Dalam banyak-banyak produk kewangan yang ditawarkan, kad kredit seringkali dipandang secara negatif oleh pengguna. Ramai pengguna di Malaysia percaya bahawa mereka akan mudah terjebak dengan bebanan hutang sekiranya mereka menggunakan kad kredit.
Walaupun ada benarnya, peratus pengguna di Malaysia yang diisytiharkan muflis disebabkan oleh penggunaan kad kredit hanyalah serendah 0.04% atau 1,598 orang pengguna, menurut sebuah laporan NST.
Dalam laporan yang sama, sejumlah 9.9 juta kad kredit telah dikeluarkan, di mana 8.8 juta daripadanya merupakan kad utama manakala 1.1 juta merupakan kad tambahan. Ini menunjukkan bahawa ramai pengguna Malaysia yang masih cekap dalam menggunakan kad kredit.
Jika anda kurang pasti bilakah masa yang terbaik untuk menggunakan kad kredit agar anda tidak berbelanja sesuka hati, berikut merupakan tiga waktu yang terbaik untuk anda menggunakan kad kredit:
- Apabila anda ingin membuat pembelian yang besar
Contoh pembelian yang besar ialah perabot dan peralatan rumah yang mahal seperti penghawa dingin, peti sejuk, peti pembeku, atau mesin basuh. Selalunya, kedai barangan elektrik atau perabot menawarkan pelan pembayaran secara ansuran tanpa faedah untuk pembeli yang membuat bayaran menggunakan kad kredit.
Selain itu, terdapat kad kredit yang menawarkan perlindungan bagi pembelian yang dibuat. Ini amat berguna terutamanya jika berlaku penipuan. Tambahan lagi, kalau anda menggunakan kad kredit ganjaran, membuat pembelian yang besar menggunakan kad kredit ini sangat menguntungkan. - Apabila anda pergi melancong
Kebanyakan hotel di dunia memerlukan kad kredit pelanggan untuk proses tempahan penginapan. Buat anda yang sering melancong atau pergi ke luar negara atas urusan kerja, terdapat kad kredit yang bukan sahaja memberikan ganjaran yang menguntungkan seperti air miles, diskaun, dan peluang untuk menaik taraf tempat duduk yang lebih selesa dalam kapal terbang; tetapi juga perlindungan sekiranya bencana seperti kehilangan bagasi, masalah kesihatan (contohnya anda harus dikejarkan ke dalam wad kecemasan ketika di luar negara) atau penerbangan yang tergendala terjadi. - Apabila anda ingin membuat pembelian dalam talian
Umum mengetahui bahawa kebanyakan kad kredit akan memberikan pengguna ganjaran apabila mereka membuat pembelian, seperti pulangan tunai (cashback), diskaun, atau mata ganjaran yang boleh ditebus.
Bagi anda yang gemar membeli-belah di atas talian, terdapat beberapa kelebihan jika anda menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran, contohnya seperti:
- Perlindungan ke atas barangan yang dibeli
Sekiranya berlaku kejadian di mana barangan yang anda beli tiba dalam keadaan rosak atau dicuri, terdapat kad kredit yang memberikan perlindungan dalam hal ini. Selain itu, terdapat juga kad kredit yang menawarkan jaminan perlindungan yang lebih panjang untuk produk yang dibeli.
Walaupun perlindungan yang ditawarkan oleh kad kredit selalunya mempunyai had tertentu, ia masih memberi manfaat buat anda, dan secara tidak langsung, mengurangkan kerugian yang ditanggung. - Risiko kehilangan wang di dalam akaun bank lebih rendah
Sama seperti di dunia nyata, di dunia maya juga terdapat penyamun yang menanti peluang untuk mencuri segala maklumat peribadi dan kewangan kita. Jika maklumat kad debit anda jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, dia boleh mengakses wang yang ada di dalam akaun anda dan mencuri wang dengan mudah dan pantas sebelum anda sedar berlakunya kecurian.
Lain pula halnya dengan kad kredit. Walaupun pencuri masih boleh menggunakan kad kredit bagi membeli sesuatu, dia tidak boleh mengakses wang yang ada di dalam akaun anda.
Dan apabila anda sedar bahawa terdapat transaksi yang anda tidak pernah buat, anda boleh mengadu kepada pihak bank dan bank akan serta-merta menyekat kad kredit tersebut, dan anda tidak akan dikenakan caj untuk transaksi tersebut.
Jika anda sedang merancang untuk memiliki kad kredit anda yang pertama, apa kata anda pertimbangkan kad kredit Islamik?
Terdapat beberapa kelebihan yang tidak ada pada kad kredit konvensional, seperti tapisan transaksi yang dijamin halal, ketiadaan faedah dan caj pengkompaunan, rebat bagi pembayaran awal, kemudahan pembayaran zakat, dan perlindungan takaful.
Cari kad kredit Islamik patuh Syariah yang terbaik untuk anda di Assidq.com sekarang!