Dari segi kewangan, tak dinafikan lagi ramai rakyat Malaysia yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19, terutamanya golongan B40 dan rentan. Walaupun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia sejak PKP yang pertama lagi, masih ramai yang mengalami masalah kewangan.
Lebih menyayatkan hati, kes bunuh diri di Malaysia telah meningkat sebanyak 20%, iaitu daripada 188 kes pada 2019 kepada 226 kes dilaporkan setakat Oktober tahun lalu, menurut laporan FMT. Kes bunuh diri ini rata-ratanya melibatkan golongan yang amat terkesan teruk akibat pandemik.
Dalam laporan Astro Awani, Menteri Agama mengumumkan bahawa seramai 160 pegawai Jakim terlatih akan ditempatkan di hospital seluruh Malaysia untuk menangani kes kemurungan yang kian meningkat akibat pandemik.
Sama ada anda bekerja tetap atau menjalani perniagaan sendiri, tentunya anda turut terkesan dengan pandemik yang masih belum reda lagi. Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh hubungi We Listen My, sebuah pertubuhan bukan kerajaan khusus bagi membantu golongan yang memerlukan ketika pandemik.Selain itu, anda juga boleh buat pertimbangan untuk memohon pembiayaan Islamik jika anda benar-benar memerlukan wang. Berikut adalah beberapa kelebihan memohon pembiayaan Islamik sewaktu pandemik:
- Bayaran ansuran bulanan adalah tetap
Tak seperti pinjaman konvensional di mana bayaran ansuran bulanan boleh berubah-ubah, bayaran ansuran bulanan bagi pembiayaan Islamik adalah tetap sepanjang tempoh masa pinjaman. Ini memudahkan anda menentukan bajet bulanan dan juga mengurangkan beban kewangan. - Tiada yuran penyelesaian awal
Sebarang penyelesaian awal yang dibuat bagi pembiayaan sebelum tamat tempoh pembiayaan akan mendapat rebat. Dikenal sebagai Ibra’, pembiayaan Islamik memberi insentif kepada pelanggan yang melunaskan hutang mereka lebih awal. Walau bagaimanapun, tak semua bank Islam menawarkan manfaat ini, jadi pastikan anda memilih bank yang menawarkan ibra’. - Caj bayaran lewat yang lebih rendah
Sekiranya terdapat penyelesaian lewat bagi pembiayaan Islamik anda, caj bayaran lewat biasanya lebih rendah berbanding caj pinjaman konvensional. Ini kerana faedah kompaun adalah dilarang oleh prinsip Syariah. Sebaliknya, berdasarkan konsep Ta’widh, bank-bank Islam akan mengenakan caj pembayaran lewat pada kadar maksimum 1% setahun. - Tiada kadar faedah yang dikenakan
Pembiayaan Islamik tidak mempunyai kadar faedah, sebaliknya kadar keuntungan. Apakah perbezaannya? Bagi pinjaman konvensional, kadar faedah dikenakan pada jumlah pokok yang dipinjam agar bank dapat menghasilkan wang melalui kadar faedah tersebut.
Tetapi dalam perbankan Islam, kadar faedah ini dianggap tidak adil atau wajar, kerana hanya satu pihak sahaja yang mengaut keuntungan, iaitu bank. Sebaliknya, kadar keuntungan dalam perbankan Islam berfungsi seperti pendapatan perniagaan. Ia diperoleh melalui pembelian aset dan menjualnya bagi memperoleh keuntungan sebelum wang tersebut diberikan kepada peminjam.
Dalam kata lain, pembiayaan Islamik mengenakan bayaran untuk membeli aset bagi pihak peminjam dan memperoleh hasilnya. Dengan ini kedua-dua belah pihak menerima keuntungan bersama. - Perkongsian keuntungan dan kerugian
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, semua pihak yang terlibat dalam kontrak pembiayaan Islamik berkongsi keuntungan dan kerugian serta risiko yang berkaitan dengan transaksi tersebut. - Tiga jenis perjanjian pembiayaan untuk dipilih
Setiap jenis transaksi dalam perbankan Islam adalah bersandarkan hukum Syariah. Bagi pembiayaan Islamik, biasanya terdapat tiga jenis perjanjian pembiayaan, iaitu:
- Perkongsian untung rugi (mudarabah)
Mudarabah adalah perjanjian perkongsian untung dan rugi di mana satu rakan kongsi (pemodal atau rab-ul mal) memberikan modal kepada rakan kongsi lain (penyedia tenaga kerja atau mudarib) yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pelaburan modal. Keuntungan yang dihasilkan kemudiannya akan dibahagikan di antara pihak-pihak yang terlibat mengikut nisbah yang telah dipersetujui sebelumnya. - Usaha sama perkongsian untung rugi (musharakah)
Musharakah adalah satu bentuk usaha sama di mana semua rakan kongsi menyumbang modal dan berkongsi untung dan rugi secara pro rata. - Pajakan (Ijarah)
Dalam perjanjian ijarah, penyewa (pelanggan) menyewa barangan daripada pemilik (bank) pada kadar sewa yang dipersetujui bagi tempoh yang ditetapkan. Dalam tempoh penyewaan, penyewa menandatangani kontrak sewa bagi barangan tersebut daripada pemilik pada harga yang dipersetujui. Dalam tempoh perjanjian, bank adalah pemilik aset tersebut.
Dengan situasi yang tidak menentu seperti sekarang, pastikan ada waktu dimana kita perlu memohon pembiayaan kewangan. PEMBIAYAAN PERIBADI-i KREDIT KOMUNITI JCL CREDIT LEASING i-Fund merupakan antara pembiayaan Islamik yang telus yang boleh didapati di platform As-Sidq. Pembiayaan peribadi ini terbuka kepada semua termasuklah sektor awam, sektor awam dan juga mereka yang bekerja sendiri.
Memang diakui, ramai yang takut untuk memohon pembiayaan kewangan pada waktu kemelesetan ekonomi sebegini. Tetapi sebenarnya, pembiayaan kewangan dengan kadar keuntungan (bersamaan dengan faedah dalam pinjamanan kewangan konvensional) yang rendah adalah lebih menguntungkan. Ia boleh membantu anda untuk tujuan perniagaan, pelaburan strategik, penambahan aset, perkahwinan, perubatan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, pembiaayan ini menawarkan pembiaayan sehingga RM50,000.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui As-Sidq dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia.
Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pembiayaan peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!
Kami tidak mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk anda memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan di laman As-Sidq.