Secara umumnya, kad kredit mempunyai reputasi yang agak buruk. Masih ramai yang menganggap penggunaanya membawa kesan buruk. Ia dikatakan hanya akan menambah beban hutang pemiliknya. Lantaran itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengelak dari menggunakannya.
Bagaimanapun, ini tidak benar! Kad Kredit TIDAK menambahkan beban hutang pemiliknya. Sebaliknya, penggunaan tidak terkawal dan pengurusan kewangan yang tidak bagus lah yang sebenarnya menambahkan beban hutang. Sekiranya anda mempunyai gaji yang tinggi tetapi berbelanja tanpa kawal, anda juga akan dibebani hutang. Ia tidak bermakna gaji yang tinggi adalah tidak bagus untuk diri anda.
Selain itu, masih ramai tidak memahami bagaimana transaksi kad kredit berlaku. Bagi kad kredit konvensional, faedah hanya dikenakan sekiranya ada jumlah tertunggak yang tidak dibayar dalam tempoh yang dikenakan. Bagi kad kredit Islam, ia menggunakan caj keuntungan sebagai ganti kepada faedah. Sekiranya anda membayar keseluruhan baki kad anda sebelum tempoh yang ditetapkan, anda tidak perlu membayar sebarang caj tambahan.
Kad Kredit juga sebenarnya boleh menguntungkan diri anda, seperti dalam situasi berikut:
1. Diskaun, ganjaran, dan cashback
Hampir semua kad kredit mempunyai program ganjaran mereka yang tersendiri. Sekiranya anda suka membeli-belah, anda mungkin ingin mempertimbangkan kad kredit yang menyediakan cashback (pulangan tunai) atau ganjaran.
Jika anda suka melancong, kad kredit yang menawarkan mata ganjaran penerbangan untuk penebusan tiket penerbangan adalah yang terbaik. Seandainya anda seorang pemandu Grab atau kerap memandu, kad kredit petrol adalah sesuai untuk anda.
Tidak pasti kad kredit manakah yang paling sesuai dengan keperluan anda? Pastikan anda membaca artikel ini sampai habis!
2. Kemudahan tanpa tunai
Bank Negara Malaysia meletakkan sasaran untuk menjadi Malaysia sebagai masyarat tanpa tunai secara menyeluruh menjelang tahun 2050. Maksud di sini adalah kurangnya penggunaan dan kebergantungan terhadap wang fizikal. Sebaliknya, kebanyakan transaksi jual beli melibatkan kad kredit atau debit dan juga kaedah digital seperti e-dompet dan perbankan internet.
Di antara kelebihan masyarakat tanpa tunai ialah pengurangan kadar jenayah, kos pengurusan yang rendah dan efisyen, dan kemudahan jual beli. Ini akan mengikut jejak negara lain yang sudah ke hadapan dalam mewujudkan masyarakat tanpa tunai seperti Canada, Sweden, Perancis, Jerman, dan lain-lain lagi.
3. Perlindungan dari fraud
Kegiatan membeli belah di internet atau dalam talian sememangnya dibina untuk kemudahan tanpa tunai seperti kad kredit. Malahan, berbanding pembelian yang melibatkan pemindah wang ke dalam akaun atau kad debit, transaksi kad kredit boleh dibatalkan sekiranya berlaku fraud (penipuan).
4. Boleh digunakan dalam sebarang matawang
Kad kredit adalah salah satu contoh terbaik dunia tanpa sempadan. Ia boleh digunakan dalam sebarang nilai matawang antarabangsa. Ini memudahkan pembelian dalam talian dan juga ketika anda pergi melancong.
Penggunaan kad kredit di luar negara menawarkan kadar penukaran nilai wang yang terbaik. Selain itu, anda tidak perlu mengunjungi pengurup wang dengan kerap. Anda juga tidak perlu membawa wang tunai dengan banyak dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kehilangan atau kecurian wang.
5. Wang kecemasan
Pada waktu-waktu kecemasan, anda mungkin memerlukan wang dengan segera. Sebaik-baiknya wang ini boleh diambil dari dana simpanan. Bagaimanapun, kad kredit menawarkan alternatif penyelesaian yang mudah dan pantas.
6. Kemudahan ansuran
Sebahagian kad kredit menawarkan kemudahan pembelian secara ansuran dengan kadar faedah 0%. Dengan cara tersebut, anda tidak perlu membayar harga yang besar secara sekaligus.
7. Insuran percuma
Terdapat juga kad kredit yang menawarkan insurans secara percuma. Ini termasuklah insurans penyewaan kereta, perlindungan pembelian, pelancongan, dan lain-lain lagi.
Konsep Tawarruq dalam kad kredit Islam
Konsep ini merujuk kepada transaksi pembelian barangan (komoditi) secara pembayaran tangguh. Pembelian ini boleh dilakukan sama ada secara Murabahah (harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan) ataupun Musawamah (jual beli yang tidak mendedahkan harga kos aset dan margin keuntungan). Barangan tersebut kemudiannya akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.
Secara mudahnya, konsep Tawarruq adalah pemindahan pemilikan sesuatu aset dari penjual kepada pembeli. Ia berlaku apabila pembeli meminjam wang tunai yang diperlukan daripada bank untuk membuat pembelian awal.
Dapatkan kad kredit Islam yang sesuai dengan keperluan anda
Terdapat beberapa jenis kad kredit yang menawarkan pelbagai ciri dan kesesuaiannya bergantung kepada kaedah penggunaan dan gaya hidup peribadi anda. Sekiranya anda suka membeli-belah, anda mungkin ingin mempertimbangkan kad kredit yang menyediakan cashback atau ganjaran. Jika anda suka melancong, kad kredit yang menawarkan mata ganjaran penerbangan untuk penebusan tiket penerbangan adalah yang terbaik. Jika anda seorang pemandu Grab atau kerap memandu, kad kredit petrol adalah sesuai untuk anda.
Di samping itu, apabila mencari kad kredit yang ideal, pertimbangkan beberapa perkara penting seperti yuran tahunan, yuran pendahuluan tunai, yuran transaksi luar negara dan yuran pembayaran lewat yang ditawarkan.
Jika anda mencari kad kredit yang dikeluarkan berdasarkan prinsip syariah, maka AsSidq.com boleh memadankan anda dengan tawaran kad kredit Islam terbaik.
Semua kad kredit yang dipadankan bebas daripada amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam, seperti faedah (riba) dan caj berlebihan (gharar), adalah dilarang. Ia juga tidak mempunyai faktor pengkompaunan terhadap caj dikenakan. Ini bermakna anda akan mengetahui jumlah liabiliti anda terlebih dahulu.
Sebahagian daripada kad kredit ini juga menawarkan perlindungan takaful untuk melindungi pemegang kad sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal menyeluruh. Ia juga menyediakan cara mudah untuk membuat pembayaran zakat.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat! Telus, Lancar dan Selamat!