Ramai orang ingin menambah pendapatan tetapi musim PKP yang sudah berlarutan sekian lama menyukarkan mereka untuk berbuat demikan. Berikut beberapa idea jana pendaptan waktu PKP.
Adakah anda berpuas hati dengan jumlah pendapatan anda? Bagi sebahagian besar penduduk Malaysia, jawapannya adalah tidak. Malahan, mengikut ujian tekanan yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM), isi rumah dengan pendapatan bulanan di bawah RM3,000 bakal menyumbang kepada 66 peratus peminjam yang dijangka gagal membayar balik pinjaman pada akhir 2021.
Kajian di atas menunjukkan ramai penduduk tempatan mencari idea menambah pendapatan mereka. Bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pelbagai fasa sudah berlarutan lebih daripada setahun. Ini menyukarkan orang ramai mencari rezeki. Ramai yang terkesan serta hilang punca pendapatan terutamanya golongan B40 dan peniaga kecil.
Oleh demikan, idea jana pendapatan waktu PKP bukan sahaja bagi menambah rezeki sedia ada tetapi sudah bertukar menjadi keperluan bagi golongan tertentu. Berikut adalah beberapa idea yang boleh anda cuba:
- Jual produk terpakai
Anda pasti mempunyai beberapa barangan di rumah yang tidak begitu diperlukan tetapi masih dalam keadaan yang baik. Malahan, mengikut kajian, 2.3 juta tan barang boleh kitar semula dengan anggaran nilai mencecah RM900 juta, dibuang ke tapak pelupusan sampah di Malaysia setiap tahun.
Barangan yang masih berada dalam keadaan yang baik ini boleh dijual. Selain pakaian dan perabot, anda juga boleh menjual barangan yang diperlukan ramai sewaktu PKP seperti komputer riba dan telefon pintar yang tidak digunakan. Selain itu, akibat ramai yang perlu bekerja dari rumah, anda boleh menjual meja kerja, kerusi, kipas, dan perabot-perabot lain yang bersesuaian. - Penghantaran / jadi runner
Oleh kerana pergerakan yang terhad, ramai yang sukar untuk keluar membeli makanan dan barangan keperluan. Anda boleh tawarkan diri jadi runner kepada mereka. Pendapatan boleh dijana melalui cas penghantaran, cas upah, atau peratusan harga barangan.
Selain itu, anda boleh mengambil kesempatan daripada peningkatan orang yang berniaga dari rumah sewaktu PKP. Anda boleh menawarkan khidmatan menjadi penghantar bagi perniagaan-perniagaan setempat ini. Malahan, mengikut syarikat perkhidmatan Grab, permintaan untuk perkhidmatan seperti makanan, pasar raya, dan penghantaran meningkat lebih 30% sepanjang PKP. - Jual barangan dari China / bisness dalam talian
Ramai yang mengetahui terdapat pelbagai barangan menarik dari China yang boleh didapati dengan harga yang murah. Tetapi bagaimana jika anda ingin memborong bagi tujuan perniagaan?
Laman TaoBao.com adalah sesuai bagi tujan ini. Berbanding laman seperti Alibaba.com, yang lebih khusus kepada pemborong-pemborong besar, TaoBao.com adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Melalui laman ini, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. - Bisnes makananan dari rumah
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, permintaan untuk penghantaran makanan telah meningkat pada musim PKP. Sekiranya anda mempunyai kepakaran memasak, anda bukan sahaja boleh menjual dari rumah malah boleh buat khidmat penghantran atau menggunakan khidmat runner setempat. - Photoshoot produk
Inilah peluang anda sekiranya anda mempunyai kemahiran menangkap gambar. Oleh kerana ramai yang berniaga pada waktu PKP, anda boleh menawarkan kepakaran anda untuk buat photoshoot produk! Malahan, kajian menunjukkan gambar produk yang bagus mempengaruhi sehingga 93% pelanggan. - Kelas dalam talian
Anda boleh menggunakan kemahiran yang anda miliki untuk menjadi tenaga pengajar (instructor) secara dalam talian.
Ramai yang mahu belajar perkara baru waktu PKP ini. Terutamanya yang diberikan cuti tidak berbayar pada masa ini. Dan mereka nak belajar kemahiran yang mereka boleh gunakan untuk menjana pendapatan sampingan.Malahan, mengikut laporan, kursus atau kelas secara dalam talian telah menigkat sebanyak 30% pada waktu PKP.
Platform yang boleh anda gunakan termasuklah weekan, udemy, skillshare atau lain-lain. - Buat topeng muka
Topeng muka sudah menjadi sinonim dengan PKP dan norma baharu. Kenapa tidak jadikannya sebahagian daripada fesyen? Anda boleh mereka dan menjual topeng muka yang boleh dibasuh dan diguna semula tetapi dengan pelbagai rekabentuk yang menarik!
Permohonan Pembiayaan Peribadi Islamik Mungkin Dapat Membantu
Ada masanya kita semua perlukan sedikit bantuan kewangan. Selain idea-idea di atas, jika anda masih mengalami masalah kesempitan kewangan dan tercari-cari penyelesaian, memohon pembiayaan peribadi Islamik mungkin dapat membantu. PEMBIAYAAN PERIBADI-i KREDIT KOMUNITI JCL CREDIT LEASING i-Fund merupakan antara pembiayaan Islamik yang telus yang boleh didapati di platform As-Sidq. Pembiayaan peribadi ini terbuka kepada semua termasuklah sektor awam, sektor awam dan juga mereka yang bekerja sendiri.
Jangan risau, pembiayaan peribadi masih sesuai untuk dimohon ketika norma baharu. Pembiayaan kewangan dengan kadar keuntungan (bersamaan dengan faedah dalam pinjamanan kewangan konvensional) yang rendah adalah lebih menguntungkan. Ia boleh membantu anda untuk tujuan perniagaan, pelaburan strategik, penambahan aset, perkahwinan, perubatan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, pembiaayan ini menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui As-Sidq dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia.
Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pembiayaan peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!
Kami tidak mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk anda memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan di laman As-Sidq.