Tidak kira di mana jua anda berada, anda tidak boleh mengelak daripada membincangkan isu COVID-19 pada masa kini. Ia merupakan topik hangat yang sudah pasti terpahat dalam sejarah. Walaupun hanya bermula di wilayah Wuhan di China, ia sudah menular ke seluruh pelusuk dunia. Angka kematian akibat wabak ini semakin meningkat dan ini sudah pasti merupakan perkembangan yang membimbangkan.
Bagaimanapun, kerisauan masyarakat tidak terhenti setakat itu sahaja. Kebimbangan yang dicetuskan oleh pandemik ini melangkaui aspek kesihatan. Perintah berkurung dan kawalan pergerakan yang diumumkan oleh pelbagai negara telah menyebabkan kemerosotan ekonomi dan gaya hidup.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui organisasi buruhnya menjangkakan seramai 195 juta pekerja sepenuh masa bakal kehilangan sumber pendapatan pada suku kedua tahun ini akibat penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia. Industri yang paling teruk terjejas adalah perkhidmatan hotel dan makanan, pembuatan, dan runcit.
Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kesan. Bagaimanapun, pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi membantu rakyat yang terjejas sumber pendapatan sama ada secara langsung atau tidak akibat COVID-19.
Sekiranya anda hilang pendapatan akibat daripada COVID-19, berikut adalah bantuan yang boleh anda pohon:
1. Bantuan khas dari NADMA
Bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) adalah sebanyak RM100 sehari. Ia adalah khusus bagi pesakit yang dirawat di wad dan dikenakan perintah pengawasan serta pemerhatian bagi kontak Covid-19.
Syarat-syarat lain termasuklah:
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19.
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) berikutan Covid-19
Permohonan dan maklumat lanjut boleh di dapati di laman sesawang NADMA.
2. Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)
Program ini adalah hasil usaha Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Ia mula diperkenalkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.
ERP menyedia bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimun enam bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi kelayakan. Di antara syarat untuk menerima bantuan ini adalah:
- pekerja diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa 1 Mac 2020
- pekerja swasta yang mendaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
- terhad kepada pekerja bergaji RM4,000 ke bawah
Permohonan hendaklah dilakukan oleh majikan bagi pihak pekerja dan wang RM600 tersebut disalurkan terus kepada akaun pekerja. Permohonan boleh dilakukan di laman sesawang Perkeso.
3. i-Lestari
Bantuan ini membolehkan pencarum KWSP mengeluarkan wang maksimum sebanyak RM500 sebulan dari Akaun 2 mereka. Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021. Permohanan pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020 dan bayaran akan mula dibuat mulai Mei 2020.
Mereka yang layak membuat pengeluaran adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap. Bukan warganegara (Fasa 2) juga layak memohon.
- Berumur di bawah 55 tahun
- Mempunyai baki di dalam Akaun 2
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai i-Lestari, teruskan bacaan anda di artikel kami di sini.
4. Pulau Pinang: Bantuan untuk pemandu teksi, penarik beca, dan pemandu e-hailing
Akibat dari pergerakan yang terbatas dan penjarakan sosial, industri pengangkutan awam adalah antara yang terjejas teruk. Buat penduduk Pulau Pinang yang sumber pendapatannya berada di dalam industri ini, pihak Kerajaan Negeri ada menyediakan bantuan untuk anda.
Buat 2,248 pemandu teksi dan 318 penarik beca di negeri tersebut, wang insentif berbaki RM300 akan diawalkan ke bulan April 2020 dan ditambah dengan bantuan ‘one-off’ sebanyak RM200. Buat kira-kira 10,000 pemandu e-hailing pula, bantuan tunai sebanyai RM300 akan diberikan.
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
Tidak semua hutang adalah buruk. Malahan, adakalanya ia boleh menguntungkan kita. Selain merupakan kaedah untuk melangsaikan hutang, pembiayaan kewangan boleh digunakan untuk membuat pelaburan strategik dan penambahan aset.
Adakalannya juga kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!
1 thought on “Hilang Pendapatan Akibat COVID-19? 4 Bantuan yang Boleh Anda Pohon”
Comments are closed.