Walaupun kita baru sahaja memasuki tahun 2020, kita sudah pun dikejutkan dengan beberapa tragedi. Di antara yang menjadi perbualan hangat pada masa kini adalah tularnya wabak baru iaitu virus Corona.
Walaupun wabak tersebut adalah bahaya, semua pihak bertanggungjawab sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi membendung penularannya. Oleh demikian, masyarakat dinasihatkan untuk tidak panik atau menyebarkan sebarang berita palsu mengenai wabak tersebut.
Dengan kehadiaran bulan Februari, kami ingin mengalihkan perhatian anda kepada sebuah lagi penyakit yang merbahaya iaitu kanser. Ini bersesuaian dengan Hari Kanser Sedunia yang akan jatuh pada tarikh 4 Februari.
Ulangtahun ke-20 Hari Kanser Sedunia
Hari Kanser Sedunia yang kali pertama dianjurkan pada 4 Februari 2000 akan menyambut ulangtahun yang ke-20 pada tahun ini. Sambutan tersebut bertujuan menggalakkan penyelidikan, pencegahan kanser, mempertingkatkan perkhidmatan kepada pesakit, dan menyuburkan kesedaran orang ramai mengenai kanser.
Tema bagi Hari Kanser Sedunia adalah sama bagi tahun 2019-2021 iaitu “I Am and I Will”. Walaupun terjemahan secara literal adalah “Saya Adalah dan Saya Akan”, bunyinya agak tergantung dan sukar untuk difahami. Maka, tema tersebut lebih sesuai diterjemahkan kepada “Saya Sedar dan Saya Akan Lakukan Perubahan”.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 8.8 juta orang di seluruh dunia meninggal dunia setiap tahun disebabkan kanser. Hal ini berlaku terutamanya di negara yang berpendapatan sederhana dan rendah. Pada tahun 2018, angka tersebut mencecah 9.5 juta iaitu kira-kira 26,000 kematian akibat kanser setiap hari.
Kanser kini adalah penyebab kematian kedua tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Buat kaum lelaki di negara ini, jenis kanser yang mengakibat kematian didahului oleh kanser kolorektal (16.4 peratus), paru-paru (15.8 peratus), dan nasopharynx (8.1 peratus). Manakala buat wanita, tiga jenis tertinggi adalah kanser payudara (32.1 peratus), kolorektal (10.7 peratus), dan serviks (7.7 peratus).
Dapatkan rawatan seawal mungkin
Statistik kematian yang tinggi dapat dikurangkan sekiranya pesakit menjalani saringan dan pengesanan awal. Malangnya, 60 peratus kes kanser di Malaysia hanya dikesan pada tahap yang lewat iaitu Tahap III dan IV. Masih ramai rakyat tempatan yang enggan menjalani saringan kerana percaya kepada terapi atau rawatan tradisional yang tiada bukti keberkesanan.
Tanda-tanda awal kanser tidak terhad kepada kewujudan benjolan yang tidak normal, radang, rasa sakit, atau pendarahan dibahagian tertentu sahaja. Malahan, ia boleh melibatkan sesetengah tanda yang tidak khusus seperti rasa cepat letih, kurang selera makan, atau susut berat badan
Dengan kemajuan teknologi masa kini, kebanyakan kanser dapat dikesan pada peringkat awal. Gaya hidup tidak sihat seperti tabiat pemakanan tidak terkawal, berat badan berlebihan, kurang aktiviti senaman, pendedahan kepada cahaya UV yang berlebihan, pengambilan alkohol, tabiat merokok, pencemaran udara, dan penggunaan hormon adalah punca kanser yang dapat dielak dengan adanya lebih kesedaran dalam diri setiap individu.
Bagaimanakah anda boleh memberikan sokongan
Anda boleh memberikan sokongan kepada Hari Kanser Sedunia dan kesedaran mengenai kanser secara umum dengan mengambil langkah-langkah proaktif seperti berikut:
- Tulis hantaran di media sosial bersama dengan mesej peribadi yang menyatakan sokongan terhadap Hari Kanser Sedunia
- Kongsikan artikel ini dan sebarang maklumat yang dapat meningkatkan kesedaran mengenai kanser dan pencegahannya di laman sosial dan WhatsApp
- Menganjurkan pemakaian riben kesedaran kanser di tempat kerja atau di kalangan rakan-rakan dan keluarga
- Bantu terjemahkan bahan-bahan kempen Hari Kanser Sedunia. Bahan-bahan ini termasuklah poster, infografik, carta maklumat, dan banyak lagi. Bagi mereka yang berminat, boleh email kepada hello@worldcancerday.org
- Anjurkan acara khas bagi meraikan hari tersebut
- Berkongsi cerita dan pengalaman dikalangan pesakit-pesakit kanser agar dapat meningkatkan motivasi pesakit kanser dalam menghadapi dan melawan penyakit kanser
- Berkomunikasi dengan pihak berkuasa dan badan-badan bukan kerajaan bagi tujuan penyebaran maklumat dan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko-risiko kanser
- Memastikan ANDA juga mengamalkan gaya hidup yang sihat
Semua rakyat Malaysia mempunyai kekuatan untuk mengurangkan kesan kanser untuk diri sendiri, ahli keluarga yang disayangi dan komuniti. Selamat menyambut Hari Kanser Sedunia 2020!
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
Kadangkala, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan. Tidak kiralah sekiranya anda seorang pekerja yang makan gaji mahupun seorang yang berniaga sendiri, inilah hakikat yang seringkali terjadi.
Bantuan kewangan ini mungkin bagi tujuan perniagaan, pelaburan strategik, penambahan aset, perkahwinan, pelancongan, perubatan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Dalam keadaaan sebegini, pembiayaan kewangan adalah satu pilihan yang mampu membantu anda menyelesaikan kemelut tersebut. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islam, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!