Sejajar dengan aspirasi Malaysia yang mahu menjadi masyarakat tanpa tunai menjelang tahun 2020, kerajaan sedang melipat gandakan usaha untuk mengurangkan penggunaan wang fizikal. Sebaliknya, transaksi jual beli melibatkan kad kredit atau debit dan juga kaedah digital seperti e-dompet dan perbankan internet akan diperbanyakkan.
Secara amnya, kad kredit mempunyai reputasi yang buruk dalam kalangan masyarakat. Ini adalah pandangan yang salah! Malahan, penggunaanya dalam pembelian harian mampu menjana banyak keuntungan buat pemiliknya. Tidak percaya? Lihat penerangan kami yang seterusnya.
Kad kredit menguntungkan pengguna?
Ya, penggunaan kad kredit mampu menguntungkan anda! Di antara kelebihannya termasuklah:
- Anda mendapat pelbagai diskaun, ganjaran, dan cashback
- Kemudahan tanpa tunai
- Perlindungan dari fraud
- Boleh digunakan dalam sebarang matawang
- Wang kecemasan
- Kemudahan ansuran
- Insuran percuma
- Pengurusan rekod kewangan yang lebih baik
Sekiranya anda ingin membaca lebih lanjut mengenai 8 kelebihan tersebut, anda boleh melayari artikel kami di sini.
Apakah kos sebenar penggunaan kad kredit? Benarkah ia sekadar menambahkan hutang?
Di antara mitos terbesar mengenai kad kredit ialah penggunaannya sekadar menambahkan hutang anda. Ini tidak benar! Sebaliknya, pembelian yang tidak terkawal dan cara anda membayar baki kad kredit yang tidak betul adalah punca bertambahnya hutang.
Sebenarnya, masih ramai tidak memahami bagaimana transaksi kad kredit berlaku. Kos sebenar penggunaan kad kredit tertakluk kepada caj dan yuran:
1) Faedah/Caj Keuntungan
Bagi kad kredit konvensional, faedah hanya dikenakan sekiranya ada jumlah tertunggak yang tidak dibayar dalam tempoh yang dikenakan. Bagi kad kredit Islam, ia menggunakan caj keuntungan sebagai ganti kepada faedah. Sekiranya anda membayar keseluruhan baki kad anda sebelum tempoh yang ditetapkan, anda mungkin tidak perlu membayar sebarang caj tambahan.
Kebiasaannya, bank tempatan akan mengenakan kadar 15% setahun (1.25% sebulan) sekiranya anda hanya menyelesaikan kadar minimum baki anda selama 12 bulan berturut-turut. Sekiranya anda hanya berjaya menyelesaikan kadar minimum pada 10 bulan dalam tempoh setahun, kadar yang dikenakan adalah 17% setahun (1.42% sebulan). Sekiranya anda membayar kadar minimum kurang dari 10 bulan, kadar yang dikenakan adalah 18% setahun (1.5% sebulan).
Secara rumusannya, semakin sedikit anda membayar baki kad kredit anda, semakin tinggi faedah yang dikenakan. Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda boleh mengelak untuk membayar sebarang faedah atau caj keuntungan sekiranya anda membayar keseluruhan baki kad anda sebelum tempoh yang ditetapkan.
- Yuran Tahunan
Terdapat sebahagian kad kredit yang mengenakan caj tahunan. Anda perlu membayar yuran ini setiap tahun. Terdapat bank yang mengetepikan yuran ini sekiranya anda menggunakan kad kredit untuk jumlah pembelian tertentu dalam setahun.
Tetapi, terdapat juga banyak kad kredit yang tidak mengenakan sebarang yuran tahunan. Sekiranya anda mahukan kad kredit seperti ini, anda boleh gunakan perkhidmatan padanan kad kredit Assidq!
- Caj Lewat bayar
Caj ini dikenakan sebagai denda sekiranya anda gagal membayar kadar minimum baki kad kredit anda. Caj yang dikenakan adalah berbeza mengikut bank tetapi lazimnya adalah 1% dari baki yang tertunggak.
- Caj Lebih Had
Caj ini akan dikenakan apabila pengguna menggunakan kad kredit mereka lebih daripada had maksimum kredit (credit limit) yang telah ditetapkan. Caj ini akan dikenakan sehingga baki kad kredit anda lebih rendah dari had maksimum kredit anda.
- Caj Penukaran Mata Wang
Ini adalah caj yang akan dikenakan kepada kad anda sekiranya anda membeli-belah di dalam matawang asing. Caj ini boleh dielakkan sekiranya anda buat pembayaran di dalam mata wang tersebut, bukan nilai setelah berlaku tukaran.
- Caj Pendahuluan Wang Tunai
Pendahuluan wang tunai kad kredit atau cash advance adalah apabila anda mengeluarkan wang tunai daripada mesin Auto Teller Machine (ATM) menggunakan kad kredit anda.
Anda tidak digalakkan menggunakan ciri ini kerana kebiasaannya dikenakan caj yang tinggi, termasuklah:
- Caj pengeluaran tunai (Cash withdrawal fee) – 5% daripada jumlah pengeluaran atau RM15-RM25 bagi pengeluaran di bawah RM200.
- Caj faedah ke atas pengeluaran tunai (Interest rate on cash withdrawal) – 15% hingga 18%.
Konsep Tawarruq dalam kad kredit Islam
Konsep ini merujuk kepada transaksi pembelian barangan (komoditi) secara pembayaran tangguh. Pembelian ini boleh dilakukan sama ada secara Murabahah (harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan) ataupun Musawamah (jual beli yang tidak mendedahkan harga kos aset dan margin keuntungan). Barangan tersebut kemudiannya akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.
Secara mudahnya, konsep Tawarruq adalah pemindahan pemilikan sesuatu aset dari penjual kepada pembeli. Ia berlaku apabila pembeli meminjam wang tunai yang diperlukan daripada bank untuk membuat pembelian awal.
Dapatkan kad kredit Islam yang sesuai dengan keperluan anda
Terdapat beberapa jenis kad kredit yang menawarkan pelbagai ciri dan kesesuaiannya bergantung kepada kaedah penggunaan dan gaya hidup peribadi anda. Sekiranya anda suka membeli-belah, anda mungkin ingin mempertimbangkan kad kredit yang menyediakan cashback atau ganjaran. Jika anda suka melancong, kad kredit yang menawarkan mata ganjaran penerbangan untuk penebusan tiket penerbangan adalah yang terbaik. Jika anda seorang pemandu Grab atau kerap memandu, kad kredit petrol adalah sesuai untuk anda.
Di samping itu, apabila mencari kad kredit yang ideal, pertimbangkan beberapa perkara penting seperti yuran tahunan, yuran pendahuluan tunai, yuran transaksi luar negara dan yuran pembayaran lewat yang ditawarkan.
Jika anda mencari kad kredit yang dikeluarkan berdasarkan prinsip syariah, maka AsSidq.com boleh memadankan anda dengan tawaran kad kredit Islam terbaik.
Semua kad kredit yang dipadankan bebas daripada amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam, seperti faedah (riba) dan caj berlebihan (gharar), adalah dilarang. Ia juga tidak mempunyai faktor pengkompaunan terhadap caj dikenakan. Ini bermakna anda akan mengetahui jumlah liabiliti anda terlebih dahulu.
Sebahagian daripada kad kredit ini juga menawarkan perlindungan takaful untuk melindungi pemegang kad sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal menyeluruh. Ia juga menyediakan cara mudah untuk membuat pembayaran zakat.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!