Masih ramai dalam kalangan masyarakat yang mempunyai pandangan negatif terhadap kad kredit. Di antara yang paling utama adalah penggunaan kredit hanya menambahkan hutang.
Ini tidak benar! Pembelian yang tidak terkawal sebenarnya adalah punca bertambahnya hutang. Sekiranya anda mampu menguruskan perbelanjaan dengan baik, anda tidak akan dibebani masalah kewangan atau hutang yang tinggi.
Malahan, pengunaan kad kredit sebenarnya mampu menjana banyak faedah untuk anda. Di antaranya:
- Membolehkan transaksi tanpa tunai
- Membolehkan pembelian dalam talian
- Tidak perlu membawa wang fizikal yang banyak dan baki yang tepat. Seterusnya mengelakkan terdedah kepada kehilangan atau kecurian
- Pengurusan rekod kewangan menjadi lebih mudah
- Banyak ganjaran seperti diskaun, promosi, pemulangan tunai (cashback)
- Kemudahan pembelian ansuran tanpa faedah
Perkara lain yang boleh di dengari adalah penggunaannya adalah haram dari sudut hukum Islam. Sekiranya kad kredit tersebut adalah jenis konvensional, ada juga kebenarannya. Tetapi hal ini tidak sama dengan kad kredit Islam.
Adakah kad kredit Islam patuh syariah?
Perkhidmatan yang juga dikenali di Malaysia sebagai Kad Kredit-I ini mempunyai fungsi asas yang sama dengan kad kredit konvensional.
Bagaimanapun, terdapat beberapa elemen penting yang perlu dipatuhi oleh Kad Kredit-i. Konsep inilah yang menjadi perbezaan utama di antara Kad Kredit-I dan kad kredit konvensional. Ciri-ciri patuh syariah yang perlu dipenuhi oleh sesuatu produk Islam adalah ia mesti bebas dari sebarang unsur riba, gharar, maysir, dan zulm.
Riba biasanya diterjemahkan sebagai “faedah” iaitu amaun lebihan yang dicajkan ke atas sebarang transaksi urusniaga. Sebaliknya, Kad Kredit-I mengenakan “caj keuntungan”, iaitu bayaran untuk perkhidmatan mereka. Caj ini hanya dikenakan sekiranya ada jumlah tertunggak yang tidak dibayar dalam tempoh yang ditentukan.
Gharar bermaksud sebarang unsur syak, keraguan, ketidaktentuaan, atau ketidak jelasan. Maysir bermaksud perjudian manakala zulm pula adalah sebarang bentuk penindasan atau kegiatan yang tidak beretika.
Di sinilah sistem penapisan transaksi yang ada khusus pada Kad Kredit-I memainkan peranannya. Ia akan memastikan bahawa kad kredit tersebut tidak boleh digunakan untuk sebarang jenis transaksi yang tidak dibenarkan Islam seperti pembelian alkohol, perjudian, atau sebarang aktiviti yang menepati hukum syariah. Dengan ini, unsur-unsur gharar, maysir, dan zulm dapat dielakkan.
Konsep Tawarruq dalam Kad Kredit Islam
Konsep ini merujuk kepada transaksi pembelian barangan (komoditi) secara pembayaran tangguh. Pembelian ini boleh dilakukan sama ada secara Murabahah (harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan) ataupun Musawamah (jual beli yang tidak mendedahkan harga kos aset dan margin keuntungan). Barangan tersebut kemudiannya akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.
Secara mudahnya, konsep Tawarruq adalah pemindahan pemilikan sesuatu aset dari penjual kepada pembeli. Ia berlaku apabila pembeli meminjam wang tunai yang diperlukan daripada bank untuk membuat pembelian awal.
Apabila bank memberikan bantuan kepada pelanggan untuk membuat pembelian melalui kemudahan Kad Kredit-I, ia menggunakan konsep Tawarruq untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Seterusnya, bagi melengkapkan transaksi, pelanggan perlu membayar caj keuntungan bagi bantuan yang telah disediakan oleh bank tersebut.
Kelebihan yang terdapat pada kad kredit Islam
Berbanding kad kredit konvensional, kad kredit Islam mempunyai ciri-ciri berikut:
- TIADA RIBA (FAEDAH) – Tiada sebarang unsur riba. Sebaliknya, caj keuntungan akan dikenakan. Ini akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah.
- TIADA FAEDAH KOMPAUN – Caj bayaran lewat yang dikenakan hanyalah kepada baki amaun pembiayaan. Kad kredit konvensional pula mengamalkan konsep faedah kompaun, iaitu faedah ke atas faedah.
- REBAT PEMBAYARAN AWAL – Kebiasaannya, kad kredit konvensional tiada fungsi ini.
- PENAPISAN TRANSAKSI – Fungsi istimewa yang ditawarkan oleh Kad Kredit-i. Ini akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah.
- PERLINDUNGAN TAKAFUL – Fungsi istimewa yang ditawarkan oleh Kad Kredit-i
- BAYARAN ZAKAT – Fungsi istimewa yang ditawarkan oleh Kad Kredit-i
Dapatkan kad kredit Islam yang sesuai dengan keperluan anda
Terdapat beberapa jenis kad kredit yang menawarkan pelbagai ciri dan kesesuaiannya bergantung kepada kaedah penggunaan dan gaya hidup peribadi anda. Sekiranya anda suka membeli-belah, anda mungkin ingin mempertimbangkan kad kredit yang menyediakan cashback atau ganjaran. Jika anda suka melancong, kad kredit yang menawarkan mata ganjaran penerbangan untuk penebusan tiket penerbangan adalah yang terbaik. Jika anda seorang pemandu Grab atau kerap memandu, kad kredit petrol adalah sesuai untuk anda.
Di samping itu, apabila mencari kad kredit yang ideal, pertimbangkan beberapa perkara penting seperti yuran tahunan, yuran pendahuluan tunai, yuran transaksi luar negara dan yuran pembayaran lewat yang ditawarkan.
Jika anda mencari kad kredit yang dikeluarkan berdasarkan prinsip syariah, maka AsSidq.com boleh memadankan anda dengan tawaran kad kredit Islam terbaik.
Semua kad kredit yang dipadankan bebas daripada amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam, seperti faedah (riba) dan caj berlebihan (gharar), adalah dilarang. Ia juga tidak mempunyai faktor pengkompaunan terhadap caj dikenakan. Ini bermakna anda akan mengetahui jumlah liabiliti anda terlebih dahulu.
Sebahagian daripada kad kredit ini juga menawarkan perlindungan takaful untuk melindungi pemegang kad sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal menyeluruh. Ia juga menyediakan cara mudah untuk membuat pembayaran zakat.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!