Kita sedang berada pada zaman kemelesetan ekonomi di mana ramai yang mengalami masalah kewangan. Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya memiliki Wang Tak Dituntut (WTD).
Menurut Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), terdapat sebanyak RM8.75 billion diklasifikasikan sebagai WTD pada 2019. Angka ini adalah sesudah RM2.13 billion dipulangkan kepada pemilik-pemilik yang sah.
Apa itu WTD?
Secara umumnya, WTD merupakan wang yang perlu dibayar kepada tuan punya badan seperti gaji, bonus, komisen, serta tuntutan insurans yang telah diluluskan. Bagaimanapun, wang tersebut tidak dibayar dalam tempoh masa melebihi satu tahun.
JANM merupakan pemegang amanah bagi WTD. Selagi wang tersebut tidak dituntut oleh pihak yang berhak, JANM akan menyimpan selamat wang tersebut mengikut peraturan kewangan berkuatkusa dan juga Seksyen 8, Akta WTD 1965.
Secara lebih terperinci, WTD terbahagi kepada tiga kategori, iaitu:
1)Wang yang perlu dibayar kepada tuan punya badan tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa melebihi satu tahun. Pembayaran dalam kategori ini termasuklah:
- Gaji, upah, bonus, komisen, dan wang lain yang perlu dibayar kepada kakitangan
- Dividen dan keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
- Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi sama; di mana tempoh sah lakunya telah luput
- Cagaran atau deposit di mana tujuan wang tersebut dikutip telah dicapai
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
- Pemiutang atau penghutang pelbagai
2) Wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekali pun dalam satu tempoh tidak kurang dari tujuh tahun. Pembayaran dalam kategori ini termasuklah:
- Akaun simpanan
- Akaun semasa
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik
3) Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga bagi tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
Cara semak jika sebahagian WTD tersebut adalah milik anda?
Pada tahun-tahun sebelum ini, orang ramai yang ingin menyemak WTD ini perlu ke hadir sendiri ke pejabat akauntan negeri. Bagaimanapun, bermula 2020, proses tersebut telah dimudahkan dengan cara semakan dalam talian.
Kaedah terbaru ini dilihat bersesuaian dengan situasi semasa dimana negara berhadapan dengan norma baharu dan penjarakan sosial.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk membuat semakan:
Langkah 1: Layari portal eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/ dan klik ‘Pendaftaran’
Langkah 2: Mendaftar sebagai pengguna di portal eGumis. Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan dan kemudian klik butang ‘Daftar’.
Langkah 3: Sahkan pendaftaran dengan menekan butang ‘Ya’.
Langkah 4.: Kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftarkan.
Langkah 5: Bagi Log Masuk kali pertama, layari semula portal eGUMIS dan klik ‘Log Masuk’.
Langkah 6: Masukkan nama pengguna yang didaftarkan dan gunakan kata laluan yang dihantar kepada emel.
Langkah 7: Klik ‘Log Masuk’ dan tukar kata laluan selepas log masuk kali pertama.
Langkah 8: Bagi membuat semakan, masukkan nombor kad pengenalan individu yang ingin disemak dan klik ‘Cari’. Hanya dua semakan sahaja dibenarkan dalam masa sehari.
Sekiranaya semakan mendapati anda mempunyai WTD, anda perlulah memuat turun borang tuntutan atau boleh terus ke pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi langkah seterusnya.
Diharapkan WTD ini dapat membantu meringankan beban kewangan mereka yang memerlukannya.
Adakah pembiayaan kewangan masih relevan pada waktu norma baharu?
Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan termasuk moratorium pembiayaan sedia ada, namun buat ramai, kadar tersebut belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan.
Maka, memohon pembiayaan kewangan yang baru mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Sekiranaya anda mahu mengetahui sama ada pembiayaan kewangan sesuai buat anda pada masa kini, layari artikel kami di sini.