Emas merupakan sebuah komoditi yang dihormati di serata dunia kerana nilai dan sejarahnya. Malahan, ia mempunyai ikatan yang kuat dengan peradaban manusia. Ia merupkan mata wang yang digunakan pada zaman dahulu untuk berjual beli.
Kini, kegiatan pelaburan emas semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Produk pelaburan emas ditawarkan oleh pelbagai pihak. Di antaranya adalah institusi perbankan, syarikat-syarikat jualan emas, dan pengurusan dana.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas di Malaysia, pastikan anda membaca sehingga akhir!
Instrumen pelaburan emas adalah pelbagai,
Dari sudut populariti, pelaburan emas yang paling mendapat sambutan adalah emas fizikal. Ini mungkin dalam bentuk barang kemas, jongkong emas, atau syiling dinar emas. Masalah utama di sini adalah penyimpanannya. Ia terdedah kepada risiko dicuri dan jika ditempatkan di peti simpanan bank pula, akan dikenakan caj.
Instrumen pelaburan emas yang lain pula adalah:
- Sijil/akaun pelaburan emas
- Pelaburan emas secara tidak langsung melalui dana unit amanah atau pasaran saham
Kelebihan pelaburan emas,
Di antara kelebihan pelaburan emas termasuklah:
- Terlindung dari ancaman inflasi – walaupun tidak kalis inflasi sepenuhnya, ia jauh lebih kukuh berbanding mata wang dan kebanyakkan komoditi lain
- Pelaburan yang berdiri sendiri – Emas tidak terikat kepada aset kewangan lain. Sebagai perbandingan, bon terikat kepada penerbitnya manakala wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan.
- Diterima di seluruh dunia – Emas adalah aset yang diterima secara meluas dimana sahaja di dunia. Kita boleh membelinya di suatu tempat dan jual semula di benua yang berbeza.
- Mempunyai beza tipis antara harga belian dan harga jualan — Emas mempunyai beza tipis di antara harga belian dan jualan berbanding berlian atau syiling peringatan. Biasanya emas adalah dibawah 10%. Manakala berlian atau syiling peringatan boleh mencapai 15% – 100%
Kekurangan pelaburan emas,
Di antara kekurangan pelaburan emas adalah:
- Tiada pembayaran dividen
- Melibatkan kos simpanan – ini adalah bagi simpanan emas fizikal
- Membeli pada masa yang ‘salah’ – Seperti juga pelaburan saham, pembelian emas ada waktu yang ‘menguntungkan’ dan ‘merugikan’
Pelaburan emas di bank mengikut hukum Islam,
Secara umumnya, Islam tidak melarang jual beli yang melibatkan emas sebagai komoditi. Segala bentuk jual beli adalah dibolehkan selagi ianya tidak melibatkan unsur riba. Ini dapat difahami melalui firman Allah:
“Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (surah al-Baqarah ayat 275)
Bagaimanapun, pelaburan emas di bank perlu mengikut syart-syarat berikut:
- Mesti emas sebenar dan tidak digunakan untuk aktiviti riba — mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada dalam simpanan bank bagi pihak pelanggan tadi. Ia TIDAK boleh digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
- Jumlah emas mencukupi ketika transaksi –– Mestilah dipastikan wujud jumlah emas yang mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Contoh: Bank mempunyai 100 kg emas sahaja dan digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan pada masa yang sama. Sekiranya dua pelanggan membuka akaun di bank tersebut dan membeli 100 kg emas pada hari yang sama, hanya transaksi pelanggan pertama yang sah.
- Cara pembayaran yang halal — Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun serta merta, kad debit atau kad kredit Islam bank tempatan, atau cek tempatan. Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk penyelesaian adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
- Pemegang akaun pelaburan emas mestilah membayar zakat – Pembayaran apabila cukup haul atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
Kadangkala, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan. Tidak kiralah sekiranya anda seorang pekerja yang makan gaji mahupun seorang yang berniaga sendiri, inilah hakikat yang seringkali terjadi.
Bantuan kewangan ini mungkin bagi tujuan perniagaan, pelaburan strategik, penambahan aset, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Dalam keadaaan sebegini, pembiayaan kewangan adalah satu pilihan yang mampu membantu anda menyelesaikan kemelut tersebut. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islam, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!