Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia bernilai RM40 bilion yang dilancarkan tahun ini dijangka dapat meningkatkan akses sektor perniagaan kepada pembiayaan, terutamanya untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) dan sektor tidak formal.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam laporan The Edge Markets, program itu merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti untuk memberi manfaat setiap kumpulan usahawan.
Bagi perniagaan mikro dan kecil, kerajaan akan menawarkan akses kepada pembiayaan dengan kadar faedah yang rendah.
Sama seperti produk pinjaman atau pembiayaan yang lain, pembiayaan mikro mempunyai kadar faedah yang ditetapkan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat berdasarkan penilaian profil risiko peminjam.
Apa itu penilaian profil risiko peminjam, dan kenapa ia penting untuk PKS?
Penilaian risiko kredit ialah satu prosedur di mana pemberi pinjaman ingin membuat pengesahan mengenai potensi risiko kredit seseorang.
Dalam hal ini, risiko tersebut dikira berdasarkan keupayaan peminjam untuk membayar balik pinjaman tersebut. Pemberi pinjaman (bank) biasanya akan menyemak lima perkara berikut, iaitu:
- Sejarah kredit dan skor kredit
- Keupayaan untuk membayar balik pinjaman
- Modal peminjam
- Sebab untuk membuat pinjaman
- Aset cagaran peminjam
Kebanyakan institusi kewangan atau pemberi pinjaman akan melihat lima perkara asas ini sebelum memberi pinjaman. Jadi mengira skor kredit dan menyemak sejarah kredit anda sangat penting untuk penilaian risiko ini.
Skor kredit adalah nombor tiga digit yang digunakan untuk menilai tahap ‘kesihatan’ kewangan seseorang. Agensi yang berkenaan akan membantu pihak bank dalam menyemak skor kredit untuk meluluskan permohonan pinjaman.
Penarafan skor kredit yang dianggap sebagai ‘Skor Kredit Sihat’
Skor kredit yang diperlukan agar permohonan pinjaman diluluskan bergantung kepada bank atau institusi kewangan, tetapi secara amnya, skor kredit yang dikira baik adalah di antara 650 hingga 750. Manakala skor kredit di antara 751 hingga 850 (skor tertinggi) dianggap sangat baik atau cemerlang bagi pihak bank.
Jika skor kredit anda tidak berada dalam julat yang disebutkan, anda digalakkan untuk mengubah tahap ‘kesihatan’ kewangan anda dengan meningkatkan skor kredit. Sebagai permulaan, berikut ialah beberapa langkah mudah:
- Mulakan dengan membuat pembayaran bil anda tepat pada masanya.
- Bayar hutang anda secepat mungkin.
- Jika anda memiliki kad kredit, pantau dengan teliti baki kad kredit anda dan elakkan penggunaan maksimum kerana ia boleh menjejaskan skor kredit anda.
- Berhati-hati terhadap sebarang aktiviti penipuan di bawah nama anda. Semak laporan kredit anda dengan kerap untuk memastikan semua butiran peribadi anda adalah betul dan dikemas kini, dan pastikan semua aktiviti kewangan yang direkodkan di bawah nama anda adalah yang telah anda sahkan sendiri.
Skor kredit yang baik boleh memberi manfaat kepada anda, kerana jika anda memohon pinjaman seperti perniagaan, kereta, rumah, dan sebarang jenis pinjaman peribadi, peluang permohonan untuk diluluskan adalah tinggi.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada pengiraan skor kredit
Terdapat sekurang-kurangnya lima (5) faktor utama yang menyumbang kepada pengiraan skor kredit:
- Sejarah pembayaran = 40%
Semakan ini dibuat untuk memastikan sama ada anda telah terlepas sebarang pembayaran balik dalam tempoh 12 bulan yang lalu. - Jumlah hutang tertunggak peminjam = 30%
Pemberi pinjaman akan melihat jenis kad kredit yang anda masih berhutang, kredit bercagar seperti pinjaman kereta atau rumah, dan kredit tidak bercagar seperti pinjaman peribadi atau kad kredit. Malah hutang yang tertunggak dengan institusi perbankan juga akan turut disemak. - Sejarah kredit anda = 10%
Ia termasuk berapa kali anda membuat pinjaman atau berapa lama anda mempunyai kad kredit. - Sebarang permohonan kredit baharu = 10%
Pemberi pinjaman akan menyemak rekod kemudahan kredit yang telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan yang lalu. - Rekod tindakan undang-undang ke atas anda = 10%
Pemberi pinjaman akan menyemak sama ada terdapat sebarang tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas anda atau sebarang tuntutan yang masih belum selesai.
Sebelum membuat sebarang permohonan pembiayaan mikro atau apa juga jenis pembiayaan, anda digalakkan untuk menyemak skor kredit anda terlebih dahulu agar peluang permohonan anda diluluskan lebih cerah.
Laporan kredit biasanya boleh didapati di salah satu daripada tiga (3) Agensi Pelaporan Kredit (CRA) yang diiktiraf di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, iaitu CCRIS, Experian (dahulunya dikenali sebagai RAMCI), dan CTOS.
Biar kami padankan anda dengan yang sesuai dengan anda!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda yang penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!