Muslim.
Mohon dengan mudah dan pantas secara dalam talian!
Dapatkan pembiayaan peribadi patuh Syariah dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda sebagai penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang rendah di pasaran. Pelanggan juga boleh menyemak kelayakan secara PERCUMA serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan yang tinggi. Pendapatan minima RM1,500 sudah layak untuk memohon. Kini, pemohon boleh memohon pembiayaan peribadi-i YIR dengan menggunakan aplikasi ePanta$ yang boleh dimuat turun di Apple App Store https://bit.ly/ePantasADL dan Google Play Store https://bit.ly/ePantasGDL.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Shariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan serta butiran peribadi anda. Sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!