Sejajar dengan peredaran zaman, Malaysia ingin berubah menjadi masyarakat tanpa tunai (cashless society). Bank Negara Malaysia meletakkan sasaran menjadi masyarat tanpa tunai secara menyeluruh menjelang tahun 2050.
Maksud masyarakat tanpa tunai di sini adalah kurangnya penggunaan dan kebergantungan terhadap wang fizikal. Sebaliknya, kebanyakan transaksi jual beli melibatkan kad kredit atau debit dan juga kaedah digital seperti e-dompet dan perbankan internet.
Ini akan mengikut jejak negara lain yang sudah ke hadapan dalam mewujudkan masyarakat tanpa tunai seperti Canada, Sweden, Perancis, Jerman, dan lain-lain lagi. Di antara kelebihan masyarakat tanpa tunai ialah pengurangan kadar jenayah, kos pengurusan yang rendah dan efisyen, dan kemudahan jual beli.
Bagaimanapun, masih terdapat banyak mitos mengenai kad kredit yang masih dipercayai masyarakat tempatan. Di antaranya adalah:
1. Penggunaan kad kredit hanya menambahkan hutang
Ini tidak benar! Pembelian yang tidak terkawal sebenarnya adalah punca bertambahnya hutang. Seperti yang akan diterangkan dalam mitos nombor (3), pengunaan kad kredit sebenarnya mampu menjana banyak faedah untuk anda. Sekiranya anda mampu menguruskan perbelanjaan dengan baik, anda tidak akan dibebani masalah kewangan atau hutang yang tinggi.
2. Setiap pembelian dikenakan faedah
Ramai masih tidak memahami bagaimana transaksi kad kredit berlaku. Bagi kad kredit konvensional, faedah hanya dikenakan sekiranya ada jumlah tertunggak yang tidak dibayar dalam tempoh yang dikenakan. Bagi kad kredit Islam, ia menggunakan caj keuntungan sebagai ganti kepada faedah. Sekiranya anda membayar keseluruhan baki kad anda sebelum tempoh yang ditetapkan, anda tidak perlu membayar sebarang caj tambahan.
3. Pemilikan kad kredit tidak membawa sebarang manfaat
Seperti yang dinyatakan pada permulaan artikel, kad kredit membantu anda menjalankan transaksi tanpa tunai. Anda tidak perlu membawa wang fizikal yang banyak dan seterusnya terdedah kepada kehilangan atau kecurian. Anda juga tidak perlu menyediakan baki yang secukupnya. Pengurusan rekod kewangan anda juga menjadi lebih mudah. Tidak cukup dengan itu, pengunaan kad kredit juga membolehkan anda membeli belah dalam talian.
Seterusnya, kad kredit juga sering menyediakan banyak ganjaran seperti diskaun, promosi, pemulangan tunai (cashback), kemudahan pembelian ansuran tanpa faedah, dan banyak lagi. Ia juga menyediakan kemudahan kewangan kepada anda diwaktu kecemasan.
4. Penggunaan kad kredit di internet tidak selamat
Ini adalah mitos yang besar. Kegiatan membeli belah di internet atau dalam talian sememangnya dibina untuk kemudahan tanpa tunai seperti kad kredit. Malahan, berbanding pemindah wang ke dalam akaun, transaksi kad kredit boleh dibatalkan sekiranya berlaku penipuan.
5. Kad debit mempunyai kelebihan yang sama
Selain daripada bergantung kepada jumlah wang yang telah sedia ada, kad debit adalah kurang selamat berbanding kad kredit. Kad debit mempunyai perlindungan yang lebih rendah terutamanya untuk transaksi dalam talian. Apabila berlakunya penipuan (fraud), anda mampu membatalkan transaksi dengan lebih mudah dengan kad kredit.
Konsep Tawarruq dalam kad kredit Islam
Konsep ini merujuk kepada transaksi pembelian barangan (komoditi) secara pembayaran tangguh. Pembelian ini boleh dilakukan sama ada secara Murabahah (harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan) ataupun Musawamah (jual beli yang tidak mendedahkan harga kos aset dan margin keuntungan). Barangan tersebut kemudiannya akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.
Secara mudahnya, konsep Tawarruq adalah pemindahan pemilikan sesuatu aset dari penjual kepada pembeli. Ia berlaku apabila pembeli meminjam wang tunai yang diperlukan daripada bank untuk membuat pembelian awal.
Apabila bank memberikan bantuan kepada pelanggan untuk membuat pembelian melalui kemudahan kad kredit Islam, ia menggunakan konsep Tawarruq untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Seterusnya, bagi melengkapkan transaksi, pelanggan perlu membayar caj keuntungan bagi bantuan yang telah disediakan oleh bank tersebut.
Dapatkan kad kredit Islam yang sesuai dengan keperluan anda
Terdapat beberapa jenis kad kredit yang menawarkan pelbagai ciri dan kesesuaiannya bergantung kepada kaedah penggunaan dan gaya hidup peribadi anda. Sekiranya anda suka membeli-belah, anda mungkin ingin mempertimbangkan kad kredit yang menyediakan cashback atau ganjaran. Jika anda suka melancong, kad kredit yang menawarkan mata ganjaran penerbangan untuk penebusan tiket penerbangan adalah yang terbaik. Jika anda seorang pemandu Grab atau kerap memandu, kad kredit petrol adalah sesuai untuk anda.
Di samping itu, apabila mencari kad kredit yang ideal, pertimbangkan beberapa perkara penting seperti yuran tahunan, yuran pendahuluan tunai, yuran transaksi luar negara dan yuran pembayaran lewat yang ditawarkan.
Jika anda mencari kad kredit yang dikeluarkan berdasarkan prinsip syariah, maka AsSidq.com boleh memadankan anda dengan tawaran kad kredit Islam terbaik.
Semua kad kredit yang dipadankan bebas daripada amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam, seperti faedah (riba) dan caj berlebihan (gharar), adalah dilarang. Ia juga tidak mempunyai faktor pengkompaunan terhadap caj dikenakan. Ini bermakna anda akan mengetahui jumlah liabiliti anda terlebih dahulu.
Sebahagian daripada kad kredit ini juga menawarkan perlindungan takaful untuk melindungi pemegang kad sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal menyeluruh. Ia juga menyediakan cara mudah untuk membuat pembayaran zakat.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!