Adakalanya perniagaan juga memerlukan bantuan pembiayaan kewangan bagi memenuhi keperluan dana. Berikut merupakan punca-punca utama sesebuah perniagaan memerlukan pembiayaan.
Buat mereka yang ingin memulakan perniagaan, situasi ideal adalah di mana segala dana atau modal diperolehi melalui wang simpanan sendiri. Situasi yang dikenali sebagai ‘self-financing’ ini dilihat sangat bersesuaian buat mereka yang berada di dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerana mereka bermula dengan hutang yang sedikit.
Bagaimanapun, situasi sebegini sukar untuk dicapai, terutamanya apabila anda ingin menghasilkan produk atau servis yang berkualiti. Ada usahawan yang memilih untuk menggunakan kad kredit bagi tujuan pembiayaan jangka pendek. Bagaimanapun, kaedah ini mempunyai kadar faedah tinggi dan boleh menjadi mahal dalam jangka masa panjang.
Maka, untuk mendapatkan wang dana untuk perniagaan anda, anda boleh memilih kaedah berikut:
- Dana daripada skim kerajaan — Pada tahun 2016, PKS menyumbang kepada 36.6% daripada keluaran domestik kasar (GDP) Malaysia. Menyedari kepentingan sektor ini, pihak kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai jenis skim perniagaan khusus untuk perniagaan start-up dan PKS.
- Mencari pelabur — Terdapat dua jenis pelabur utama yang boleh membantu perniagaan anda iaitu ‘angel investor’ dan ‘venture capitalist’. Yang pertama (angel investor) terlibat secara langsung dalam perniagaan anda. Venture capitalist pula bekerja untuk syarikat modal usaha niaga, di mana mereka melaburkan wang ke dalam perniagaan.
- Dapatkan pembiayaan perniagaan — Terdapat banyak bank dan institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan ini.
Bilakah perniagaan anda memerlukan bantuan pembiayaan kewangan?
Setiap perniagaan mempunyai keperluan pembiayaan dan pengurusan tersendiri. Berikut merupakan punca-punca utama keperluan pembiayaan kewangan wujud buat sesuatu perniagaan:
- Keperluan tenaga kerja — Ini mungkin merupakan faktor terpenting yang menentukan kejayaan sesebuah perniagaan! Malahan, kenyataan ini turut didokong oleh para CEO syarikat-syarikat terkemuka dunia! Lantaran itu, memperuntukan wang yang banyak ke arah ini adalah perkiraan yang patut diambil oleh semua peniaga.
- Pembelajaran — Kemahiran dari semua sudut perniagaan (pengurusan, pemasaran, lokasi, inovasi, dan lain-lain) adalah penting bagi mencapai kejayaan. Anda atau pekerja mungkin perlu menghadiri kursus yang berkaitan bagi memastikan anda tidak ketinggalan berbanding pesaing anda.
- Pembelian aset — Juga penting dalam pelan perniagaan jangka panjang.
- Peningkatan teknologi — Memandangkan kita sudah berada dalam Revolusi Industri 4.0, teknologi yang terkini juga adalah penting buat sesbuah perniagaan.
- Keperluan pemasaran — Perniagaan yang baru memerlukan strategi pemasaran yang berkesan untuk mencuri tumpuan pelanggan. Malahan, pemasaran terkini adalah tertumpu kepada kaedah digital.
Dapatkan Pembiayaan Kewangan Di As-Sidq
As-Sidq menawarkan pembiayaan kewangan patuh-syariah khusus buat semua.
Ciri-ciri pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Kelulusan dan pemberian yang cepat — Terima duit pembiayaan dalam masa 24 jam selepas mendapat kelulusan.
- Patuh syariah — Produk pembiayaan yang Patuh Syariah dan telus.
- Julat pembiayaan yang tinggi — Dana dari RM100,000 – RM100,000,000 yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda.
- Kadar keuntungan yang menarik — Kadar faedah sehingga 2% setiap bulan (bergantung pada kelayakan).
- Tempoh pembiayaan yang fleksibel — Tempoh pembiayaan dari 20 hingga 60 bulan.
- Dokumen ringkas — Permohonan melalui IC /ROC / Penyata bank 6 bulan / Borang Pemeriksaan Kredit.
- Cagaran — Memerlukan perincian cagaran seperti hakmilik dan maklumat harta tanah.
Kelayakan perniagaan adalah seperti berikut:
- Pemilikan tunggal (Sole proprietorship), perkongsian (partnership), perkongsian liabiliti terhad (limited liability partnership), syarikat berhad persendirian (private limited company) atau syarikat terhad awam tidak tersenarai (unlisted public limited company) yang berdaftar dengan SSM.
- Pendapatan minimum RM 500,000 sebulan.
- Minimum 24 bulan dalam operasi.
- Malaysian Shareholders (Bumi dan Non-Bumi).
- Penilai panel kami – VPC Alliance, CCO , TD Aziz, PA International and Knight Frank.
Selain daripada pembiayaan patuh syariah SME, pembiayaan peribadi juga dapat membantu anda. Tidak dinafikan kita semua perlukan sedikit bantuan kewangan. Selain idea diatas, jika anda masih mengalami masalah kesempitan kewangan dan tercari-cari penyelesaian, memohon pembiayaan peribadi Islamik mungkin dapat membantu. PEMBIAYAAN PERIBADI-i KREDIT KOMUNITI JCL CREDIT LEASING i-Fund merupakan antara pembiayaan Islamik yang telus yang boleh didapati di platform As-Sidq. Pembiayaan peribadi ini terbuka kepada semua termasuklah sektor awam, sektor awam dan juga mereka yang bekerja sendiri.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pembiayaan Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Sekiranya anda ingin memohon atau mengetahui lebih lanjut mengenai pembiayaan patuh-syariah, layari laman kami di sini.