Tahukah anda, kalendar Hijrah adalah kalendar yang pertama kali dicipta pada tahun 638 Masihi oleh Khalifah kedua Khalifah al-Rasyidin Umar al-Khattab bagi memastikan ketepatan tarikh, peristiwa, dan pengurusan masa boleh merentasi seluruh negara umat Islam yang ditadbir di bawah satu Khalifah pada zaman itu?
Kalendar Hijrah adalah berdasarkan kepada kitaran bulan dan bukan kitaran suria seperti kalendar Gregorian (yang diguna pakai saat ini) atau kitaran lunisolar (kalendar Cina). Bagi kalendar Hijrah, hari baharu bermula pada waktu matahari terbenam dan bukannya matahari terbit; dan hari yang dipilih sebagai hari pertama kalendar ialah 1 Muharam kerana kepentingannya kepada umat Islam.
Berdasarkan sejarah, tarikh 1 Muharam merupakan hari penghijrahan oleh Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Hijrah, salah satu detik paling bermakna dalam sejarah umat Islam
Ia adalah hari yang mengubah umat Islam daripada rakyat yang tertindas, didera, dan didiskriminasi kepada rakyat yang bebas, beradab dan berdaulat. Hijrah bukan sahaja memberi kesan positif kepada umat Islam tetapi juga seluruh dunia.
Hijrah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW adalah contoh utama panggilan Illahi kepada umat Islam, dan kita digalakkan untuk menyambut Hijrah untuk terus memperbaiki diri kita di samping mendekati Allah SWT.
Sempena sambutan Awal Muharam tahun ini, apa kata anda berhijrah dari tabiat kewangan yang tidak baik dan perbaiki keadaan kewangan peribadi anda? Ini bukan sahaja untuk kesejahteraan anda, malah kaum keluarga dan orang terdekat dengan anda juga. Ikuti empat tips mudah untuk menambahbaik kewangan peribadi anda ini:
- Buat belanjawan peribadi dan patuhinya dengan konsisten
- Sama ada secara bulanan atau tahunan, belanjawan peribadi ialah panduan kewangan yang penting kerana ia boleh membantu anda merancang untuk kos masa hadapan, mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, menyimpan untuk matlamat masa depan, dan sebagainya. Senaraikan segala sumber pendapatan dan keperluan perbelanjaan yang ada.
- Kategori pendapatan dan perbelanjaan yang anda sertakan dalam belanjawan anda akan bergantung pada situasi anda dan ia boleh berubah dari semasa ke semasa. Contoh keperluan asas perbelanjaan yang penting ialah:
- Nafkah isteri dan anak-anak
- Makanan/barangan runcit
- Tempat tinggal
- Pengangkutan
- Bil utiliti
- Setelah anda mengira jumlah pendapatan bersih anda, kira dan tolak keperluan perbelanjaan berdasarkan pendapatan. Jika anda mempunyai lebihan wang, anda boleh memutuskan untuk membelanjakan, menyimpan atau melabur wang tersebut.
- Jika perbelanjaan anda melebihi pendapatan anda, anda perlu melaraskan belanjawan anda dengan meningkatkan pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting.
- Bezakan antara keperluan dan kehendak
- Penting untuk memahami perbezaan di antara “keperluan” dan “kehendak”. Keperluan ialah perkara yang anda perlu ada untuk terus hidup: makanan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan, pengangkutan, dan pakaian seperlunya.
- Namun jika anda sering makan makanan yang mahal di luar atau membeli pakaian lebih dari yang diperlukan, itu bukan lagi suatu keperluan tetapi kehendak. Kehendak ialah perkara yang anda ingini tetapi tidak perlu untuk kelangsungan hidup.
- Contoh kehendak ialah langganan penstriman, telefon pintar berjenama yang terlalu mahal sampai anda harus berhutang, membeli kopi mahal setiap pagi; dan sebagainya. Dalam erti lain, kehendak adalah sesuatu yang menjurus kepada nafsu. Utamakan keperluan dalam belanjawan peribadi anda. Hanya selepas keperluan anda dipenuhi, barulah anda memperuntukkan lebihan wang yang ada untuk dibelanjakan untuk kehendak anda. Namun yang terbaik sekali ialah jika anda menyimpan wang lebih tersebut untuk kecemasan atau pelaburan.
- Buat simpanan seawal mungkin untuk persaraan
- Lebih awal anda mula menyimpan wang, lebih baik kualiti hidup anda nanti di masa hadapan ketika kecemasan atau persaraan. Salah satu sebab pentingnya menyimpan seawal mungkin ialah kerana pengkompaunan.
- Pengkompaunan melibatkan pelaburan semula wang. Semakin lama wang yang anda simpan dilaburkan semula, semakin besar nilai pelaburan, dan semakin besar dana yang dikumpul (secara umumnya).
- Untuk menggambarkan kepentingan bermula lebih awal, berikut ialah contoh: katakan anda ingin mengumpul RM1 juta ketika anda mencapai umur 60 tahun, dan anda menjangkakan perolehan faedah sebanyak 5% setiap tahun.
- Jika anda mula menyimpan sejak berumur 20 tahun dengan menabung sebanyak RM655 sebulan dalam tempoh 40 tahun, anda boleh mencapai matlamat kewangan anda apabila berumur 60 tahun.
- Jika anda mula menyimpan apabila anda berumur 40 tahun, anda perlu menyumbang RM2,433 sebulan dalam tempoh 20 tahun untuk mencapai matlamat yang sama. Jika anda mula menyimpan ketika berumur 50 tahun pula, anda perlu menyumbang RM6,440 sebulan dalam tempoh 10 tahun. Jadi, lebih awal anda mula, lebih mudah untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda.
- Membina dana kecemasan
- Dana kecemasan ialah wang yang telah diketepikan untuk tujuan kecemasan. Dana ini bertujuan untuk membantu anda membayar perkara yang biasanya tidak akan disertakan dalam belanjawan peribadi anda.
- Ini termasuk perbelanjaan yang tidak dijangka seperti kereta rosak atau kemalangan. Ia juga boleh membantu anda membayar perbelanjaan keperluan andai kata anda hilang punca pendapatan. Cuba buat perbandingan tabung atau produk pelaburan yang terbaik untuk anda membina dana kecemasan, contohnya seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Malaysia, dan sebagainya.
Hijrah pada dasarnya adalah pemindahan atau perubahan fizikal dan rohani yang mesti dilakukan oleh umat Islam untuk mencapai keadaan yang lebih baik bagi diri mereka dan juga umat manusia secara keseluruhannya.
Dengan itu, Awal Muharam ialah suatu sambutan untuk semua umat Islam renungkan semula kehidupan mereka, membuat azam tahun baru, dan mengesahkan komitmen diri untuk penambahbaikan berterusan agar menjadi orang yang lebih baik, sama ada dari segi ilmu agama mahupun kehidupan harian; ini termasuklah pengurusan kewangan.
Dapatkan pembiayaan peribadi Islam dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda yang penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!