Jika anda sering mengikuti perkembangan berita semasa, pasti anda pernah terbaca kisah-kisah tentang peminjam yang diugut Ah Long untuk membayar semula di mana rumah mereka simbah dengan cat merah.
Di sepanjang jalan dan kawasan perniagaan pula, terdapat banyak poster iklan “Pinjaman Wang Berlesen”. Malangnya, masih ramai rakyat Malaysia yang tertipu disebabkan terdesak, dan akhirnya mereka diburu Ah Long.
Walaupun iklan pinjaman wang yang anda lihat menyatakan ia berlesen, sebaiknya anda dinasihatkan untuk lupakan niat meminjam dari pemberi pinjaman seperti ini kerana latar belakang dan operasinya yang meragukan.
Menurut portal AskLegal, pemberi pinjaman wang yang sah di Malaysia perlu memohon lesen setiap dua (2) tahun untuk mengendalikan perniagaan mereka di bawah Seksyen 5(2) MA.
Dan untuk makluman anda, lesen ini tidak dikeluarkan oleh Bank Negara (BNM); tetapi sebaliknya oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagaimana pula jika anda ingin mendapatkan pembiayaan secara dalam talian? Untuk membuat pengesahan sama ada pembiaya tersebut berlesen atau tidak, anda boleh baca Senarai Institusi Kewangan Berlesen di portal BNM.
Kemudahan utama pembiayaan dalam talian
Sebelum ini, jika anda ingin memohon pembiayaan, anda hanya boleh menggunakan satu saluran saja, iaitu menerusi bank atau institusi kewangan, di mana anda perlu bersemuka dengan pegawai pinjaman, mengisi borang permohonan, dan menunggu jawapan yang boleh memakan masa.
Kini anda tidak perlu lagi meluangkan masa yang banyak untuk mendapatkan pembiayaan dengan adanya khidmat pembiayaan dalam talian.
Oleh kerana kebanyakan proses pembiayaan dalam talian telah diautomatikkan, anda boleh melalui proses pengunderaitan (juga dikenali sebagai penajajaminan) (underwriting) dan menerima dana dengan lebih cepat berbanding saluran tradisional.
6 tip untuk kekal selamat apabila memohon pembiayaan dalam talian
Pembiayaan dalam talian yang selamat biasanya ditawarkan oleh pemberi pinjaman yang sah di mana mereka perlu memenuhi peraturan pinjaman yang ketat yang sama seperti bank dan institusi kewangan tradisional.
Sebelum anda membuat sebarang permohonan pembiayaan dalam talian, pastikan anda ikuti beberapa tip berikut untuk kekal selamat:
- Semak latar belakang pemberi pinjaman
- Anda perlu sentiasa pastikan dengan siapa anda berkongsi maklumat peribadi dan sulit sebelum anda memberikannya. Pemberi pinjaman dalam talian yang bereputasi dan boleh dipercayai tidak akan meminta anda membayar wang pendahuluan untuk memberi anda pinjaman.
- Data yang disulitkan (data encrypted)
- Pastikan browser anda selamat. Untuk menjaga transaksi dalam talian, gunakan perisian penyulitan agar ia tidak disebarkan sewenang-wenangnya di internet. Perhatikan alamat laman web dan semak bar status sama ada terdapat ikon “kunci” atau tidak. Jika ada, laman web itu selamat dan maklumat peribadi dan sulit anda boleh dikongsi dengan selamat. Jadi, sebelum anda mula menghantar sebarang maklumat peribadi, pastikan terdapat ikon kunci.
- Buat/guna kata laluan yang kukuh
- Sentiasa buat/gunakan kata laluan yang kukuh di mana jua laman web yang anda layari untuk melaksanakan sebarang transaksi. Kata laluan yang kukuh boleh membantu melindungi maklumat anda daripada dicuri. Contoh kata laluan yang kukuh ialah “Mister-Duckie@66<3Coffee”. Ia panjang, mengandungi huruf besar, huruf kecil, nombor dan aksara khas. Ia adalah kata laluan unik yang dicipta oleh penjana kata laluan rawak, dan ia mudah diingati. Kata laluan yang kuat tidak boleh mengandungi maklumat peribadi.
- Lihat jika terdapat apa-apa perkara yang mencurigakan
- Banyak sindiket penipuan di mana laman web mereka kelihatan seakan-akan syarikat yang sah dan mendakwa bahawa mereka adalah pemberi pinjaman yang berlesen. Tinjau laman web tersebut dan cuba cari apa-apa yang mencurigakan, seperti ketiadaan nombor lesen, dasar privasi, atau maklumat untuk dihubungi (seperti alamat pejabat dsb.).
- Buat semakan emel pengesahan
- Semak emel pengesahan anda untuk memastikan ia datang dari domain yang sama dan nama syarikat yang dipercayai dan bukan daripada alamat emel kumpulan seperti Hotmail, Gmail atau Yahoo.
- Amaran dari browser
- Jika browser yang anda guna telah memberi amaran kepada anda bahawa laman web yang anda ingin layari mempunyai sijil keselamatan yang telah tamat tempoh atau tidak selamat – percayalah kepada amaran tersebut dan jangan layari laman web itu. Tanda penipuan yang paling nyata sekali ialah apabila pihak pemberi pinjaman dalam talian itu meminta anda untuk membayar wang pendahuluan sebelum mendapatkan pembiayaan. Yuran pendahuluan biasanya merupakan tanda utama pembiaya dalam talian itu tidak sah dan berlesen. Semua pemberi pinjaman yang sah dilarang beroperasi seperti ini.
Biar kami padankan anda dengan yang sesuai dengan anda!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda yang penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!