Berdasarkan angka terkini daripada Jabatan Perangkaan (setakat bulan Julai 2021), sumbangan KDNK sektor perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) telah merosot lebih 7.0% tahun ke tahun kepada RM512.8 bilion tahun lalu berbanding RM553.5 bilion pada tahun 2019, menurut laporan Berita Harian.
Kerugian sejumlah RM40.7 bilion yang ditanggung sektor PMKS berikutan pelaksanaan Kawalan Pergerakan bagi memerangi isu Covid-19 merupakan kerugian terbesar yang pernah dialami sektor PMKS negara.
Selain penjaja kecil di mana perniagaan mereka kebanyakannya tertumpu kepada pembelian orang ramai secara fizikal, PMKS sektor bukan penting seperti pengusaha kedai sukan, spa dan kecergasan, urutan, gunting rambut, rawatan selepas bersalin, pengurusan acara dan katering adalah beberapa contoh PMKS yang paling terkesan.
Berdasarkan 1.15 juta PMKS yang berdaftar di seluruh negara pada masa ini, kerugian itu bermakna setiap syarikat PMKS menanggung penurunan purata pendapatan berjumlah RM35,000 pada tahun 2020.
Keadaan ini bakal memberi kesan kepada aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) PMKS dan nilai eksport, masing-masing kepada 50 dan 30% pada tahun 2030 di bawah Dasar Keusahawanan Nasional.
Peralihan kepada Fasa 2 PPN diharap memberi peluang PMKS untuk bangkit semula
Dengan peralihan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekarang ini, ia dijangka membuka peluang kepada PMKS untuk aktif semula serta membantu menurunkan kadar pengangguran.
Harian Metro melaporkan terdapat kira-kira 1.1 juta PMKS di seluruh negara, dengan majoritinya di Lembah Klang. Peralihan ini dianggap sebagai suntikan utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara untuk kembali mencapai unjuran KDNK oleh Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 3.0 hingga 4.0%.
Pembukaan banyak sektor selepas Fasa 2 PPN diharap membantu PMKS menjana ekonomi dan memastikan kadar pengangguran turun semula apabila ia sudah mencatatkan kadar tertinggi pada Jun lalu iaitu 4.8%.
Jika anda merupakan pemilik PMKS yang terjejas akibat pandemik Covid-19, terdapat pelbagai bantuan dan insentif kewangan yang diumum kerajaan melalui pakej rangsangan agar PMKS dapat kembali ‘bernafas’ akibat dihimpit pandemik, antaranya ialah:
1. Dana BNM untuk PKS: Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar
Turut dikenali sebagai TRRF, dana ini menyediakan bantuan dan sokongan pemulihan untuk PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas. Nilai pembiayaan ialah sehingga RM500,000 bagi setiap PKS dan sehingga RM75,000 ribu bagi setiap perusahaan mikro. Tempoh tamat permohonan ialah 31 Disember 2021.
Untuk maklumat lanjut, lihat di sini.
2. Tabung PKS BNM: Langkah Tambahan untuk Menyokong PKS
Tabung PKS BNM ini bertujuan agar PKS dapat meneruskan perniagaan dan mengekalkan pekerja mereka, serta menyokong pertumbuhan dalam keadaan ekonomi semasa. Terdapat lima kemudahan pembiayaan, iaitu:
Dana Tanpa Cagaran (SRF)
Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES)
Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)
Kemudahan Agromakan (AF)
Kemudahan Automasi dan Digital (ADF)
Anda boleh memohon mana-mana bantuan ini di IMSME secara dalam talian atau hubungi terus institusi kewangan yang terlibat, termasuk bank perdagangan, bank Islam, dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia BNM.
3. Geran Khas PRIHATIN GKP 4.0
GKP 4.0 adalah bayaran tambahan kepada PKS. Sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada PKS yang layak. Pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM500 pada bulan September 2021 dan RM500 seterusnya akan dibayar pada bulan November 2021. Pendaftaran dan permohonan GKP 4.0 ini telahpun dibuka pada 15 Julai 2021.
Anda boleh buat permohonan di gkp.hasil.gov.my.
4. PENJANA Teras 2: Melonjakkan Perniagaan
PENJANA atau Pelan Jana Semula Ekonomi Negara ialah pendekatan yang terangkum dan holistik ke arah pemulihan semula ekonomi Malaysia. Terdapat tiga teras yang difokuskan, dan salah satunya ialah Melonjakkan Perniagaan, di mana PKS boleh mendapatkan bantuan yang bersesuaian.
Antara inisiatif yang diperkenalkan di bawah teras Melonjakkan Perniagaan ialah:
- Dana Bantuan PKS
Tambahan dana RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro melalui BSN pada kadar faedah 2% tanpa cagaran Pembiayaan sehingga RM300 ribu kepada PKS dengan rekod perniagaan kurang 4 tahun di bawah CGC.
- Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro
PKS dan PKS mikro akan digalakkan beralih kepada digitalisasi perniagaan melalui program yang dibiayai bersama di antara kerajaan dan platform e-dagang. Platform e-dagang yang terlibat akan menyediakan kemudahan latihan, subsidi jualan dan khidmat sokongan jualan kepada yang layak.
- Geran Automasi SMART
PKS dan syarikat pertengahan dalam sektor perkhidmatan kini dapat memulai perjalanan penggunaan digital mereka dan meningkatkan kemampuan digital mereka untuk terus berusaha maju dalam norma baru ini.
Setiap permohonan yang berjaya akan menerima hingga 50% dari jumlah kos projek, tertakluk kepada had maksimum hingga RM200,000 atau mana-mana yang lebih rendah, melalui pemberian geran padanan ini.
- Pusat Sehenti MyAssist SME
MyAssist SME ialah sebuah platform sehenti yang menyediakan bimbingan perniagaan dalam talian untuk PKS akan diwujudkan untuk meningkatkan akses kepada SMEHub yang sedia ada.
- Pembiayaan Mudah Bumiputera
Memastikan kelangsungan usahawan Bumiputera melalui sokongan kewangan yang boleh didapatkan daripada PUNB dan MARA.
- Skim SME-Go
Menyediakan pembiayaan kepada kontraktor kecil bagi memulakan pelaksanaan projek-projek Kerajaan. Pembiayaan akan diberi oleh Bank SME menerusi MySMEBina untuk projek pembinaan atau infrastruktur atau/dan MySMEBekal untuk projek pembekalan atau penyelenggaraan.
- Kempen ‘Shop Malaysia Online’
Kempen ‘Shop Malaysia Online’ adalah untuk menggalakkan pembelian melalui platform e-dagang dengan menggunakan e-baucar yang turut dibiayai oleh Kerajaan dan platform e-dagang.
- Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA
Membiayai inisiatif transformasi oleh PKS dalam sektor pelancongan untuk memastikan kelangsungan dan daya saing dalam norma baharu.
- Geran Padanan Impak Sosial (SIM Grant)
Inisiatif Geran Padanan Impak Sosial yang bernilai RM10 juta ini merupakan inisiatif PENJANA yang diperkenalkan untuk menyokong perusahaan sosial dan inovasi sosial di Malaysia.
Setelah beberapa bulan lamanya, pemilik PMKS kini boleh menarik nafas lega kerana dibenarkan untuk menjalankan operasi perniagaan seperti biasa, walaupun dengan SOP yang ketat.
Tawaran pembiayaan kewangan patuh syariah yang dipadankan khusus mengikut kelayakan dan kriteria anda!
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon. PEMBIAYAAN PERIBADI-i KREDIT KOMUNITI JCL CREDIT LEASING i-Fund merupakan antara padanan pembiayaan Islamik yang telus yang boleh didapati di platform As-Sidq. Pembiayaan peribadi ini terbuka kepada semua termasuklah sektor awam, sektor awam dan juga mereka yang bekerja sendiri.
Anda mungkin tertanya-tanya, masih relevankah untuk memohon pembiayaan peribadi ketika norma baharu. Pembiayaan kewangan dengan kadar keuntungan (bersamaan dengan faedah dalam pinjamanan kewangan konvensional) yang rendah adalah lebih menguntungkan. Ia boleh membantu anda untuk tujuan perniagaan, pelaburan strategik, penambahan aset, perkahwinan, perubatan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, pembiaayan ini menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!