Sebagai rakyat Malaysia, ramai pasti berbangga apabila negara kita diiktiraf masyarakat antarabangsa sebagai sebuah syurga makanan. Bagaimanapun, hakikat ini juga bertindak seperti parang mata dua.
Mungkin akibat daripada budaya yang meraikan makanan disamping kepelbagaian pilihan, rakyat Malaysia menduduki carta teratas obesiti dalam kalangan negara Asia. Selain itu, kita juga mempunyai kadar obesiti dalam kanak-kanak yang kedua tertinggi di ASEAN.
Masalah penduduk negara ini tidak terhenti setakat kesihatan fizikal sahaja. Kajian terbaru melaporkan bilangan rakyat Malaysia yang terkesan dari sudut mental juga semakin meningkat. Laporan itu menyatakan 29% penduduk mengalami masalah mental akibat tekanan berkaitan kerja dan keluarga.
Terdapat beberapa kaedah yang mampu membantu menyelesaikan kemelut ini. Yoga, misalnya, boleh memberikan kesan yang positif; baik dari sudut fizikal mahupun sudut mental kepada para pengamalnya.
Yoga dari perspektif Islam
Pada tahun 2008, ramai telah dikejutkan oleh pengumuman fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka telah mengharamkan umat Islam daripada mengamalkan yoga secara sistematik, sekiranya ia melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual. Mereka mengatakan amalan yoga adalah bertentangan dengan syariat Islam. Menurut mereka, amalan yoga adalah berasal dari kepercayaan Hindu dan mempunyai tiga peringkat.
Peringkat uang pertama adalah fizikal iaitu senaman. Peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan. Peringkat ketiga pula adalah penyatuan diri dengan tuhan.
Bagaimanapun, mereka juga memutuskan bahawa amalan fizikal iaitu dalam yoga iaitu senaman, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan, pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Oleh sebab itu, marilah kita fokuskan kepada kelebihan yang terdapat pada peringkat pertama amalan yoga iaitu senaman fizikal.
Selain itu, Hari Yoga Sedunia bakal berlaku pada tarikh 22 Februari ini.
Manfaat yang diperolehi daripada senaman yoga
Bersesuaian dengan peredaran zaman, senaman yoga juga telah mengalami evolusi. Kini telah wujud banyak cabang-cabang senaman yoga yang baru, lengkap dengan gimik mereka yang tersendiri. Anda boleh mencari kelas senaman yoga yang bersesuaian dengan minat anda seperti yoga udara (aerial yoga), yoga panas (hot yoga), yoga hip hop (hip hop yoga), dan bermacam-macam lagi.
Bagaimanapun, kesemua cabang senaman yoga ini berkongsi banyak manfaat kesihatan yang sama. Ini termasuklah:
- Mengurangkan tekanan – pelbagai kajian saintifik telah menunjukkan bahawa yoga mampu memberikan ketenangan. Selain itu, ia dapat mengurangkan kadar hormon kortisol (yang bertanggungjawab menaikan tekanan) dalam badan.
- Mengurangkan kecelaruan dan keresahan (anxiety) – satu lagi kesan yoga terhadap mental pengamalnya.
- Mengurangkan keradangan (inflammation) dalam badan – keradangan dalam badan adalah permulaan kepada pelbagai jenis penyakit.
- Bagus untuk kesihatan jantung – penyakit-penyakit yang berkait dengan jantung seperti tekanan darah tinggi mampu dikurangkan dengan pengamalan senaman yoga.
- Meningkatkan kualiti tidur – siapa yang tidak mahu tidur nyenak? Malahan, semakin banyak kajian menunjukkan kepentingan tidur yang berkualiti ke atas kesihatan.
- Tubuh yang lebih fleksibel – kajian menunjukkan yoga lebih berkesan dalam meningkatkan kadar fleksibel tubuh berbanding dengan banyak senaman lain seperti mengangkat berat.
- Membantu pernafasan – terdapat banyak kelebihan dari sudut kesihatan apabila seseorang individu mampu bernafas dengan lebih efektif.
Sebenarnya, terlalu banyak kelebihan lain yang boleh didapati daripada senaman yoga. Cukuplah kita tahu bahawa ia menawarkan pulangan yang lumayan terhadap kesihatan.,
Ayuh, apa kata kita lakukan terbaik untuk diri kita dengan menjadi lebih sihat – baik dari sudut fizikal mahupun mental!
Dapatkan kad kredit Islam yang sesuai dengan keperluan anda
Terdapat beberapa jenis kad kredit yang menawarkan pelbagai ciri dan kesesuaiannya bergantung kepada kaedah penggunaan dan gaya hidup peribadi anda. Sekiranya anda suka membeli-belah, anda mungkin ingin mempertimbangkan kad kredit yang menyediakan cashback atau ganjaran. Jika anda suka melancong, kad kredit yang menawarkan mata ganjaran penerbangan untuk penebusan tiket penerbangan adalah yang terbaik. Jika anda seorang pemandu Grab atau kerap memandu, kad kredit petrol adalah sesuai untuk anda.
Di samping itu, apabila mencari kad kredit yang ideal, pertimbangkan beberapa perkara penting seperti yuran tahunan, yuran pendahuluan tunai, yuran transaksi luar negara dan yuran pembayaran lewat yang ditawarkan.
Jika anda mencari kad kredit yang dikeluarkan berdasarkan prinsip syariah, maka AsSidq.com boleh memadankan anda dengan tawaran kad kredit Islam terbaik.
Semua kad kredit yang dipadankan bebas daripada amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam, seperti faedah (riba) dan caj berlebihan (gharar), adalah dilarang. Ia juga tidak mempunyai faktor pengkompaunan terhadap caj dikenakan. Ini bermakna anda akan mengetahui jumlah liabiliti anda terlebih dahulu.
Sebahagian daripada kad kredit ini juga menawarkan perlindungan takaful untuk melindungi pemegang kad sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal menyeluruh. Ia juga menyediakan cara mudah untuk membuat pembayaran zakat.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!