Bulan Ramadan sudah pun tiba. Tahukah anda, apakah rekod dunia bagi tempoh berpuasa? Jawapannya adalah 382 hari berterusan tanpa sebarang makanan! Di bawah pengawasan Hospital Maryfield di Scotland, pencapaian ini berjaya dilakukan oleh Angus Barbieri bermula dari Jun 1965 sehingga 11 July 1966.
Lelaki ini tidak menjamah sebarang makanan dalam tempoh tersebut dan hanya mengambil suplemen vitamin dan minuman tanpa kalori seperti teh dan kopi kosong, dan ‘sparkling water’. Berat badan permulaan Barbieri adalah 207 kg dan ketika dia berhenti berpuasa, dia telah mencapai berat 82kg. Walaupun sesudah lima tahun berhenti berpuasa, berat badan puratanya adalah sekitar 89 kg sahaja. Kesan ‘yo-yo’ tidak berlaku kepada dirinya.
Jenis puasa yang berbeza
Kaedah berpuasa yang diamalkan oleh Barbieri adalah mirip kepada trend prolonged and intermittent fasting (PF dan IF) yang semakin popular dalam kalangan masyarakat masa kini. Ia juga dikenali sebagai puasa air (water fasting).
Kaedah ini adalah berbeza dengan puasa yang diamalkan oleh umat Islam pada bulan Ramadan ataupun pada hari-hari yang disunatkan sepanjang tahun. Seperti yang kita ketahui, puasa jenis ini tidak dibenarkan untuk makan dan minum dari waktu Subuh ke Maghrib. Puasa jenis ini dikenali sebagai puasa kering (dry fasting).
Tidak seperti IF dan PF yang mana tempoh berpuasanya adalah panjang (16 jam sehingga berminggu), waktu puasa umat Islam secara perbandingan adalah pendek. Negara yang mempunyai iklim yang berbeza mempunyai waktu yang berbeza tetapi di Malaysia, waktunya adalah sekitar 13 jam setengah sahaja.
Ini adalah kerana ketiadaan air untuk diminum boleh menyebabkan dihidrasi sekiranya tempoh berpuasa adalah terlalu panjang. Ini menerangkan mengapa umat Islam disunatkan untuk melewatkan waktu sahur dan menyegerakan berbuka puasa. Tempoh 13 jam setengah ini adalah mencukupi untuk mendapatkan manfaat dari berpuasa tanpa risiko dihidrasi.
Walaupun kaedah yang digunakan oleh IF, PF, dan puasa umat Islam adalah berbeza, faedah yang diperolehi daripada sudut fisiologi dan kesihatan adalah sama. Teruskan membaca untuk mengetahui kelebihan-kelebihan tersebut.
Kelebihan berpuasa mengikut sains
Kelebihan berpuasa sebenarnya sudah diketahui sejak sekian lama. Mengikut penulis buku ‘The Obesity Code’, Dr. Jason Fung: “Tiga manusia paling berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia iaitu Nabi Muhammad, Nabi Isa, dan Buddha; semuanya bersetuju dengan manfaat besar yang diperolehi daripada kegiataan berpuasa”.
Para saintis serata dunia juga telah berjaya membuktikan kelebihan-kelebihan tersebut melalui penyelidikan saintifik. Di antara faedah yang diperolehi oleh mereka yang berpuasa adalah:
1.Memperbaiki kerintangan insulin (insulin resistance) – Kadar gula yang tinggi secara berpanjangan dalam badan akan menyebabkan kerintangan insulin. Masalah ini akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit kepada diri kita. Masalah kesihatan utama akibat daripada kerintangan insulin adalah diabetes. Selain itu, ia menyebabkan masalah kegemukan dan permulaan kepada penyakit jantung, strok, penyakit mata, Alzheimer, dan pelbagai lagi. Puasa mampu menurunkan kadar gula dalam badan dan seterusnya memperbaiki kerintangan insulin badan.
2.Peningkatan metabolism badan – Ramai yang mempunyai tanggapan salah bahawa puasa akan menurunkan metabolism badan. Sebenarnya pengambilan diet berkalori rendah yang akan menyebabkan keadaan itu. Bagaimanapun, jumlah kalori tidak akan menjejaskan kesan puasa yang sebenarnya meningkatkan metabolism. Kajian menunjukkan metabolism badan naik sehingga 14% ketika melakukan puasa tempoh pendek dan kadar itu semakin tinggi apabila tempoh puasa adalah lebih panjang.
3.Pembakaran lemak yang lebih tinggi – Tanpa jarak yang mencukupi di antara waktu makan, kadar gula dan insulin dalam badan akan kekal tinggi. Insulin adalah hormon yang menghalang pembakaran lemak malahan mengarahkan tubuh untuk menyimpan tenaga dalam bentuk lemak. Puasa dapat menurunkan kadar insulin badan dan seterusnya meningkatkan pembakaran lemak.
4.Penghasilan hormon pembesaran (growth hormone) yang lebih banyak – Penghasilan growth hormone yang banyak menyebabkan pembakaran lemak yang lebih tinggi dan peningkatan metabolism badan. Ini juga menerangkan mengapa mereka yang berpuasa berjaya menurunkan berat badan tanpa kehilangan otot.
5.Peningkatan autophagy – Autophagy adalah keadaan di mana sel-sel dalam badan melakukan kitar semula bahan-bahan yang rosak, mati, dan tidak diperlukan. Ia juga adalah proses pembersihan. Ini menjadikan sel-sel tersebut lebih efisyen dan banyak kesan kesihatan diperolehi seperti immuniti badan yang lebih kuat.. Ia juga menerangkan mengapa mereka yang berpuasa dapat menurunkan berat badan tanpa mengalami kulit menggelebeh.
Puasa yang diamalkan oleh umat Islam juga mempunyai satu kelebihan lain iaitu membina kekuatan disiplin dan rohani. Ini adalah satu faedah yang amat bernilai. Selamat berpuasa semua!
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
Tidak semua hutang adalah buruk. Malahan, adakalanya ia boleh menguntungkan kita. Selain merupakan kaedah untuk melangsaikan hutang, pembiayaan kewangan boleh digunakan untuk membuat pelaburan strategik dan penambahan aset.
Adakalannya juga kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!