Sumber gambar: Wikimedia Commons
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula berkuatkuasa pada 10 Jun yang lalu telah menyaksikan banyak kelonggaran yang diberikan kepada rakyat Malaysia. Di antara yang kembali dibenarkan termasuklah perjalanan rentas negeri.
Norma baharu yang sudah berlansung semenjak pertengah Mac yang lalu sememangnya telah menjejas pelbagai sektor. Kelonggaran yang diberikan oleh PKPP diharap dapat menjana semula ekonomi negara. Sektor pelancongan tempatan dilihat dapat membantu usaha ke arah itu.
Pulau Pinang adalah di antara destinasi percutian kegemaran bukan sahaja buat pelancong luar negara tetapi juga penduduk tempatan. Ini adalah kerana Pulau Mutiara tersebut dilengkapi kombinasi pembangunan moden, warisan tradisional, keindahan alam semulajadi, dan variasi makanan yang menyelerakan.
Bagi anda yang merancang percutian anda ke Pulau Pinang, di sini kami senaraikan beberapa destinasi menarik yang boleh anda lawati.
1. Chew Jetty
Sumber: Wowabouts.com
Chew Jetty adalah salah satu daripada beberapa buah jeti yang terdapat di Pengkalan Weld. Terdapat beberapa rumah terapung di sini yang menjual jenis barangan, terutamanya yang berbentuk cenderamata. Bagaimanapun, kawasan ini terkenal sebagai lokasi di mana pengunjung menangkap gambar untuk dimuat naik di laman sosial seperti Instagram.
2. Cheong Fatt Tze – The Blue Mansion
Sumber: Penang.ws
Ada kemungkinan ada terasa seperti pernah lihat bangunan dengan senibina Dinasti Su Chow di China ini. Sebenarnya, Cheong Fatt Tze yang juga dikenali sebagai The Blue Mansion ini adalah lokasi pengambaran filem Hollywood ‘Crazy Rich Asians’.
Ia dibina pada akhir abad ke-19 dengan perhatian yang teliti terhadap prinsip-prinsip feng shui. Selain itu, ia juga pernah disenaraikan dalam Lonely Planet sebagai salah sebuah ‘Greatest Mansions in the World’.
3. Hin Bus Depot
Sumber gambar: Hin Bus Depot
Penang sememangnya terkenal sebagai lokasi dengan pelbagai ‘street art’, terutamanya di sekitar Bandar George Town. Bagaimanapun, sebuah kawasan yang padat dengan hasil seni tetapi kurang diketahui oleh orang ramai adalah Hin Bus Depot.
Selain pelbagai hasil seni kreatif, terdapat juga taman permainan kanak-kanak, studio pembuatan barangan tembikar Jepun, kafe, dan banyak lagi. Pada setiap hari Ahad dari 11 pagi ke 5 petang pula, terdapat jualan pelbagai kraftangan yang kreatif.
4. Penang Time Tunnel
Penang Time Tunnel adalah muzium sejarah yang merakamkan Pulau Pinang semenjak 400 tahun yang lalu. Anda peluang melihat setiap fasa penting dalam pembangunan negeri penang dan bagaimana ini telah berubah mengikut zaman.
Selain daripada itu anda juga dapat belajar sedikit tentang zaman penjajahan tentera jepun dan bagaimana pulau ini dibom kapal perang mereka.
5. Asia Comic Cultural Museum
Sekiranya anda adalah peminat komik, anda pasti mahu melawat ke muzium ini. Di sini, terdapat informasi dan koleksi komik dari Jepun, Korea, China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Thailand, Indonesia, dan Malaysia sendiri.
6. Penang Avatar Secret Garden
Sumber gambar: Malaysia World Herritage
Sepertimana yang boleh dijangka daripada namanya, Avatar Secret Garden adalah taman yang dihiasi lampu-lampu yang berwarna- warni seakan-akan di dalam filem Hollywood popular, Avatar. Terletak di Kuil di Tanjung Tokong Tua Pek Kong dan dibuka pada waktu malam, pokok-pokok di sini dihiasi lampu-lampu LED yang bertukar warna.
7. Taman Negara Pulau Pinang
Juga dikenali sebagai Hutan Simpan Acheh, Taman Negara Pulau Pinang merupakan taman negara yang terkecil di Malysia. Bagaimanapun, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti merentas hutan, mendaki bukit, memancing, dan merentasi titian kanopi.
Spesies yang boleh ditemui adalah seperti Tupai Kerawak, Memerang Licin, Pelanduk, Tenggiling, Ular Sawa, dan beberapa spesies burung seperti Helang Siput, Pekaka Belukar, Murai Batu, dan Punai Tanah.
Selain itu, anda boleh melawat Pusat Konservasi Penyu, mendaki tangga ke Rumah Api untuk menikmati panorama pantai, dan melawat Tasik Meromiktik. Tasik ini mempunyai 2 lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan yang mana air laut akan berada di bahagian bawah (lebih tumpat) manakala air tawar berada di bahagian atas. Hanya terdapat dua tasik di dunia yang mengalami fenomena seperti ini.
Norma baharu dan transaksi tanpa tunai
Seperti yang diketahui, norma baharu memerlukan kita untuk mengurangkan sentuhan. Oleh demikian, penggunaan transaksi tanpa tunai amat digalakkan, termasuklah ketika melancong. Ini termasuklah penggunaan kad kredit, debit, dan transaksi elektronik lain seperti pembelian dalam talian dan penggunaan e-dompet.
Masih terdapat banyak mitos mengenai kad kredit yang masih dipercayai masyarakat tempatan. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenainya di sini.
Terdapat beberapa jenis kad kredit yang menawarkan pelbagai ciri dan kesesuaiannya bergantung kepada kaedah penggunaan dan gaya hidup peribadi anda. Sekiranya anda suka membeli-belah, anda mungkin ingin mempertimbangkan kad kredit yang menyediakan cashback atau ganjaran. Jika anda suka melancong, kad kredit yang menawarkan mata ganjaran penerbangan untuk penebusan tiket penerbangan adalah yang terbaik. Jika anda seorang pemandu Grab atau kerap memandu, kad kredit petrol adalah sesuai untuk anda.
Di samping itu, apabila mencari kad kredit yang ideal, pertimbangkan beberapa perkara penting seperti yuran tahunan, yuran pendahuluan tunai, yuran transaksi luar negara dan yuran pembayaran lewat yang ditawarkan.
Jika anda mencari kad kredit yang dikeluarkan berdasarkan prinsip syariah, maka AsSidq.com boleh memadankan anda dengan tawaran kad kredit Islam terbaik.
Semua kad kredit yang dipadankan bebas daripada amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam, seperti faedah (riba) dan caj berlebihan (gharar), adalah dilarang. Ia juga tidak mempunyai faktor pengkompaunan terhadap caj dikenakan. Ini bermakna anda akan mengetahui jumlah liabiliti anda terlebih dahulu.
Sebahagian daripada kad kredit ini juga menawarkan perlindungan takaful untuk melindungi pemegang kad sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal menyeluruh. Ia juga menyediakan cara mudah untuk membuat pembayaran zakat.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!