Berbanding mereka yang makan gaji, golongan yang berkerja sendiri perlu melalui proses yang berlainan bagi mendapatkan pembiayaan peribadi. Proses tersebut boleh menjadi lebih mudah sekiranya anda sudah bersedia dengan segala dokumen yang diperlukan.
Sekiranya anda seseorang yang bekerja sendiri, mungkin pernah terbit sedikit rasa cemburu dalam diri anda terhadap rakan-rakan atau keluarga yang berkerja dengan kerajaan. Kerjaya mereka lebih terjamin dan terapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada mereka. Ini termasuklah pinjaman khusus buat penjawat awam.
Ini berbeza buat mereka yang berkerja sendiri. Proses yang perlu dilalui untuk memohon pembiayaan kewangan secara perbandingannya adalah lebih panjang. Malah, pekerja swasta yang makan gaji juga mempunyai proses memohon pembiayaan yang lebih mudah.
Namun, walaupun proses tersebut lebih panjang, ia tidak semestinya merumitkan. Sekiranya anda telah bersedia dengan semua dokumen yang diperlukan, proses tersebut juga adalah mudah.
Kenapa proses permohonan adalah berbeza?
Kebiasaannya apabila ingin memohon pinjaman atau pembiayaan peribadi, dokumen-dokumen berikut perlu disediakan oleh pemohon adalah:
- Slip gaji — Ini digunakan sebagai bukti pendapatan
- Penyata KWSP — Ini digunakan bagi menunjukkan anda mempunyai pendapatan yang stabil
- Penyata bank — Ini digunakan bagi membuktikan anda benar-benar mendapat jumlah gaji seperti yang tertera pada slip gaji
- Salinan MyKad — Dokumen yang diperlukan oleh semua rakyat Malaysia
Seperti yang boleh dilihat, dua dokumen pertama yang dinyatakan di atas sukar untuk disediakan sekiranya anda bukan penjawat awam atau pekerja makan gaji. Lantaran itu, beberapa dokumen lain perlu disediakan. Antara mereka yang masuk kategori ini termasuklah mereka yang mempunyai pekerjaan seperti berikut:
- Peniaga kecil dan pemborong (termasuk perniagaan dalam talian)
- Pekerja ekonomi gig (seperti Grab, foodpanda, Lalamove)
- Pekerja freelance seperti jurugambar, pereka grafik, penulis, dan lain-lain
- Pemuzik
- Sebarang pekerjaan yang tidak makan gaji
Dokumen yang diperlukan sekiranya berkerja sendiri bagi mendapatkan pembiayaan peribadi
Sekiranya anda bukan penjawat awam atau makan gaji, berikut adalah senarai dokumen yang biasanya perlu anda sediakan:
- Pendaftaran perniagaan
Walaupun anda hanya berkerja secara freelance atau mempunyai perniagaan kecil, mendaftarkan perniagaan anda sesuatu yang penting. Ia dapat meningkatkan keyakinan pelanggan apabila berusurusan dengan anda. Selain itu, pihak bank biasanya akan merujuk kepada tarikh pendaftaran perniagaan anda untuk menilai sama ada perniagaan tersebut kukuh dan mempunyai daya tahan. - Profil perniagaan
Anda perlu mempunyai profil yang menerangkan bentuk perniaagaan anda. Sebenarnya sudah memadai dengan adanya laman sesawang yang mudah ataupun laman sosial rasmi sperti Facebook, Instagram, atau LinkdIn. - Rekod kewangan
Mempunyai rekod aktiviti kewangan perniagaan seperti resit, lesen, penyata dan lain-lain juga akan membantu proses permohonan anda. - Rekod cukai pendapatan
Secara amnya, sekiranya anda diperlukan untuk membayar cukai pendapatan, ini bermakna anda mempunyai pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM34,000. Ini boleh membuktikan kepada pihak bank yang pendapatan anda adalah stabil. - Penyata bank
Bagi mereka yang berkerja sendiri, penyata bank menunjukkan anda mempunyai pendapatan atau perniagaan anda mendapat keuntungan. - Penyata simpanan
Ini adalah satu lagi dokumen yang boleh membuktikan anda mempunyai pendapatan yang stabil. - Skor kredit
Skor kredit adalah satu sistem pemarkahan yang menentukan kesihatan kredit (kewangan) anda. Ia menilai sejarah kewangan anda dan memaklumkan kepada institusi kewangan kemampuan anda untuk membayar balik pembiayaan anda.
Bekerja sendiri? Dapatkan pembiayaan kewangan Islam dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda. Ia juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera. Ini tidak terkecuali juga jika anda mahu merancang pelajaran anak-anak anda.
Selain daripada pembiayaan patuh syariah SME, pembiayaan peribadi juga dapat membantu anda. Tidak dinafikan kita semua perlukan sedikit bantuan kewangan. PEMBIAYAAN PERIBADI-i KREDIT KOMUNITI JCL CREDIT LEASING i-Fund merupakan antara pembiayaan Islamik yang telus yang boleh didapati di platform As-Sidq. Pembiayaan peribadi ini terbuka kepada semua termasuklah sektor awam, sektor awam dan juga mereka yang bekerja sendiri.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!