Dunia kewangan Islam merupakan kegiatan kewangan dan pembiayaan yang mesti memenuhi kehendak dan peraturan syariah (hukum-hukum Islam). Konsep ini juga boleh merujuk kepada bidang pelaburan yang dibenarkan mengikut peraturan syariah.
Kewangan Islam juga banyak menekankan aspek keadilan dan pembelaan segenap lapisan masyarakat. Lantaran itu, sebahagian kewangan atau keuntungan yang dijana melalui perniagaan juga harus menyumbang kepada kebaikan masyarakat. Di sinilah zakat memainkan peranannya.
Zakat perniagaan dari kacamata Islam
Dalil mengenai kewajipan membayar zakat perniagaan terdapat pada firman Allah SWT yang bermaksud:
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” [Surah Al-Nur (24): 37]
Zakat juga tidak perlu dipandang sebagai sesuatu bebanan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Zakat itu tidak mengurangi harta“
Syarat wajib zakat perniagaan
- Syarikat Muslim – Bagi perkongsian milik di antara Muslim dan non-Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat
- Sempurna milik –syarikat mestilah mempunyai kuasa penuh ke atas harta yang dikenakan zakat
- Cukup nisab – harta mestilah bernilai melebihi nilai semasa 85 gram emas
- Cukup haul – genap setahun perniagaan
- Niat berniaga – tujuan perniagaan adalah untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan melalui amalan (aktiviti) perniagaan
- Halal – Barang dan perkhidmatan yang halal sahaja diwajibkan zakat
Kaedah pengiraan zakat perniagaan
Terdapat tiga kaedah untuk menentukan jumlah zakat yang perlu di bayar:
1. Modal Berkembang (Growth Model)
Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.
- (Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap) X (% pemilikan saham) X 2.5%
Kaedah ini sesuai digunakan bagi Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad di mana tiada pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.
2. Modal Kerja (Working Capital)
Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.
- (Aset Semasa – Liabiliti Semasa) X (% pemilikan saham) X 2.5%
Kaedah ini sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Enterprise, Trading dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.
3. Untung Rugi
Pengiraan terus berdasarkan pendapatan yang diperolehi.
- (Hasil/Jualan/Perolehan – Belanja/Kos Yang Ditanggung) X 2.5%
Sesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tiada akaun atau penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit contohnya pasar tani, pasar malam, restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman dan lain-lain perniagaan yang berkaitan.
Pelarasan
Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti berikut:
1. Ditolak daripada aset semasa
- Barang-barang tidak wajib zakat
- Bukan milik sempurna
- Si penghutang kewangan
- Tiada item yang dikenakan zakat dua kali
- Aset semasa mestilah produktif
- Tabung-tabung yang bersifat kebajikan
- Kategori inventori/stok
2. Dicampur kepada tanggungan semasa
Pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut:
- Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu ‘financial loans’ dan pengkelasan semula pinjaman berjangka
- Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable)
- ‘Overdraf’
- Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease).
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
Tidak semua hutang adalah buruk. Malahan, adakalanya ia boleh menguntungkan kita. Selain merupakan kaedah untuk melangsaikan hutang, pembiayaan kewangan boleh digunakan untuk membuat pelaburan strategik dan penambahan aset.
Adakalannya juga kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba (kadar faedah berganda yang membebankan), gharar (penipuan), maysir (perjudian) dan zulm (amalan tidak berakhlak).
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!