As-Sidq | Pusat Sumber
Menu
  • Halaman Utama
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • LinkedIn
Menu

Cari Artikel

Kategori Artikel

Senarai Bantuan Untuk Golongan B40 Bertahan Sepanjang PKP 3.0

Posted on 10/06/202110/06/2021 by assidq.com

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan  ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, menurut laporan Berita Harian. Total lockdown telah berkuatkuasa  mulai 1 Jun sehingga 14 Jun di seluruh Malaysia. 

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, menerusi total  lockdown itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan  perkhidmatan yang telah mendapat surat kebenaran daripada MITI. 

Pandemik Covid-19 telah membuktikan betapa ‘kejamnya’ ia terhadap semua individu, terutama sekali golongan B40, golongan rentan, dan juga mereka yang: 

● Mempunyai sedikit atau tiada sebarang aset atau simpanan untuk digunakan ketika  kecemasan,

● Pekerja tidak rasmi yang tiada perlindungan sosial (merangkumi jaringan  keselamatan sosial, insurans sosial, dan dasar pasaran pekerja aktif); dan 

● Mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji, atau mengalami  pemotongan gaji kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Dalam Laporan Kemiskinan dan Kemakmuran Bersama Global 2020, Bank Dunia  menganggarkan bahawa 88 juta hingga 115 juta orang akan terjerumus ke dalam kemiskinan tegar jika pandemik tidak segera dibendung. 

Selain itu, berdasarkan suatu statistik tidak rasmi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia  (DOSM), pekerja tidak formal dan mereka yang bekerja sendiri adalah golongan yang  paling terkesan kerana mereka tidak berpendapatan tetap. 

Semasa PKP yang pertama tahun lalu, sebilangan besar responden tinjauan  oleh DOSM melaporkan mereka hanya mempunyai simpanan yang cukup untuk bertahan  selama 1-2 bulan; manakala bagi kebanyakan orang yang bekerja sendiri pula adalah  kurang daripada satu bulan. 

M40 berisiko beralih kepada B40 

Selain golongan B40 dan rentan yang mengalami kesukaran akibat pandemik, apa yang  turut membimbangkan ialah golongan M40 kini berisiko beralih kepada B40. 

Dalam sebuah laporan Berita Harian, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan  Ekonomi, Universiti Putra Malaysia, Dr Muhammad Daaniyall Abd Rahman, berkata  peralihan golongan M40 kepada B40 boleh berlaku, namun ia disifatkan sebagai kesan  jangka pendek. 

Beliau berkata, perkara ini kebiasaannya berlaku ketika krisis ekonomi apabila golongan  terjejas akan mengubah gaya hidup dan corak perbelanjaan mereka. 

Justeru, kata beliau, golongan M40 boleh mengatasi masalah ini dengan pembelian  barangan yang memberi nilai yang kompetitif berbanding barangan berjenama dan  ditawarkan pada harga yang lebih rendah.

“Tidak dinafikan terdapat perubahan corak perbelanjaan isi rumah disebabkan oleh  tekanan ekonomi semasa, terutama kepada individu yang terkesan akibat pandemik  ini. Pengurangan pendapatan dan aktiviti ekonomi yang dihadkan akan memberi  impak kepada pendapatan isi rumah. 

“Namun, apabila ekonomi kembali pulih, corak perbelanjaan isi rumah juga akan  bertambah baik selari dengan pendapatan mereka,” jelas beliau lagi. 

Senarai bantuan agar golongan B40 mampu bertahan sepanjang PKP 3.0

Meskipun dengan penutupan penuh apabila PKP 3.0 dilaksanakan, masih ada harapan  untuk anda bertahan hidup sepanjang ia berlangsung.  

Selain Bantuan Sara Hidup (BSH), antara bantuan yang anda boleh dapatkan segera ialah: 

1. Program iTEKAD 

Program iTEKAD menggabungkan instrumen kewangan sosial seperti zakat, sedekah  dan wakaf dengan pemberian pembiayaan mikro, latihan secara berstruktur dan  bimbingan untuk memperkasa usahawan mikro daripada segmen B40 supaya dapat  menjana pendapatan yang berterusan dan membina daya tahan kewangan. 

2. Perlindungan Tenang untuk B40 

Bantuan kewangan akan disediakan oleh Kerajaan untuk golongan B40 dalam bentuk  baucar bagi pembelian perlindungan insurans dan takaful di bawah skim Perlindungan  Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.  

Baucar bantuan kewangan sebanyak RM50 akan diberikan kepada golongan B40 yang  layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang bermula 1 April  2021.  

Produk Perlindungan Tenang merupakan produk yang diluluskan oleh BNM bagi  memenuhi keperluan segmen masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan. 

Produk ini mesti memenuhi kriteria yang ketat terhadap kemampuan dan nilai  pelanggan, dengan pengecualian yang minimum bagi memudahkan tuntutan dan  memastikan perlindungan yang bermakna, terutamanya untuk golongan berpendapatan  rendah. Produk tersebut merangkumi perlindungan takaful hayat dan kemalangan diri. 

3. Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) 

PeKa B40 ialah inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang  bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah,  dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). 

PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan B40.  Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan  ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. 

Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40, namun anda boleh  menyemak sama ada anda telah pun menerimanya atau belum.

4. Skim i-SURI 

Pelaksanaan Skim KWSP Untuk Suri Rumah (i-SURI) diperkenalkan bagi mewujudkan  jaringan sosial dan seterusnya memperkasa hak wanita dan mengiktiraf kepentingan  peranan kaum hawa. 

Kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat di bawah skim ini adalah semua yang  merupakan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah, dan juga Ketua Isi Rumah dalam  kalangan ibu tunggal, balu dan wanita belum berkahwin yang berdaftar dalam Sistem e Kasih kendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. 

5. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 

BAP bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang  ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini  diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya  dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah. 

6. Program Rebat Bil Elektrik RM40 

Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan Kerajaan secara bersasar  untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada keluarga miskin tegar dan  miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. Pengguna yang layak akan  menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan. 

7. Skim mySalam 

Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang  bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu B40  yang berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka. Pada tahun 2020, skim ini juga  telah diperluas kepada individu berkategori M40 iaitu mereka yang mempunyai  pendapatan kasar tahunan di bawah RM100,000.00. 

8. Program Jaringan Prihatin 

Program Jaringan Prihatin bertujuan agar lebih ramai rakyat Malaysia menerima akses  internet, merapatkan jurang digital dan menyokong agenda pendigitalan negara. Melalui  program Jaringan Prihatin yang dinyatakan dalam Belanjawan 2021, golongan yang layak  berhak menerima bantuan RM180 untuk pembelian telefon atau kredit telco. Baru-baru  ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan skim ini ditambahbaik  kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah. Subsidi ini  dapat meringankan beban rakyat Malaysia terutamanya keluarga dengan anak  bersekolah yang memerlukan peranti dan sambungan internet untuk sesi pengajaran dan  pembelajaran di rumah (PdPR). Anda boleh hubungi syarikat telco anda untuk maklumat  lanjut.

Permohonan Pembiayaan Peribadi Islamik Mungkin Dapat Membantu Selain senarai bantuan di atas, jika anda masih mengalami masalah kesempitan  kewangan dan tercari-cari penyelesaian, memohon pembiayaan peribadi Islamik  mungkin dapat membantu. 

Pembiayaan peribadi boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil utiliti, sewa rumah, pembiayaan sedia ada yang mempunyai kadar keuntungan yang tinggi, dan bil-bil lain  sementara anda menstabilkan kewangan anda. Jangan  risau, pembiayaan peribadi masih sesuai untuk dimohon ketika norma baharu. 

Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis dan Yayasan Ihsan  Rakyat merupakan antara pembiayaan peribadi yang boleh didapati di platfrom As-Sidq.  Jika anda memerlukan pembiayaan peribadi pada masa kini, untuk digunakan menjana  pendapatan sampingan ataupun mengukuhkan keadaan ekonomi anda, dua pilihan ini  mungkin antara yang terbaik untuk dimohon. 

As-Sidq bertanggungjawab untuk menghubungkan anda dengan produk-produk  kewangan yang patuh syariah, yang dikeluarkan oleh rakan niaga strategik yang  mengamalkan perbankan Islam. As-Sidq direka sebagai platform sepenuh digital, dengan  proses pemadanan dan permohonan yang mudah dan teratur. Ini memastikan proses  permohonan anda telus dan tidak rumit.

penafian-assidq.com

Cari Artikel

Kategori Artikel

Pasaran Kewangan Islamik

Celik Kewangan

https://www.youtube.com/watch?v=zzkrTOhg0iw

Halaman Lain

  • Halaman Utama
  • Padanan Pembiayaan
  • Padanan Kad Kredit

Artikel Terkini

  • CCRIS, CTOS dan Pembiayaan: Apa Anda Perlu Tahu
  • Adakah Memohon Pembiayaan Ketika Inflasi Menyebabkan Kerugian?
  • 8 Teknik Pengurusan Duit Gaji Untuk Menambah Baik Kewangan Anda

Kategori Artikel

Arkib

©2023 As-Sidq | Pusat Sumber | Design: Newspaperly WordPress Theme