“Kita tidak diajar untuk menjadi celik kewangan di sekolah. (Akibatnya) Ia memerlukan banyak kerja dan masa untuk mengubah pemikiran anda dan seterusnya menjadi celik kewangan” – Robert Kiyosaki.
Bagi yang tidak mengenali siapa Robert Kiyosaki di atas, beliau adalah pakar pelaburan yang terkenal dengan penulisan buku “Rich Dad Poor Dad”. Hakikatnya, kenyataan beliau di atas adalah juga relevan kepada kita sebagai rakyat Malaysia.
Menurut kajian dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan pengetahuan kewangan mereka. Lebih membimbangkan, 52% daripada mereka tidak mampu menyediakan walaupun RM1,000 bagi tujuan kecemasan.
Lantaran itu, adalah penting bagi anda untuk mempelajari kaedah pelaburan dan pengurusan kewangan. Salah satu pilhan yang boleh dibuat adalah dengan membuka akaun simpanan tetap (fixed deposit).
Apa itu simpanan tetap?
Simpanan tetap ialah sejenis akaun pelaburan atau simpanan di bank yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dananya dalam jangka masa yang ditetapkan. Tempoh bagi sesebuah simpanan tetap adalah fleksibel kerana anda boleh memilih tempoh dari satu bulan sehingga lima tahun. Setiap tempoh atau jangka masa memberi kadar faedah yang berbeza.
Berbanding dengan akaun simpanan biasa, kadar faedah bagi simpanan tetap adalah jauh lebih tinggi. Ini kerana kadar faedah simpanan tetap dikira mengikut tahun manakala kadar faedah akaun simpanan tetap pulak dikira mengikut hari. Selain itu, tempoh pelaburan simpanan tetap jugak mempengaruhi kadar faedah. Lebih lama tempoh pelaburan maka lebih tinggi kadar faedah yang pelabur dapat.
Kelebihan lain yang terdapat pada simpanan tetap adalah risiko yang rendah, jaminan pulangan pelaburan, dan dilindungi dari kerugian inflasi.
Bagaimana pula simpanan tetap yang ditawarkan perbankan Islam?
Perbankan Islam tidak mengamalkan konsep faedah (riba) kerana ianya bertentangan dengan hukum syariah. Sebagai ganti, simpanan tetap yang ditawarkan perbankan Islam menggunakan konsep murabahah. Konsep ini merujuk kepada kadar keuntungan yang telah ditetapkan. Bagi memastikan pelaburan ini mematuhi syariah, kedua-dua pihak (bank dan pelabur) perlu mengetahui dari awal mengenai kos dan kadar keuntungan.
Sebagai contoh, pelanggan memasukan RM10,000 ke dalam akaun simpanan tetap dengan tempoh satu tahun. Pihak bank boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli apa-apa komoditi bagi pihak pelanggan. Sekiranya pihak bank membeli minyak sawit bernilai RM10,000, minyak sawit itu menjadi milik penuh pelanggan. Bank kemudiannya membeli balik minyak sawit tersebut daripada pelanggan dengan harga RM10000 + keuntungan 5% (kontrak ini namanya murabahah) dibayar balik dalam masa setahun. Jika pelanggan keluarkan wang dalam masa setahun, maka pelanggan layak mendapat keuntungan 5%. Bayaran keuntungan ini adalah hasil jualan kelapa sawit pelabur kepada bank. Pihak bank kemudiannya menjual minyak sawit tersebut kepada broker di pasaran dengan harga RM10000. Wang ini bank boleh gunakan untuk buat pembiayaan yang lain.
Dengan kaedah ini, pihak pelabur mampu menjana keuntungan tanpa terlibat dengan aktiviti riba.
Pembiayaan kewangan Islam adalah yang terbaik
Adakalannya, kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, pelaburan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaina rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
Assidq.com adalah platfrom permohonan 100% HALAL yang memproses permohonan anda sebelum memberi informasi tersebut kepada institusi kewangan terlebih dahulu. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan yang mematuhi syariah berdasarkan anda.
Proses permohonan lebih cepat dan pengeluaran pembiayaan kewangan anda lebih singkat dengan Assidq.com! Perkhidmatan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan dengan serta-merta!!