Anda pasti pernah dengar mengenai kemiskinan bandar, bukan? Ini adalah keadaan bila mana pendapatan seseorang tidak mampu menampung kos sara hidupnya di bandar.
Secara rasminya, kerajaan Malaysia mendefinisikan kemiskinan sebagai seisi rumah seramai empat orang yang berpendapatan RM980 sebulan dan ke bawah. Garis kemiskinan ini telah digunapakai semenjak zaman 70an lagi. Bagaimanapun, seorang pakar dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengatakan angka tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh digunakan lagi.
Di dalam satu tembual The Rakyat Post dengan Professor Mohd Nazari Ismail pula, beliau menyatakan garis kemiskinan yang lebih sesuai pada masa kini adalah pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000. Ini adalah berdasarkan teori kemiskinan relatif yang sepatutnya berada pada tahap 60% daripada pendapatan median negara. Pada masa kini, pendapatan median Malaysia adalah RM5,000.
Sekiranya anda termasuk di dalam kategori ini, ilmu pengurusan kewangan adalah sesuatu yang penting untuk dikuasai. Blog AsSidq.com memaparkan banyak artikel dan informasi berguna untuk anda bagi tujuan ini. Di antara pelaburan yang boleh anda lakukan bagi membantu situasi kewangan anda adalah dengan membuat simpanan deposit tetap Islam.
3 jenis akaun simpanan utama di bank
Secara lazimnya, anda mempunyai tiga pilihan akaun untuk menyimpan wang di bank iaitu:
- Akaun simpanan biasa – akaun ini membolehkan anda menyimpan dan mengeluarkan wang pada bila-bila masa. Wang yang disimpan di dalam akaun ini juga mampu menjana keuntungan melalui faedah. Bagaimanapun, kadar ini adalah rendah.
- Akaun semasa — juga dikenali sebagai Akaun Cek kerana mempunyai kemudahan membuat bayaran menggunakan cek. Akaun simpanan jenis ini biasanya digunakan oleh syarikat atau mereka yang berniaga.
Perbezaan utama yang terdapat pada akaun jenis ini adalah tiada keuntungan faedah yang diberikan terhadap wang simpanan. Selain itu, ia memerlukan baki minimum yang lebih tinggi untuk dikekalkan berbanding dengan akaun simpanan.
- Akaun deposit tetap — deposit tetap ialah sejenis akaun pelaburan atau simpanan di bank yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dananya dalam jangka masa yang ditetapkan.
Tempoh simpanan bagi akaun deposit tetap adalah fleksibel kerana anda boleh memilih tempoh dari satu bulan sehingga lima tahun. Setiap tempoh atau jangka masa memberi kadar faedah yang berbeza. Lebih lama tempoh pelaburan maka lebih tinggi kadar faedah yang pelabur dapat.
Kelebihan deposit tetap
Seperti yang dinyatakan, akaun semasa kebiasaannya digunakan oleh syarikat. Lantaran itu, perbandingan yang lebih sesuai dibuat adalah di antara akaun simpanan biasa dan simpanan tetap.
Akaun simpanan tetap mempunyai kelebihan-kelebihan berikut:
- Kadar faedah (keuntungan) yang lebih tinggi – deposit tetap mempunyai kadar faedah secara purata sebanyak 3% setahun. Secara perbandingan, kadar faedah bagi akaun simpanan biasa adalah sekitar 0.3% – 0.5% sahaja.
- Jaminan pulangan pelaburan — tidak seperti pelaburan dalam pasaran saham atau pasaran komoditi, deposit tetap menjamin wang simpanan anda dikembalikan pada akhir tempoh simpanan.
- Potensi pendapatan tetap – faedah dari deposit tetap diberikan secara bulanan, suku tahunan, atau tahunan (bergantung kepada bank). Sesetengah bank membenarkan anda simpan atau pindahkan faedah yang diperolehi ke akaun pilihan anda.
- Dilindungi dari kerugian inflasi – kadar faedah yang kompetitif boleh membantu mengimbangi kadar inflasi tahunan.
Pilih deposit tetap Islam untuk keuntungan berganda
Ketiga-tiga jenis akaun simpanan yang dinyatakan di permulaan artikel juga ditawarkan oleh perbankan Islam. Bagaimanapun, semua kegiatan mesti memenuhi kehendak dan peraturan syariah (hukum-hukum Islam).
Perbankan Islam tidak mengamalkan konsep faedah (riba) kerana ianya bertentangan dengan hukum syariah. Sebagai ganti, konsep murabahah digunakan. Ini merujuk kepada kadar keuntungan yang telah ditetapkan. Bagi memastikan pelaburan ini mematuhi syariah, kedua-dua pihak (bank dan pelabur) perlu mengetahui dari awal mengenai kos dan kadar keuntungan.
Di antara kelebihan yang dimiliki perbankan Islam berbanding perbankan konvensional adalah seperti berikut:
- Lebih adil dan terlindung dari risiko yang keterlaluan
- Lebih terlindung dari krisis
- Amaun bayaran yang jelas dan tetap
- Caj bayaran lewat yang lebih rendah
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
Tidak semua hutang adalah buruk. Malahan, adakalanya ia boleh menguntungkan kita. Selain merupakan kaedah untuk melangsaikan hutang, pembiayaan kewangan boleh digunakan untuk membuat pelaburan strategik dan penambahan aset.
Adakalannya juga kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!