Sekiranya anda bercadang untuk memohon pembiayaan kewangan, anda perlu tahu berapakah jumlah maksimum yang boleh dipohon.
Adakalanya dalam kehidupan, kita akan memerlukan bantuan kewangan yang banyak dan kita memerlukan wang tersebut dalam keadaan yang segera. Keadaan ini menjadi lebih ketara ketika waktu kemelesetan ekonomi akibat daripada norma baharu yang sedang kita hadapi.
Mungkin anda memerlukan wang tersebut kerana telah hilang pekerjaan, ingin membaiki kerosakan pada rumah atau kenderaan, ingin memulakan perniagaan, ataupun mahu melangsaikan hutang yang sedia ada melalui kaedah penyatuan hutang.
Di antara pilihan yang ada untuk memperoleh wang tersebut ialah melalui pembiayaan peribadi. Bagaimanapun, berapakah jumlah maksimum wang yang boleh anda pohon?
Bagaimana pihak bank mengira jumlah maksimum pembiayaan?
Sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang agak besar, ada baiknya anda tahu kriteria yang diambil kira bagi menentukan jumlah maksimum pembiayaaan peribadi. Kebiasaannya, pihak bank akan menilai perkara-perkara berikut:
- Pendapatan dan perbelanjaan anda
Perkara utama yang diambil kira bagi menentukan keupayaan anda untuk membuat bayaran adalah pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. Perbelanjaan yang dimaksudkan di sini adalah seperti bil dan hutang yang perlu dibayar setiap bulan. Pihak bank juga akan melihat kepada skor kredit anda bagi memberikan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai situasi kewangan anda. - Terma pembiayaan yang dipilih
Terma pembiayaan seperti tempoh pembayaran balik juga diambil kira. Kebiasaannya, tempoh bagi pembiayaan peribadi adalah 12 hingga 60 bulan (1 hingga 5 tahun). Jumlah maksimum yang boleh dipohon adalah berbeza mengikut tempoh pembiayaan tersebut.
Bagi pinjaman peribadi konvensional, kebiasaannya akan terdapat denda (penalti) yang perlu dibayar sekiranya pembiayaan dilangsaikan lebih awal. Bagi pembiayaan peribadi Islam pula, terdapat rebat yang anda bakal perolehi sekiranya membuat penyelesaian awal. - Kadar faedah/keuntungan
Lebih tinggi kadar faedah/keuntungan maka lebih rendah nilai pembiayaan yang boleh anda pohon.
Formula yang boleh digunakan bagi menntukan nilai maksimum yang boleh dipohon adalah seperti berikut:
Nilai Maksimum = P/R * {1 – [1 / (1 + R)^M] }
Di mana;
P =Bayaran bulanan
R = Kadar faedah bulanan
M = Tempoh pembiayaan (dalam bulan)
Apa beza pinjaman dan pembiayaan?
Walaupun mempunyai konsep yang hampir sama, perbankan konvensional menggunakan terma ‘pinjaman’ manakala perbankan Islam menggunakan terma ‘pembiayaan’.
Mengikut pinjaman kewangan konvensional, pemberi pinjaman (pihak bank atau institusi kewangan) akan memberi pinjaman kepada peminjam dan memperoleh keuntungan daripada caj faedah yang dikenakan ke atas jumlah prinsipal.
Pembayaran secara ansuran dibuat melalui tempoh yang ditetapkan. Setiap bayaran ansuran yang dibuat peminjam akan diambil sebahagiannya untuk membayar servis faedah. Selebihnya akan digunakan untuk membayar prinsipal.
Mengikut pembiayaan kewangan Islam pula, pihak pembiaya (bank atau institusi kewangan) akan ‘membeli’ sesuatu untuk pelanggan dan kemudian ‘menjual’ kepada pelanggan tersebut dengan kadar keuntungan yang telah dipersetujui. Sebagai ganti kepada faedah, kadar keuntungan ditakrifkan di dalam kontrak.
Oleh demikian, istilah ‘pinjaman’ adalah tidak tepat kerana tidak ada wang yang sebenarnya dipinjamkan kepada pelanggan. Sebaliknya, pihak bank (atau institusi kewangan yang lain) akan ‘membiayai’ barangan bagi pihak pelanggan.
Selain itu, kelebihan lain pembiayaan patuh syariah termasuklah:
- Bebas dari unsur riba
- Caj bayaran lewat yang lebih rendah
- Amaun bayaran yang jelas dan tetap
- Rebat untuk penyelesaian awal
- Perlindungan insurans Takaful
Dapatkan pembiayaan kewangan Islam yang berlesen dengan lebih mudah melalui As-Sidq!
Antara pembiayaan peribadi yang anda boleh pertimbangkan jika anda sedang mencari pembiayaan peribadi adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama, iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama. Pembiayaan peribadi yang istimewa ini boleh dinikmati oleh kakitangan sektor awam, GLC serta badan berkanun. Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!