Semua orang mempunyai keperluan yang berbeza, jadi tidak semua pinjaman peribadi dapat memberikan manfaat yang terbaik untuk anda.
Walaupun masyarakat sudah dapat mengadaptasi kehidupan norma baharu disebabkan wabak pandemik Covid-19, masih ramai yang terjejas dari sudut kewangan. Oleh itu, pinjaman atau pembiayaan peribadi merupakan salah satu langkah yang diambil bagi membantu diri keluar dari kemelut kewangan tersebut.
Ada yang menggunakan pembiayaan peribadi bagi tujuan memulakan perniagaan, pelaburan, modal perkahwinan, baik pulih rumah, pelancongan, dan lain-lain lagi. Tetapi, pembiayaan peribadi ini juga boleh digunakan untuk menyatukan hutang yang sedia ada pada kadar faedah yang lebih rendah ataupun bagi tujuan mengukukuhkan situasi ekonomi seseorang.
Seperti mana tujuan dan keperluan memohon pinjaman peribadi adalah berbeza mengikut individu, manfaat yang diperolehi juga adalah berbeza. Sekiranya anda ingin memohon pembiayaan peribadi, anda perlu memastikan ciri-ciri yang ditawarkan sesuai bagi keperluan anda!
Sekiranya anda sudah di ‘blacklist’
Keadaan ‘blacklist’ biasanya berlaku apabila seseorang gagal membayar pinjaman yang lain. Oleh sebab itu, agak sukar bagi individu tersebut untuk mendapat kelulusan pinjaman peribadi.
Keadaan tersebut juga berlaku terhadap mereka yang mempunyai skor kredit yang buruk. Skor kredit adalah satu sistem pemarkahan yang menentukan kesihatan kredit (kewangan) anda. Ia menilai sejarah kewangan anda dan memaklumkan kepada institusi kewangan kemampuan anda untuk membayar balik pembiayaan anda. Skor kredit yang buruk menyukarkan pemohon untuk mendapat kelulusan pinjaman. Namun, terdapat beberapa cara untuk memulihkannya (baca di sini).
Namun, sekiranya anda termasuk di dalam salah satu daripada kategori di atas, anda masih boleh mendapatkan pembiayaan peribadi jenis berikut:
- Pinjaman peribadi bercagar (secured personal loan) — jenis pinjaman yang memerlukan penjamin atau cagaran sebagai syarat permohonan. Cagaran yang diperlukan di sini kebiasaannya adalah hartanah.
- Pinjaman peribadi segera (fast/instant approval loan) — jenis pinjaman peribadi yang mempunyai kelulusan permohonan yang cepat. Tidak banyak dokumen yang diperlukan dan pemohon boleh mendapat wang dalam tempoh 24 jam sahaja.
Sekiranya anda mahu bayaran yang sama setiap bulan
Antara pekara utama yang perlu diberi perhatian semasa memohon pinjaman peribadi adalah kadar faedah (atau kadar keuntungan bagi pembiayaan patuh syariah). Secara amnya, faedah adalah yuran yang perlu dibayar selain daripada amaun yang dipinjam.
Kadar faedah tetap tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. Ia menyingkirkan ketidakpastian atau kejutan kerana peminjam tahu dengan tepat berapa jumlah perlu dibayar secara ansuran setiap bulan.
Kadar faedah terapung adalah berdasarkan Kadar Rujukan (contohnya BLR, BFR, OPR, KLIBOR) yang boleh berubah sepanjang tempoh pinjaman. Kadar Rujukan ini dikawal oleh bank (contohnya BLR) atau ditentukan pasaran (contohnya OPR) dan boleh berubah pada masa itu juga. Pengiraan faedah pinjaman terlibat dalam proses ini.
Anda boleh mendapat keuntungan jika kadar faedah menurun, tetapi pada masa yang sama akan berada dalam situasi yang susah jika kadar faedah naik.
Sekiranya anda mahu pembiayaan peribadi yang lebih adil dan patuh Syariah
Malaysia merupakan di antara negara peneraju perbankan dan kewangan Islam. Industri ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, baik golongan Muslim dan bukan Islam. Ini kerana pembiayaan Islam adalah lebih adil berbanding pinjaman konvensional. Ia bebas dari sebarang bentuk riba ataupun penindasan kepada peminjam.
Mengikut pinjaman kewangan konvensional, pemberi pinjaman (pihak bank atau institusi kewangan) akan memberi pinjaman kepada peminjam dan memperoleh keuntungan daripada caj faedah yang dikenakan ke atas jumlah prinsipal.
Pembayaran secara ansuran dibuat melalui tempoh yang ditetapkan. Setiap bayaran ansuran yang dibuat peminjam akan diambil sebahagiannya untuk membayar servis faedah. Selebihnya akan digunakan untuk membayar prinsipal.
Mengikut pembiayaan kewangan Islam pula, pihak pembiaya (bank atau institusi kewangan) akan ‘membeli’ sesuatu untuk pelanggan dan kemudian ‘menjual’ kepada pelanggan tersebut dengan kadar keuntungan yang telah dipersetujui. Sebagai ganti kepada faedah, kadar keuntungan ditakrifkan di dalam kontrak.
Oleh demikian, istilah ‘pinjaman’ adalah tidak tepat kerana tidak ada wang yang sebenarnya dipinjamkan kepada pelanggan. Sebaliknya, pihak bank (atau institusi kewangan yang lain) akan ‘membiayai’ barangan bagi pihak pelanggan.
Selain itu, kelebihan lain pembiayaan patuh syariah termasuklah:
● Bebas dari unsur riba
● Caj bayaran lewat yang lebih rendah
● Amaun bayaran yang jelas dan tetap
● Rebat untuk penyelesaian awal
● Perlindungan insurans Takaful
Biar kami padankan anda dengan yang sesuai dengan anda!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama. Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan kadar tetap yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon pembiayaan peribadi ini.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu mengisi borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadankan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak untuk memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!