Umum mengetahui bahawa kita sedang berada dalam kemelesatan ekonomi. Ini adalah realiti yang perlu dihadapi bukan sahaja oleh rakyat tempatan tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa.
Mengikut laporan berita, semenjak Malaysia memasuki norma baharu pada bulan Mac lalu, semakin banyak perniagaan yang terpaksa ditutup dan dianggarkan sebanyak 800,000 penduduk tempatan telah kehilangan pekerjaan. Malahan, bagi mereka yang masih mempunyai mata pencarian, ramai yang mengalami kemerosotan dari sudut nilai sumber pendapatan tersebut.
Lantaran itu, ramai yang terpaksa mengeluarkan wang simpanan dan pelaburan mereka di bank, KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja), ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad), Tabung Haji, dan lain-lain lagi.
Kesukaran untuk mengeluarkan wang
Dengan kembalinya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majoriti kawasan seluruh negara, terdapat kesukaran bagi penduduk untuk keluar ke bank dan institusi kewangan yang terlibat bagi tujuan mengeluarkan wang simpanan dan pelaburan. Malahan, dengan peningkatan mendadak kes harian Covid-19, penduduk terutamanya yang sudah berusia terdedah kepada ancaman jangkitan.
Bagaimanapun, terdapat berita baik buat mereka yang ingin mengeluarkan ataupun menambah pelaburan di dalam ASNB. Anda kini boleh menjalankan urusniaga akaun anda secara dalam talian!
Untuk makluman, terdapat penangguhan urusniaga dari 27 hingga 30 November bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2020. Bagaimanapun, anda boleh kembali berusan selepas itu kerana urusniaga dibuka semula bermula 1 Disember 2020.
Lebih mudah secara dalam talian
Bermula pada 20 April 2020, pemegang unit ASB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online di laman www.myasnb.com.my. Kemudahan ini adalah untuk mana-mana akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.
Terdapat had pengeluaran iaitu RM500 sebulan sahaja. Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100 dan jumlah transaksi dihadkan kepada tiga kali sebulan sahaja. Wang akan dimasukkan ke dalam akaun bank pilihan pengguna pada hari berkerja berikutnya.
Masa untuk urusniaga dalam talian ini adalah:
- Unit Amanah Harga Tetap : 7 pagi – 6 petang (Isnin hingga Ahad*)
- Unit Amanah Harga Berubah : 7 pagi -4 petang (Isnin – Ahad*)
* kecuali cuti umum
Daftar dalam talian terlebih dahulu
Sebelum menggunakan perkhidmatan myASNB, anda perlu melengkapkan pendaftaran myASNB terlebih dahulu. Ikuti langkah mudah berikut untuk mula mendaftar:
- Kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB
- Ikuti langkah mudah untuk pendaftaran myASNB
- Aktifkan akaun myASNB anda
Sedia melakukan urusniaga?
Sesudah mendaftar akaun myASNB anda, anda sudah boleh menjalankan urusniaga secara dalam talian. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:
- Pilih bahasa yang diinginkan, iaitu Bahasa Melayu dan English
- Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
- Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
- Klik Teruskan
- Akan keluar satu frasa keselamatan. Jika ini bukan frasa keselamatan yang anda pilih, jangan teruskan urusniaga. Klik Tidak. Jika ini ialah frasa keselamatan yang anda piliah, klik Ya.
- Masukkan Kata Laluan
- Klik menu Portfolio
- Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan
- Di hujung sebelah kanan unit amanah, contohnya Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi
- Klik butang Transaksi
- Pilih Jualan Balik (atau transaksi yang anda inginkan)
- Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
- Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum sebelum meneruskan transaksi.
- Tick di bahagian “Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas”.
- Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
- Maklumat ini akan terpapar secara automatik:
- Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
- Tick di bahagian “Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat”
- Akan keluar satu popup yang menatakan “Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja”
- Jika bersetuju, klik Teruskan
- Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
- Klik Permintaan TAC
- Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan
- Klik Seterusnya
- Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya
- Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah masuk
Adakah pembiayaan kewangan masih relevan pada waktu norma baharu?
Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan termasuk moratorium pembiayaan sedia ada, namun buat ramai, kadar tersebut belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan.
Maka, memohon pembiayaan kewangan yang baru mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Sekiranaya anda mahu mengetahui sama ada pembiayaan kewangan sesuai buat anda pada masa kini, layari artikel kami di sini.