Melihat keadaan semasa yang serba mudah alih, masyarakat mahukan kegiatan urusniaga dan jual beli yang serba mudah dan jimat. Adakah kegiatan membeli insurans secara dalam talian termasuk dalam kategori ini?
Setiap perkara yang mempunyai keburukan, pasti juga terdapat kebaikan padanya. Ini termasuklah situasi norma baharu yang sudah menjangkau tempoh setahun. Sekiranya kita mahu mencari sesuatu yang positif daripada keadaan ini, kita boleh merujuk kepada kegiatan urusniaga dan jual beli secara dalam talian.
Umum mengetahui bahawa dalam situasi norma baharu, kita digalakkan untuk mengurangkan aktiviti di tempat-tempat awam. Ini termasuklah kegiatan urusniaga dan jual beli.
Tingkah laku pengguna yang memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang semasa norma baharu telah mendorong perniagaan dari seluruh industri untuk memacu kehadiran digital mereka. Sebagai contoh, pada bulan Januari tahun ini, platform e-dagang Shopee telah mengalami lonjakan pembelian akibat daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang baru (PKP 2.0).
Secara realitinya, peralihan kepada kegiatan secara dalam talian sememangnya digalakan walaupun seandainya norma baharu tidak berlaku. Hakikatnya, kaedah urusniaga dan jual beli sebegini adalah sejajar dengan kehidupan moden yang lebih mudah dan menjimatkan!
Insurans juga boleh dibeli secara dalam talian
Sebenarnya, kegiatan yang digalakkan untuk dilakukan secara dalam talian ini tidak terhad kepada aktiviti jual beli barangan dan makanan sahaja. Kegiatan lain seperti perbankan dan pembelian insurans dan cukai jalan kenderaan juga mempunyai kelebihan apabila dilakukan secara dalam talian.
Apakah dia kelebihan-kelebihan tersebut? Mari kita baca dengan lebih lanjut:
- Lebih masa untuk membuat pilihan yang terbaik
Dengan adanya capaian internet di hujung jari, anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan penyelidkan mengenai produk insurans yang terbaik. Lebih menguntungkan, anda tidak akan menghadapi situasi tekanan untuk membuat pilihan pada waktu itu juga. Ini berbeza sekiranya dibandingkan dengan keadaan di mana anda berusan dengan ejen insurans atau pembelian secara kaunter.
Polisi insurans yang berbeza akan menolong anda dalam peringkat-peringkat berbeza dalam hidup anda. Laman sesawang dan forum juga mempunyai ulasan dan informasi tentang pelbagai pelan yang berbeza dan boleh membantu anda memahami jenis perlindungan dan liputan yang diterima.
Kesemua ini akan membantu anda untuk membuat keputusan mengenai produk insurans yang terbaik buat situasi diri anda. - Tidak perlu keluar rumah
Kelebihan utama urusniaga secara dalam talian sudah tentunya adalah masa dan lokasi. Anda tidak perlu keluar rumah, mencari tempat letak kereta, mahupun beratur. Kesemuanya boleh dilakukan dari keselesaan ruang tamu atau dari mana sahaja yang mempunyai capaian internet. Selanjutnya, waktu anda melakukan urusniaga juga boleh dilakukan sepanjang hari. Anda tidak perlu terburu-buru lagi untuk keluar pada waktu rehat kerja untuk berurusan di kaunter! - Lebih murah
Harga pelan insuran atas talian lazimnya lebih murah daripada membeli di kaunter. Anda boleh mengambil masa selama mana yang anda perlu untuk menyelidik dan menilai perbezaan harga mengikut bajet anda. - Mudah dan menjimatkan masa
Kebanyakan laman yang menawarkan pembelian insurans secara dalam talian adalah mudah untuk dilayari dan menjimatkan masa. Segala maklumat dalam bentuk elektronik disimpan secara digital jika anda perlu mengulang semula ke muka surat sebelumnya untuk menukar butiran anda.
Selain itu, setiap langkah adalah jelas untuk menerangkan apakah jenis polisi yang ada. Anda hanya perlu membaca dengan teliti dan mempunyai matlamat di minda mengenai pelan yang manakah paling sesuai buat diri anda. - Terma yang tulus
Terma insurans pilihan anda di lampirkan di laman di mana anda membuat pembelian. Jika anda memilih untuk membeli atas talian, anda boleh mengambil masa untuk membaca setiap satu butiran.
Lantaran itu, tiada syarat yang tersorok atau di tokok tambah. Sekiranya anda faham apa yang dibaca, tiada kejutan akan berlaku pada masa hadapan.
Bagaimana pula permohonan pembiayaan kewangan atau kad kredit?
Seperti juga pembelian insurans dan jual beli barangan, kini permohonan pembiayaan kewangan dan kad kredit juga sudah menjadi lebih mudah dengan hadirnya laman seperti As-Sidq.
As-Sidq bertanggungjawab untuk menghubungkan anda dengan produk-produk kewangan yang patuh syariah, yang dikeluarkan oleh rakan niaga strategik yang mengamalkan perbankan Islam. Ia direka sebagai platform sepenuh digital, dengan proses pemadanan dan permohonan yang mudah dan teratur. Ini memastikan proses permohonan anda telus dan tidak rumit.
As-Sidq TIDAK mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan. Ia memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat. Kami memastikan integrasi dengan rakan-rakan kongsi berjalan lancar untuk mempercepatkan proses permohonan anda.