Seperti kebanyakan orang, adakalanya kita juga ingin membuat permohonan pembiayaan kewangan.
Tujuan permohanan ini adalah pelbagai, seperti memulakan atau mengukuhkan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, dan pembelajaran.
Selain itu, ia juga boleh dijadikan kaedah untuk melangsaikan hutang dan membuat pelaburan strategik dan penambahan aset.
Sekiranya anda termasuk di dalam golongan ini, pastikan anda memilih pembiayaan Islam. Di dalam kewangan Islam, konsep “pinjaman” adalah tidak betul.
Sebaliknya, istilah dan terma tepat yang digunakan adalah “pembiayaan”. Ini kerana pihak pembiaya akan “membeli” barangan untuk pelanggan dan kemudian menjualnya kepada mereka pada harga yang telah dipersetujui.
Berbanding pinjaman konvensional, pembiayaan Islam mempunyai beberapa kelebihan:
- Lebih adil dan terlindung dari risiko yang tinggi
- Lebih stabil ketika berlakunya krisis
- Yuran yang jelas dan tetap
- Caj penalti yang lebih rendah
- Perlindungan Takaful
Apa itu skor kredit?
Kelulusan untuk sesuatu permohonan pembiayaan bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah Nisbah Khidmat Hutang (DSR), profil risiko, penilaian harta, tempoh bekerja, dan skor kredit.
Skor kredit adalah satu sistem pemarkahan yang menentukan kesihatan kredit (kewangan) anda. Ia menilai sejarah kewangan anda dan memaklumkan kepada institusi kewangan kemampuan anda untuk membayar balik pembiayaan anda.
Di Malaysia, terdapat beberapa agensi utama yang menyediakan laporan kredit yang sering menjadi rujukan institusi kewangan. Antaranya adalah CCRIS (yang diuruskan CBM Bank Negara), Experian, CTOS, dan RAMCI.
Apakah skor kredit yang baik?
Skor kredit yang baik mempunyai markah dalam lingkungan 697 ke 850. Walau bagaimanapun, ia tidak semestinya bermaksud skor yang lebih rendah adalah skor yang tidak baik. Faktor-faktor selain skor kredit juga boleh diberikan pertimbangan.
Bagaimanapun, skor kredit yang baik boleh meningkatkan peluang anda mendapatkan pinjaman atau kadar faedah yang lebih baik, serta pinjaman anda akan lebih cepat diluluskan dan sebagainya.
Maksud skor kredit anda secara umumnya adalah seperti berikut:
- 744-850: Cemerlang! Anda dinilai sebagai ‘sangat baik’ dan diberi keutamaan.
- 718-743: Sangat Baik! Anda dinilai sebagai pelanggan utama.
- 697-717: Baik! Skor anda dalam lingkungan sederhana tinggi dan anda layak untuk kredit baru.
- 651-696: Sederhana. Skor anda dalam lingkungan sederhana dan anda kurang layak untuk kredit baru.
- 529-650: Rendah. Anda mungkin menghadapi masalah apabila memohon kredit.
- 300-528: Lemah. Permohonan kredit anda mungkin akan ditolak.
Bagaimanakah ia dikira?
Skor kredit dikira berdasarkan maklumat kredit dari CCRIS dan pangkalan data CTOS. Lima faktor yang membentuk skor kredit adalah:
- Rekod pembayaran (45%): Sama ada anda sentiasa membuat bayaran pinjaman pada masanya, atau jika anda pernah terlepas bayaran.
- Jumlah hutang (20%): Jumlah fasiliti kredit dan jumlah yang dihutang dengan pihak bank.
- Jangkamasa rekod kredit (7%): Tempoh hayat fasiliti kredit yang ada (kad kredit atau pinjaman).
- Jenis-jenis kredit (14%): Jenis-jenis kad kredit dan pinjaman yang anda ada – dijamin (pinjaman rumah dan kereta) dan yang tidak dijamin (kad kredit, pinjaman peribadi).
- Kredit baru (14%): Sama ada anda diluluskan untuk fasiliti kredit baru-baru ini.
Bagaimana untuk meningkatkan skor kredit?
Antara langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan skor kredit anda adalah:
- Jadi pembayar yang baik: Anda perlu membayar semua hutang dan bil dalam tempoh yang ditetapkan. Jangan terlewat atau terlepas membuat sebarang pembayaran.
- Kurangkan jumlah hutang: Sekiranya anda mempunyai banyak akaun hutang, anda boleh mengurangkannya dengan kaedah penyatuan hutang (debt consolidation).
- Mempunyai kad kredit: Kami tak bermaksud berbelanja sesuka hati di sini. Tetapi, sekiranya anda mempunyai kemudahan kad kredit dan membuat perbelanjaan yang berhemah, ia akan membantu jangkamasa kredit anda.
- Tidak melepasi had kredit: Seperti yang dinyatakan di atas, anda tidak seharusnya berbelanja sesuka hati sehingga mencapai atau melepasi had kredit anda. Kaedah (2) memerlukan anda untuk mengurangkan jumlah hutang yang ada.
- Tidak membuat permohanan pembiayaan dengan kerap: Sekiranya permohanan pembiayaan kewangan anda ditolak, anda dinasihatkan supaya menunggu beberapa bulan atau setahun lagi sebelum membuat permohanan yang baru.
Haaa selepas skor kredit dah cantik, baru lah permohonan pembiayaan senang diterima! Jom mohon pembiayaan di As-Sidq dan anda berpeluang untuk dapatkan Skor Kredit Peribadi Secara Percuma!