Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula diumumkan pada 18 Mac yang lalu sudah dilanjutkan beberapa kali. Terbaru, kerajaan memutuskan untuk melonggarkan sedikit pergerakan awam dengan melaksanakanPerintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Setakat ini, ia akan berkuatkuasa sehingga 12 Jun nanti.
Perlaksanaan PKPB ini adalah langkah penting dalam usaha kita memerangi pandemik COVID-19. Tarikh terbaru tersebut bermakna sambutan Hari Raya Aidilfitri juga tidak boleh dilakukan seperti tahun-tahun sebelumnya. Sebaliknya, rakyat perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Ini merupakan sebahagian daripada normal baharu yang perlu disesuaikan dalam kehidupan akibat daripada COVID-19.
SOP bagi sambutan Aidilfitri 2020
Walaupun Aidilfitri, secara tradisinya, merupakan perayaan terbesar di negara ini, sambutan pada tahun 2020 adalah lebih kecil dan perlu berlandaskan SOP tertentu. Ini bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam tempoh terdekat ini.
Di antara SOP tersebut adalah:
Aktiviti ziarah hanya dibenarkan pada hari pertama Aidilfitri sahaja.
Ziarah adalah terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja.
Setiap kediaman diterhadkan kepada 20 orang sahaja pada sesuatu masa. Faktor keluasan rumah perlu diambil kira dalam situasi ini. Had tetamu yang lebih rendah diperlukan bagi rumah yang lebih kecil.
Amalkan penjarakan sosial dan lindungi warga emas. Contoh di sini adalah tiada salam, tiada cium, amalkan kebersihan diri, dan kerap mencuci tangan.
Tiada perjalanan rentas negeri.
Inovasi sambutan Aidilfiti
Walaupun peraturan sudah ditetapkan menerusi PKPB, Hari Raya masih boleh disambut dengan meriah walaupun dengan kaedah yang berbeza.
Apa yang diperlukan pada tahun ini adalah sedikit kreativiti, inovasi, dan aplikasi teknologi. Di antara yang boleh dilakukan termasuklah:
Fesyen Aidilfitri gaya COVID
Walaupun aktiviti ziarah hanya dibenarkan pada hari pertama Aidilfitri sahaja, pasti ramai yang mahu bergaya bersama dengan baju raya pada tarikh tersebut. Dengan mengambil kira penjarakan sosial dan keselamatan, satu pengubahsuai boleh dilakukan pada pakaian tersebut.
Anda boleh menambah aksesori seperti topeng muka atau sarung tangan dengan warna yang berpadanan dengan pakaian raya anda. Malahan, sudah ada beberapa pereka fesyen yang menghasilkan topeng muka sebegini. Anda juga boleh menggunakan peluang berada di rumah pada waktu PKPB untuk membuatnya sendiri.
Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat memastikan kesihatan anda dan orang sekeliling lebih terjamin, tetapi juga tampil bergaya pada waktu yang sama!
Duit raya elektronik
Malaysia sedang menuju kepada masyarakat tanpa tunai (cashless society) menjelang tahun 2050. Di antara ciri-ciri yang diperlukan bagi mencapai impian tersebut adalah kurangnya penggunaan dan kebergantungan terhadap wang fizikal. Sebaliknya, masyarakat digalakkan menggunakan kad kredit, debit, dan transaksi elektronik seperti pembelian dalam talian dan penggunaan e-dompet.
Walaupun aktiviti ziarah dihadkan sewaktu Aidilfitri, tradisi pemberian duit raya dapat diteruskan melalui transaksi elektronik. Selain menggalakkan perkembangan masyarakat tanpa tunai, kaedah seperti ini juga adalah lebih selamat dalam keadaan pandemik COVID-19.
Dunia tanpa sempadan
Dengan kemudahan teknologi yang ada pada masa kini, sambutan Aidilfitri dapat dikongsikan melalui panggilan video ataupun siaran ‘live’ di media sosial. Walaupun situasi sebegini tidak semeriah berada di rumah saudara-mara dan rakan, ia dapat mengubati sedikit rindu disamping meneruskan ikatan silaturrahim.
Menyokong industri kecil
Seperti yang diketahui, banyak perniagaan yang terjejas akibat daripada penularan COVID-19. Malahan, ramai juga yang sudah kehilangan pekerjaan. Bagi membantu merangsang semula ekonomi, kita boleh membuat persiapan raya dengan membeli daripada perniagaan kecil tempatan.
Membeli-belah dengan selamat
Seperti yang dinyatakan, Malaysia sedang berusaha menjadi masyarat tanpa tunai. Ini akan mengikut jejak negara lain yang sudah ke hadapan dalam seperti Canada, Sweden, Perancis, Jerman, dan lain-lain lagi. Di antara kelebihan masyarakat tanpa tunai ialah pengurangan kadar jenayah, kos pengurusan yang rendah dan efisyen, dan kemudahan jual beli.
Kini, dalam keadaan dunia sedang bergelut memerangi pandemik COVID-19, satu lagi kelebihan transaksi tanpa tunai telah wujud. Ini memandangkan virus boleh merebak melalui wang tunai. Transaksi elektronik dan penggunaan kad kredit, debit, serta e-dompet juga dapat mengurangkan sentuhan sesama individu. Maka, pastikan pembelian dan persiapan Aidilfitri anda menggunakan kaedah tanpa tunai!
Dapatkan kad kredit Islam yang sesuai dengan keperluan anda
Masih terdapat banyak mitos mengenai kad kredit yang masih dipercayai masyarakat tempatan. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenainya di sini.
Terdapat beberapa jenis kad kredit yang menawarkan pelbagai ciri dan kesesuaiannya bergantung kepada kaedah penggunaan dan gaya hidup peribadi anda. Sekiranya anda suka membeli-belah, anda mungkin ingin mempertimbangkan kad kredit yang menyediakan cashback atau ganjaran. Jika anda suka melancong, kad kredit yang menawarkan mata ganjaran penerbangan untuk penebusan tiket penerbangan adalah yang terbaik. Jika anda seorang pemandu Grab atau kerap memandu, kad kredit petrol adalah sesuai untuk anda.
Di samping itu, apabila mencari kad kredit yang ideal, pertimbangkan beberapa perkara penting seperti yuran tahunan, yuran pendahuluan tunai, yuran transaksi luar negara dan yuran pembayaran lewat yang ditawarkan.
Jika anda mencari kad kredit yang dikeluarkan berdasarkan prinsip syariah, maka AsSidq.com boleh memadankan anda dengan tawaran kad kredit Islam terbaik.
Semua kad kredit yang dipadankan bebas daripada amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam, seperti faedah (riba) dan caj berlebihan (gharar), adalah dilarang. Ia juga tidak mempunyai faktor pengkompaunan terhadap caj dikenakan. Ini bermakna anda akan mengetahui jumlah liabiliti anda terlebih dahulu.
Sebahagian daripada kad kredit ini juga menawarkan perlindungan takaful untuk melindungi pemegang kad sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal menyeluruh. Ia juga menyediakan cara mudah untuk membuat pembayaran zakat.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!