Setelah berbulan rakyat Malaysia menjalani kehidupan dalam norma baharu, ada yang menganggap bahawa keadaan tersebut sudah menghampiri penghujung dan kita boleh kembali kepada gaya hidup yang lalu.
Benar, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memasuki beberapa fasa dan yang terbaharu adalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berakhir pada 31 Ogos nanti. Banyak kelonggaran sekatan sosial yang diberikan kepada orang ramai di dalam fasa ini.
Bagaimanapun, norma baharu kehidupan sebenarnya akan berterusan dengan lebih panjang lagi bagi mengelakkan gelombang baharu jangkitan berlaku. Pelbagai prosedur standard operasi (SOP) masih perlu dipatuhi oleh orang ramai.
Survival perniagaan
Norma baharu ini bukan sahaja telah meninggalkan kesan mendalam terhadap kehidupan manusia, tetapi juga cara perniagaan dijalankan. Di dalam situasi ini, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dikatakan menerima impak terbesar. Kaedah perniagaan tradisional tidak lagi releven buat keadaan norma baharu.
Bagi memastikan kelangsungan dan survival perniagaan, industri PKS disarankan untuk mengikut trend peredaran global dengan mengaplikasikan teknologi dan melakukan anjakan dari sudut strategi perniagaan.
Berikut adalah beberapa kaedah baharu yang boleh diaplikasikan.
Pembayaran tanpa tunai
Kini, dalam keadaan dunia sedang bergelut memerangi pandemik, transaksi tanpa tunai memberikan kelebihan yang besar. Dalam transaksi jual-beli tradisional, virus boleh merebak melalui wang tunai dan sentuhan.
Pembayaran tanpa tunai seperti transaksi elektronik, penggunaan kad kredit, debit, serta e-dompet mengurangkan sentuhan sesama individu dan juga risiko penyebaran wabak. Oleh demikian, pastikan perniagaan anda memberikan pilihan pembayaran tanpa tunai kepada pelanggan.
Di samping itu, pembayaran tanpa tunai mempunyai kelebihan berikut:
- Memudahkan urusan pencatatan urus kira dan simpanan
- Mengurangkan risiko kecurian
- Mengelakkan masalah ketiadaan wang kecil
- Promosi buat pelanggan seperti diskaun, cashback, dan ganjaran yang ditawarkan oleh kad kredit dan e-dompet
Jika anda mencari kad kredit yang dikeluarkan berdasarkan prinsip syariah, maka AsSidq.com boleh memadankan anda dengan tawaran kad kredit Islam terbaik.
Semua kad kredit yang dipadankan bebas daripada amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam, seperti faedah (riba) dan caj berlebihan (gharar), adalah dilarang. Ia juga tidak mempunyai faktor pengkompaunan terhadap caj dikenakan. Ini bermakna anda akan mengetahui jumlah liabiliti anda terlebih dahulu.
Sebahagian daripada kad kredit ini juga menawarkan perlindungan takaful untuk melindungi pemegang kad sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal menyeluruh. Ia juga menyediakan cara mudah untuk membuat pembayaran zakat.
Servis penghantaran
Bagi mengurangkan sentuhan dan menjaga jarak sosial, premis perniagaan tidak dibenarkan untuk membenarkan pelangggan yang ramai pada sesuatu masa. Sebaliknya anda boleh menggunakan servis penghantaran bagi memastikan pelanggan mendapat barangan, produk, atau makanan yang mereka inginkan.
Servis penghantaran tempatan ini juga menguntungkan anda kerana anda tidak perlu menguruskan servis tersebut ataupun menanggung kos tambahan.
SOP di Premis
Majikan perlu menjaga pelbagai SOP dan menguruskan pelbagai peraturan baharu ketika berada di premis perniagaan. Baru-baru ini, syarikat tempatan Green Packet Bhd melancarkan peranti KipleLive bagi meringankan beban majikan untuk memendekkan masa SOP tersebut.
Peralatan ini ada pelbagai fungsi termasuk mampu mengambil suhu badan, mengambil kehadiran pekerja menerusi pengimbasan muka dan boleh mengesan sama ada pekerja itu memakai pelitup muka atau tidak.
Ia menawarkan penyelesaian menyeluruh yang mana ia bukan sekadar mengambil suhu atau kehadiran semata-mata, tetapi juga mampu menyimpan segala data baik dari suhu, kehadiran, maklumat peribadi, menyelaraskan pergerakan kakitangan bagi meminimumkan sentuhan dan boleh menghalang individu yang disyaki mempunyai simptom daripada memasuki premis berkenaan
Pemasaran digital
Dalam norma baharu, usahawan perlu mengambil peluang membuat strategi pemasaran secara konsisten supaya pelanggan akan terdetik hati untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Kata kuncinya adalah jangan berputus asa untuk membina penjenamaan dan pemasaran yang kukuh.
Perubahan dalam gaya hidup pengguna ini memerlukan usahawan melakukan anjakan dengan menumpukan kepada pemasaran dalam talian dan media sosial.
Antara langkah baharu untuk meningkatkan jumlah jualan adalah dengan membuat video secara langsung dan berinteraksi dengan pelanggan mengenai produk yang dijual sama ada di Facebook, Instagram, Shopee Live dan sebagainya. Dengan kaedah ini, kita boleh berhubung dengan pelanggan secara dekat.
Adakah pembiayaan kewangan masih relevan pada waktu norma baharu?
Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan termasuk moratorium pembiayaan sedia ada, namun buat ramai, kadar tersebut belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan.
Maka, memohon pembiayaan kewangan yang baru mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Sekiranaya anda mahu mengetahui sama ada pembiayaan kewangan sesuai buat anda pada masa kini, layari artikel kami di sini.