“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”
Pasti semua pernah dengar peribahasa di atas, bukan? Malahan, sewaktu berada pada usia yang muda, ia seringkali dikaitkan dengan kegiatan menabung. Malangnya, amalan ini nampaknya tidak diteruskan oleh kebanyakan rakyat Malaysia apabila memasuki usia dewasa dan alam pekerjaan.
Ini dapat dibuktikan melalui statistik yang menunjukan bahawa 75% penduduk tempatan tidak mampu menyediakan RM1,000 sekiranya berlaku kecemasan. Walaupun diakui kos sara hidup agak tinggi pada waktu ini, pengurusan dan perancangan kewangan yang tidak bijak menyebabkan ramai tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi.
Khabar ini sememangnya merisaukan kerana baru-baru ini juga diumumkan seramai 300,908 rakyat Malaysia telah diishtiharkan sebagai muflis. Kategori umur yang paling ramai adalah mereka yang berusia di antara 35 hingga 45 tahun. Golongan ini membentuk 35 peratus daripada keseluruhan kes muflis. Tempat kedua pula dihuni oleh mereka yang berusia di antara 25 ke 34 tahun. Golongan yang dianggap muda dan baru sahaja memasuki alam pekerjaan ini merangkumi 25.3% daripada keselurhan kes.
Anda dinasihatkan supaya mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya tiga bulan pendapatan bersih. Ini adalah penting bagi menampung sebarang kecemasan yang mungkin menimpa. Secara kebiasaannya anda ada tiga pilihan akaun untuk membuat simpanan di bank iaitu Akaun Simpanan Biasa, Semasa, dan Deposit Tetap.
Akaun Simpanan Biasa
Akaun Simpanan Biasa membolehkan anda menyimpan dan mengeluarkan wang pada bila-bila masa. Wang yang disimpan di dalam akaun ini juga mampu menjana keuntungan melalui faedah. Bagaimanapun, kadar ini adalah rendah, terutamanya apabila dibandingkan dengan faedah yang diperolehi akaun Deposit tetap.
Kelebihan utama akaun ini adalah anda boleh mengeluarkan wang simpanan pada bila-bila masa atau apabila berlakunya kecemasan.
Akaun Semasa
Akaun Semasa juga dikenali sebagai Akaun Cek kerana mempunyai kemudahan membuat bayaran menggunakan cek. Akaun simpanan jenis ini biasanya digunakan oleh syarikat atau mereka yang berniaga.
Perbezaan utama yang terdapat pada akaun jenis ini adalah tiada keuntungan faedah yang diberikan terhadap wang simpanan. Selain itu, ia memerlukan baki minimum yang lebih tinggi untuk dikekalkan berbanding dengan akaun simpanan.
Akaun Deposit Tetap
Deposit Tetap ialah sejenis akaun pelaburan atau simpanan di bank yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dananya dalam jangka masa yang ditetapkan.
Tempoh simpanan bagi akaun Deposit Tetap adalah fleksibel kerana anda boleh memilih tempoh dari satu bulan sehingga lima tahun. Setiap tempoh atau jangka masa memberi kadar faedah yang berbeza. Lebih lama tempoh pelaburan maka lebih tinggi kadar faedah yang pelabur dapat.
Berbanding dengan akaun simpanan biasa, kadar faedah bagi Deposit Tetap adalah jauh lebih tinggi. Selain itu ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah, jaminan pulangan pelaburan, dan dilindungi dari kerugian inflasi. Bagaimanapun, sekiranya berlaku kecemasan, anda tidak boleh mengeluarkan wang sekiranya belum sampai tahap matang akaun tersebut.
Perbankan Islam
Ketiga-tiga jenis akaun simpanan di atas juga ditawarkan oleh perbankan Islam. Bagaimanapun, semua kegiatan mesti memenuhi kehendak dan peraturan syariah (hukum-hukum Islam).
Perbankan Islam tidak mengamalkan konsep faedah (riba) kerana ianya bertentangan dengan hukum syariah. Sebagai ganti, konsep murabahah digunakan. Ini merujuk kepada kadar keuntungan yang telah ditetapkan. Bagi memastikan pelaburan ini mematuhi syariah, kedua-dua pihak (bank dan pelabur) perlu mengetahui dari awal mengenai kos dan kadar keuntungan.
Di antara kelebihan yang dimiliki perbankan Islam berbanding perbankan konvensional adalah seperti berikut:
- Lebih adil dan terlindung dari risiko yang keterlaluan
- Lebih terlindung dari krisis
- Amaun bayaran yang jelas dan tetap
- Caj bayaran lewat yang lebih rendah
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
Tidak semua hutang adalah buruk. Malahan, adakalanya ia boleh menguntungkan kita. Selain merupakan kaedah untuk melangsaikan hutang, pembiayaan kewangan boleh digunakan untuk membuat pelaburan strategik dan penambahan aset.
Adakalannya juga kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba (kadar faedah berganda yang membebankan), gharar (penipuan), maysir (perjudian) dan zulm (amalan tidak berakhlak).
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!