Di dalam industri kewangan dan perbankan, pinjaman atau pembiayaan kewangan peribadi merupakan satu kemudahan yang mendapat sambutan ramai. Terdapat pelbagai tujuan yang membuatkan sesorang individu membuat permohanan fasiliti ini. Ada yang mahu menggunakannya bagi tujuan perkahwinan, perniagaan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, dan lain-lain lagi.
Terdapat banyak institusi yang menawarkan perkhidmatan pinjaman atau pembiayaan kewangan ini. Maka, sebelum anda membuat permohanan, anda perlu memastikan pembiayaan tersebut adalah yang terbaik untuk anda.
Tetapi, adakalanya sesuatu permohanan tidak dapat diluluskan oleh pihak pembiaya. Berikut adalah beberapa sebab sesuatu permohanan pembiayaan kewangan tidak diluluskan:
1. DSR yang tinggi
Debt Service Ratio ataupun DSR merupakan kaedah untuk menentukan kemampuan anda untuk membayar balik pembiayaan kewangan yang dipohon. Dua faktor yang diambil kira di dalam DSR adalah jumlah pendapatan dan komitmen sedia ada anda kepada mana-mana pihak bank.
Formula yang digunakan pula adalah seperti berikut:
DSR = (Komitmen sedia ada / Pendapatan) x 100
Setiap institusi kewangan mempunyai syarat DSR tersendiri. Sebagai contoh, sesebuah bank mungkin memerlukan anda mempunyai DSR di bawah 50.
2. Masalah pada CTOS
CTOS merujuk kepada sistem maklumat yang digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan di negara ini. CTOS merupakan syarikat swasta dan di antara maklumat yang mampu didapati di dalam sistem mereka adalah seperti status muflis, tindakan saman dan undang-undang, pengesahan identiti, pemilikan perniagaan, dan sebagainya.
3. Status buruk pada CCRIS
Central Credit Reference Information System ataupun CCRIS merupkan laporan kredit yang mengumpulkan maklumat dari pelbagai servis kewangan seperti bank, broker insurans, servis utiliti, dan sebagainya. Tidak seperti CTOS yang dikendalikan pihak swasta, CCRIS diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia.
Bagi individu yang sudah mempunyai pinjaman dengan pihak bank, anda perlu memastikan bayaran semula kepada pihak bank dilakukan pada masa yang ditetapkan setiap bulan. Jika ini berjaya dilakukan, rekod CCRIS anda akan kelihatan lebih cantik dan pihak bank atau institusi kewangan lebih mudah untuk memberi pinjaman peribadi kepada anda.
4. Dokumen yang tidak lengkap
Tidak dinafikan, kadang kala proses permohanan pembiayaan kewangan memerlukan dokumen yang banyak. Di antara yang perlu disediakan termasuklah slip gaji, penyata KWSP, penyata akaun simpanan, borang dokumen yang lengkap, dan salinan kad pengenalan.
Kebiasaannya, masalah sering berlaku kepada individu yang berniaga atau bekerja sendiri. Ini berlaku apabila mereka tidak menyimpan rekod pendapatan dan perbelanjaan syarikat dengan teratur.
5. Tempoh bekerja yang tidak mencukupi
Kebanyakan bank dan institusi kewangan meletakkan syarat minimum bekerja di sesbuah syarikat selama 3 hingga 6 bulan untuk memohon pinjaman peribadi. Syarat ini diletakkan bagi memastikan pemohon mempunyai pendapatan yang tetap dan stabil. Kebiasaannya, di dalam tempoh ini, pekerja masih berada di dalam tempoh percubaan.
Kenapa perlu pilih pembiayaan kewangan Islamik?
Di dalam perbankan Islam, konsep “pinjaman” adalah tidak betul. Ini kerana pihak pembiaya akan “membeli” barangan untuk pelanggan dan kemudian menjualnya kepada mereka pada harga yang telah dipersetujui.
Sesuai dengan peredaran masa, pembiayaan Islamik telah mengalami lonjakan dari sudut populariti. Ini seperti yang dinyatakan di dalam laporan tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Pada tahun 2000, pembiayaan Islamik hanya menguasai 5.3% dari bahagian pasaran. Tetapi kini, angka tersebut sudah mencecah 34.9%.
Di antara kelebihan yang ada pada pembiayaan kewangan Islamik berbanding pinjaman konvensional adalah:
- Bebas dari unsur riba
- Caj bayaran lewat yang lebih rendah
- Amaun bayaran yang jelas dan tetap
- Rebat untuk penyelesaian awal
- Perlindungan insurans Takaful
Faktor-faktor di atas bukan sahaja menjadikan pembiayaan Islamik pilihan dikalangan golongan Muslim sahaja, tetapi dikalangan non-Muslim.
Pembiayaan kewangan yang bukan sahaja sah tetapi juga benar-benar halal
Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, pergilah kepada bank atau agensi yang sah. Pembiayaan kewangan Islamik adalah pilihan yang terbaik. Kini, proses permohonan juga sudah menjadi lebih mudah dengan kewujudan platform digital pembiayaan peribadi Islamik Malaysia iaitu Assidq.com. Ia diuruskan oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd, (anak syarikat Sedania Innovator Berhad), yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi kewangan (FinTech) di Malaysia sejak 2009. Sedania As Salam telah menghasilkan produk ASSIDQ, produk digital pertama didunia patuh Syariah untuk pembiayaan peribadi Islamik.