Memohon pembiayaan peribadi sepatutnya bukan sahaja suatu proses yang mudah tetapi juga untuk memenuhi keperluan dan impian anda. . Berikut adalah beberapa kelebihan permohonan secara dalam talian berbanding kaedah tradisional.
Pernahkah anda terlalu sibuk dengan kerja sehingga merasakan 24 jam dalam sehari adalah tidak mencukupi? Bukan sahaja tempoh kerja yang panjang untuk rakyat Malaysia, tetapi waktu yang dihabiskan untuk pergi dan balik kerja juga turut panjang.
Menurut laporan Data Indeks baru-baru ini, kesesakan trafik pada waktu puncak di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2022 adalah lebih teruk berbanding 2019, iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.
Mengambil kira waktu yang agak terhad dan kesesakan trafik, kaedah mencari dan memohon pembiayaan peribadi secara konvensional iaitu pergi ke bank atau institusi kewangan yang berkaitan adalah sesuatu perkara yang sukar. Mujurlah, terdapat kaedah memohon pembiayan kewangan yang lebih baik iaitu secara dalam talian.
Di antara kelebihan kaedah ini termasuk:
- Menjimatkan masa dan pergerakan
- Seperti yang dinyatakan, anda tidak perlu lagi tercari-cari dan bergerak ke institusi kewangan bagi membuat perbandingan dan memohon pembiayaan kewangan yang diingini. Malah, kaedah konvensional ini memerlukan anda untuk menunggu giliran apabila sudah berada di premis. Bagi permohonan dalam talian, anda boleh lakukan di mana-mana sahaja tempat yang mempunyai akses internet.
- Permohonan 24/7
- Anda tidak perlu menunggu bank dibuka atau pengurus meluangkan masa untuk bertemu dengan anda. Anda juga tidak perlu mengambil cuti akibat bank yang hanya dibuka pada waktu pejabat sahaja. Permohonan secara dalam talian boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, termasuk pada cuti umum atau waktu malam!
- Keperluan dokumen yang asas
- Dokumen yang diminta oleh mana-mana aplikasi pinjaman adalah asas dan minimum. Kebiasaannya, anda hanya perlu kemukakan bukti identiti anda (seperti kad pengenalan), bukti alamat dan bukti pendapatan. Selain itu anda tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen secara fizikal. Pada zaman ini, siapa yang ada masa untuk fotostat dan pergi menghantar dokumen ke bank?
- Kelulusan dan pemprosesan yang pantas
- Tidak seperti pinjaman tradisional, pinjaman peribadi secara dalam talian adalah lebih pantas dari segi proses permohonan dan kelulusan. Proses permohonan biasanya hanya mengambil masa 15 hingga 20 minit manakala proses kelulusan pula mengambil masa beberapa jam. Bagi kebanyakan kes, anda boleh mendapatkan pinjaman tunai pada hari bekerja yang sama! Sekiranya anda memohon melalui laman seperti As-Sidq, pilihan pembiayaan kewangan adalah berdasarkan kriteria dan kelayakan yang diisi oleh pemohon. Melalui inisiatif ini, kebarangkalian permohonan anda diterima adalah lebih tinggi.
- Mudah membuat perbandingan
- Bagi proses permohonan pinjaman tradisional, adalah sukar untuk menjejaki semua faedah yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang berbeza. Ini berbeza dengan permohonan pinjaman peribadi dalam talian, anda boleh menyelidik dengan mudah di internet untuk mendapatkan tawaran terbaik. Anda boleh menilai pinjaman peribadi yang menawarkan kelebihan yang sesuai untuk keperluan anda seperti kadar faedah, yuran pemprosesan, tempoh pinjaman dan kriteria kelayakan, dan mencari pemberi . Malah, laman seperti As-Sidq membantu membuat padanan tersebut untuk anda!
Dapatkan pembiayaan peribadi Islam dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik anda boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!